{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Tragedi pulang rai Hari Gawai

Posted: 28 May 2013 03:43 PM PDT

Pemandu bot ekspres ditahan bawa penumpang lebih 3 kali had muatan

Belaga: Kepulangan untuk menyambut perayaan Hari Gawai berakhir tragedi apabila sebuah bot ekspres yang membawa penumpang hampir tiga kali ganda melebihi muatan dibenarkan, karam, menyebabkan 23 penumpang dikhuatiri lemas, manakala 181 lagi terselamat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam di Tanjong Giam Bungan, kira-kira sejam perjalanan dari pekan ini. Ketika kejadian bot malang itu dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit.

181 dilapor selamat

Sehingga jam 7 malam tadi, 23 penumpang masih dilaporkan hilang, manakala 181 dilaporkan terselamat, apabila mereka berenang ke rumah panjang berhampiran, selain ada yang diselamatkan penduduk berhampiran.

Bot Kawan Mas itu boleh memuatkan 74 penumpang, tetapi sarat dengan 204 penumpang ketika kejadian, sehingga ramai yang terpaksa duduk di bumbung bot berkenaan.

Ketua Polis Daerah Belaga, Superintendan Bakar Sebau, berkata siasatan awal mendapati bot ekspres yang terlebih muatan itu terbalik setelah terlanggar batu di satu selekoh berhampiran Tanjong Giam menghala ke Sungai Rejang.

Katanya, bot berkenaan membawa pekerja kontrak dari Bakun, Murum dan Sungai Asap pulang ke Belaga dan Kapit untuk menyambut Hari Gawai.
"Bot yang sarat dengan penumpang itu singgah menurunkan penumpang di Jeti Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit. Kira-kira sejam perjalanan, bot terbabit terlanggar batu sebaik tiba di selekoh sebelum karam," katanya ketika dihubungi.

Muatan berlebihan

Bakar berkata, kapasiti bot cuma untuk 74 penumpang tetapi muatan berlebihan menyebabkannya tidak stabil dan mudah terbalik.

"Penumpang yang duduk di luar bot sempat menyelamatkan diri dengan dibantu penduduk dua rumah panjang berhampiran, manakala penumpang yang dikhuatiri lemas adalah mereka yang duduk di dalam bot.

"Sukar untuk mengetahui jumlah sebenar penumpang tetapi selepas soal siasat dijalankan dengan anggota keluarga, polis percaya 23 penumpang saja yang masih hilang," katanya.

Pemandu bot ditahan

Bakar berkata, pemandu bot berusia awal 50-an ditahan bagi membantu siasatan dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Katanya, penumpang terselamat masih ditempatkan di Rumah Panjang Uma Tevok dan Uma Tanjong, sementara menunggu bantuan susulan.

"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan bantuan bomba, polis dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS).

"Pasukan penyelam polis dari Bintulu dan pasukan paramedik dari Kapit dalam perjalanan ke lokasi kejadian, dijangka tiba kira-kira jam 8 malam ini (malam tadi)," katanya.

Difahamkan perjalanan menaiki bot di kawasan berkenaan yang banyak bergantung kepada paras air sungai, selain jumlah bot ekspres yang terhad di laluan terbabit dan jumlah penumpang terlalu ramai untuk balik menyambut Gawai, dipercayai antara sebab bot malang itu terpaksa membawa penumpang jauh melebihi muatan dibenarkan.

Tabung khas bantu mangsa

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (MPB) semalam melancarkan tabung khas untuk membantu mangsa dan keluarga mereka yang terbabit dengan nahas bot ekspres karam di Sungai Rajang, Belaga, Sarawak.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial MPB, Datuk Ahmad A Talib, menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima di akaun Maybank 514105320757.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Anwar Spring bukan Arab Spring: Zahid

Posted: 28 May 2013 03:38 PM PDT

Kuala Lumpur: Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar 'Anwar Spring' dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.

Sanggup hasut rakyat

"Cukuplah (berdemonstrasi), Barisan Nasional (BN) juga sedih kerana tidak mampu memperoleh kemenangan dua pertiga (Parlimen), namun ada yang lebih sedih kerana gagal membentuk kerajaan baru iaitu Anwar Ibrahim. Sebab itulah pelbagai cara yang dilakukan sehingga sanggup menghasut rakyat mengadakan perhimpunan.

"Malah, tujuan utama mereka mengadakan demonstrasi kerana sengaja mahu melakukan provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa sama mendapatkan perhatian dari media asing, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara huru-hara," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), di sini, semalam.

Laku siasatan dengan adil
Mengulas kes kematian seorang tahanan, N Dharmendran, 32, dalam lokap Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), 21 Mei lalu, Zahid meminta rakyat Malaysia memberi kepercayaan penuh kepada polis menyiasat.

Beliau menegaskan, siasatan akan dilakukan seadil-adilnya dan anggota yang terbabit menyebabkan kematian mangsa akan diambil tindakan sewajarnya.

"Jawatankuasa khas sudah diwujudkan bagi mengendalikan kes ini dan meminta semua pihak bersabar. Malah, bagi mengelak kejadian seperti ini berulang, kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di lima lokap berpusat di seluruh negara.

"Sekiranya sebarang insiden berlaku, CCTV ini akan menjadi bukti utama," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat