Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Pendidikan keluarga kekuatan AKRAB Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT Program Jati Diri Remaja AKRAB diisi dengan aktiviti latih amal yang menarik minat para remaja. Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB) adalah satu-satunya organisasi di negara ini yang telah melibatkan diri dalam bidang pendidikan kekeluargaan dan motivasi remaja serta pelajar sejak lebih 30 tahun yang lalu. Program motivasi remaja yang dinamakan Program Jati Diri Remaja AKRAB biasanya berlangsung selama lapan hari tujuh malam. Program ini diisi dengan aktiviti latih amal yang begitu menarik minat para remaja yang sebelum ini sering tenggelam dalam berbagai gejala negatif yang merosakkan. Para remaja yang telah melalui proses pendidikan yang agak intensif ini, berjaya menimba ilmu dan kemahiran hidup di samping kesedaran yang mendalam tentang pentingnya mereka kembali ke pangkal jalan yang betul. Ini bagi meneruskan kehidupan sebagai remaja yang berguna terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Program kecemerlangan pelajar yang paling popular kendalian AKRAB ialah Summer Camp selama empat hari tiga malam (30 Mei - 02 Jun 2013). Ratusan ribu pelajar dari seluruh negara telah mengikuti program ini. Sentuhan Summer Camp telah membuka ruang minda para peserta. Summer Camp juga telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dari segi rangsangan untuk berjaya dalam bidang pelajaran. Majoriti mereka sudah berjaya dalam menjalani hidup sebagai ahli profesional, ahli korporat, pensyarah dan bidang profesional lain, yang menjadikan mereka begitu istimewa di mata masyarakat. Selama lebih 30 tahun mengabdikan diri kepada masyarakat, AKRAB telah berjaya meletakkan batu asas terbentuknya keluarga bahagia dalam mana seluruh ahli keluarga berusaha mengikis segala sifat yang merugikan. Sebaliknya menumpukan tenaga kepada membina budaya cemerlang. Budaya cemerlang AKRAB berteraskan kepada kesihatan fizikal, pemantapan minda dan intelektual serta paling penting penyuburan spiritual melalui amalan-amalan keagamaan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi AKRAB melalui talian 03-7732 4452, 03-7732 4453, 013-628 3985, 019-384 0544 atau 019-6386184 atau http://www.familikusayang.com.my atau http://www.facebook.com/akrabkusayang. |
Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT Oleh THOMAS CHONG IDRIS Jusoh (empat diri kiri) sambil diiringi oleh Lee Boon Hua (tiga dari kiri) meraikan penerima Anugerah Kecemerlangan IPG dalam Majlis Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin PUTRAJAYA 27 Mei - Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bertujuan bagi memastikan hanya yang terbaik ditawarkan ke jawatan berkenaan. "Amalan pada masa ini membolehkan guru pelatih IPG dan IPTA dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. "Jaminan pelantikan ini akan digantikan secara berperingkat dan hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan sebagai guru," katanya ketika berucap dalam Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Rektor IPG, Dr. Lee Boon Hua. Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Idris berkata, langkah pengambilan guru itu perlu dijalankan untuk memastikan hanya mereka yang lulus dengan baik ditawarkan kerja sekali gus meningkatkan martabat guru. "Kita mahu pilih yang terbaik selain menjadikan jawatan guru sebagai kerjaya pilihan, bukan kerana ikut suami atau sebagai pilihan terakhir. "Pelajar-pelajar terbaik di Finland umpamanya bercita-cita mahu menjadi guru, keadaan ini menjadikan taraf pendidikan negara itu tinggi," katanya. Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih perlu meneliti banyak perkara termasuk cara pelaksanaan sistem itu selain soal masa depan guru pelatih yang tidak ditawarkan jawatan. Dalam pada itu, Idris berkata, Kementerian Pendidikan telah memulakan langkah untuk memastikan calon yang cemerlang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. "Dalam Gelombang Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang perguruan sebagai kerjaya yang berprestij. "Kerajaan akan melancar tawaran baharu yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion perguruan lebih menarik dan meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |