Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT ROKIAH ABD. MAJID Saudara Pengarang, Saya adalah seorang guru yang telah bersara setelah 33 tahun berkhidmat di sekolah-sekolah menengah dalam negeri Johor. Sudah pastinya banyak pengalaman yang saya alami sewaktu mengajar di sekolah-sekolah tersebut yang muridnya terdiri daripada pelbagai kaum, terutamanya apabila berhadapan dengan anak-anak murid yang berbangsa Cina, yang tidak perlu saya nyatakan di sini. Selepas bersara, saya terus bergiat cergas dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dikenali sebagai Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung. Melalui pertubuhan ini, kami mahu mengambil kesempatan untuk dikongsi bersama bagi menggesa kerajaan agar sekolah vernakular dimansuhkan bagi tujuan memperkasakan perpaduan nasional di negara ini meskipun agak sukar dilaksanakan memandangkan telah termaktub dalam 'kontrak sosial'. PPPMM merasakan sudah tiba masanya kerajaan berhenti berlembut, selama ini kementerian terlalu berlembut kerana menghormati pandangan mereka sehinggakan dengan asakan-asakan mereka, kerajaan sanggup memansuhkan Akta Polis 1967 dan ISA, lalu digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Dua belas tahun lalu, sebuah gabungan pertubuhan Cina membuat sebanyak 83 tuntutan dan mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikannya. Asas tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan ekstremis yang dinamakan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina atau 'Suqiu' yang kononnya mewakili 2,000 pertubuhan Cina seluruh negara, adalah semata-mata untuk 'menghapuskan hak istimewa orang Melayu'. Untuk itu kami PPPMM mencadangkan 'reformasi pendidikan', kerana 'sistem sekarang menjadi penghalang kepada perpaduan'. Ada sesetengah orang Cina yang menghantar anak mereka bersekolah rendah di Singapura walaupun republik itu seperti semua negara berbilang kaum di dunia ini, tidak mengamalkan sistem pendidikan rendah berbentuk pengasingan. Di Amerika Syarikat contohnya, tiada sekolah jenis kebangsaan bagi kaum Red Indian atau sekolah jenis kebangsaan bagi penduduk keturunan Afrika dan sebagainya. Namun, keunikan sistem pengasingan di negara ini nampaknya tidak langsung disyukuri oleh orang Cina. Contohnya Dong Zong, Persatuan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina Malaysia, merupakan sebuah NGO yang memperjuangkan Sistem Pendidikan Cina di Malaysia, tidak menganggap ibu bapa yang terlibat ini sebagai derhaka kepada bangsa dan negara. Mereka juga tidak menanggap Malaysia lebih baik daripada Singapura, kerana telah membenarkan sekolah-sekolah Cina wujud. Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dong Zong pernah membuat empat tuntutan kepada kerajaan. Ia mungkin sedar tuntutan mereka akan diberi perhatian kerana PRU-13 semakin dekat dengan BN memerlukan setiap undi Cina. Salah satu tuntutan tersebut adalah mendesak kerajaan memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC yang tidak tahu berbahasa Cina (Mandarin), pada sesi awal persekolahan. Bayangkanlah berapa ramai guru berketurunan Melayu dan India yang telah dipinggirkan dan mengajar di sekolah ini. Sekiranya keadaan sebegini berterusan, satu masa nanti akan terjadi 'sekolah Cina adalah untuk orang Cina'. Maka, konsep 1Malaysia yang telah diuar-uarkan akan tinggal kenangan. Apakah ini dikatakan 'Semangat Malaysia?' Nampaknya sementara kerajaan berusaha untuk mengintegrasikan kaum di negara ini, masih ada lagi kumpulan yang mahu kebudayaan dan kehidupan ibunda mereka diberikan tempat khas dan istimewa. Tetapi PPPMM berkeyakinan kuat bahawa itulah yang dihasratkan, ia merupakan satu grand design sejajar dengan apa yang ditulis oleh Sterling Seagrave di dalam bukunya Lord Of The Rim yang membuktikan bahawa adanya 'gerakan global' bagi orang-orang Cina seberang laut menguasai setiap negara yang didudukinya. Kami menuntut supaya sistem 'satu sekolah untuk semua', perlu segera dilaksanakan bagi mengelak wujudnya generasi masa hadapan negara ini yang tidak bersatu dan hilang jati diri, sekali gus menggagalkan Gagasan 1Malaysia. Kerajaan perlu menimbang secara serius akan saranan dari pelbagai pihak dan 'mengambil tindakan politik secara berstruktur' untuk mengurangkan sistem sekolah vernakular dan melaksanakan sepenuhnya sistem 'satu sekolah untuk semua'. Dalam pemerhatian kami, golongan ini merupakan hanya 26 peratus, tetapi mereka amat tegas mahukan sistem sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar diteruskan. Mereka tergamak menggunakan 'ugutan politik' untuk menentukan hak mereka ini terpelihara dan makin diperluaskan. PPPMM berpendapat, sekiranya kaum Cina begitu degil mempertahankan 'budaya dan warisan' mereka dengan mengorbankan agenda negara, maka kewajaran mereka dilayan dan ditatang sebagai 'minyak yang penuh' adalah amat diragukan. Apa makna sekiranya negara maju tetapi rakyatnya berpecah belah dan hilang jati diri? |
Mengharap jalan baharu antara Pekan Nenas-Pekan Telok Kerang Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT ABDULLAH MOHD SAID Saudara Pengarang, Namun dalam pada itu, kami meminta kerajaan mengambil kira laluan sejauh lima kilometer dari Belokok ke Telok Kerang yang perlu dinaik taraf sesuai dengan pertambahan jumlah kenderaan pada masa kini. Ini memandangkan laluan tersebut merupakan laluan keluar ke Pekan Telok Kerang daripada Pekan Nenas yang turut digunakan oleh penduduk kampung dan pelajar sekolah. Keadaan jalan sedia ada tidak berapa rata dan agak sempit menyebabkan beberapa kemalangan berlaku apabila pengguna seperti penunggang basikal dan motosikal berselisih dengan bas, lori dan sebagainya. Kejadian terbaharu melibatkan seorang penunggang motosikal yang cedera parah apabila terjatuh dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dalam keadaan koma. Sepatutnya, jalan tersebut perlu diturap semula serta ditambah kelebarannya bagi membolehkan penunggang basikal dan motosikal tidak menghadapi sebarang masalah terutama pada waktu puncak seperti waktu pagi, petang mahupun cuti umum. Memandangkan di pangkal (Kampung Sinar Harapan Pekan Nenas) lebar dan selesa, penghujung jalan ( Belokok ke Telok Kerang ) perlu juga diberikan perhatian oleh pihak berkuasa memandangkan ia turut digunakan oleh bas pelancong ke Kukup Laut dan Tanjung Piai. Kami berharap kerajaan mengambil kira dan memahami akan keperluan penduduk di laluan tersebut supaya kedua-dua pihak dapat sama-sama menikmati jalan perhubungan yang baik selain soal keselamatan mereka. Selain itu, kami juga mahu supaya papan tanda jalan dipasang di kawasan berkenaan bagi mengingatkan para pengguna kenderaan agar tidak memandu laju terutama di kawasan Pekan Peradin serta kampung-kampung di sekitar Telok Kerang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |