{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Putrajaya MTB Jamborace 2013

Posted: 18 May 2013 02:00 AM PDT

PESERTA bersedia dengan basikal masing-masing di garisan perlepasan bagi berentap dalam Putrajaya MTB Jamborace.

KEJAYAAN mengumpulkan lebih 1,000 peserta dalam acara tahun lalu memberi petanda bahawa Putrajaya MTB Jamborace (PMJ) yang telah diadakan sejak 2011 mendapat sambutan yang menggalakkan.

Berbeza dengan penganjuran pada tahun-tahun yang sebelumnya, PMJ yang diadakan pada 20 April lalu lebih tertumpu kepada perlumbaan melibatkan pengayuh-pengayuh tegar basikal gunung.

Acara tahun ini telah mengehadkan penyertaan kepada lebih 400 peserta termasuk penyertaan daripada peserta antarabangsa yang berentap menerusi lima kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki (1&2), Junior (18 tahun dan ke bawah), Terbuka Wanita, Veteran (40 tahun dan ke atas) dan Elit.

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) melalui acara ini mahu mempromosikan eksplorasi taman-taman landskap di Putrajaya dalam acara yang berkonsepkan jamboree dan race.

Pengarahnya, Yuhaini Yusoff berkata, acara tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia tetapi turut mempopularkan pelancongan berbasikal di negara ini.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak taman-taman di Putrajaya yang boleh dijadikan taman riadah untuk aktiviti berbasikal.

Acara ini juga merupakan salah satu pendedahan kepada umum untuk menggunakan taman-taman yang ada di Putrajaya dengan sebaik mungkin," katanya.

Laluan trek berbasikal sejauh 6.3km untuk satu pusingan menjadi medan taruhan dalam cabaran berbasikal yang 50 peratusnya adalah laluan denai manakala sebahagian lagi adalah jalan tar yang kebanyakannya merupakan laluan berbukit.

Acara yang dikendalikan oleh Red Adventure Sdn. Bhd. selaku pengurus acara dan mendapat kerjasama daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ini juga diharap dapat menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur, Azmi Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan & Kawalan Landskap,Jabatan Landskap dan Taman, PPJ, Norhaliza Bt Hanifah.

Apa yang lebih menarik, peserta PMJ 2013 kali ini merupakan antara perintis yang mula-mula merasai pengalaman baru di laluan trek berbasikal di sekitar kawasan

Taman Rimba Alam yang terletak

di Presint 15, Putrajaya.

Laluan trek jamborace untuk acara ini baru sahaja direka dan dibuka untuk kegunaan orang awam yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini.

Penganjuran acara ini juga sebagai acara permulaan dalam salah satu usaha mempromosikan Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini memandangkan tahun hadapan adalah tahun melawat Malaysia. - LAILISUHANA

Terpesona kemeriahan pesta air Port Dickson

Posted: 18 May 2013 02:00 AM PDT

Acara sukaneka pantai yang terbuka kepada semua pengunjung disambut meriah sepanjang kawasan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan.

JIKA Festival Air Songkran terkenal di Thailand, negara juga tidak ketinggalan kerana mempunyai pesta air yang tidak kurang hebatnya.

Pesta Air Port Dickson (PD), Negeri Sembilan unik kerana ia amat terkenal dalam kalangan pengunjung berkeluarga sama ada warga tempatan dan asing.

Baru-baru ini, saya berkesempatan bercuti di Port Dickson ketika berlangsungnya Pesta Air PD.

Dianggarkan hampir 100,000 pengunjung mengunjungi bandar pelancongan di Pantai Barat Semenanjung itu sepanjang tiga hari acara tersebut berlangsung.

Pesta Air PD yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri pada 12 hingga 14 April lalu merupakan hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dengan Kerajaan Negeri Sembilan, Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti Karnival Memancing Port Dickson, Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia, Kempen 1MG1MC, gerai pameran dan jualan.

Sampai sahaja ke kawasan tapak karnival pada pukul 10 pagi, saya terus mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukaneka pantai yang menjadi tarikan utama kepada setiap pengunjung.

Pada hari itu turut diadakan persembahan pertunjukan api, demonstrasi jet ski, cabaran bola sepak pantai, bola jaring, memasak, tarik tali, pertunjukan ular, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertunjukan bunga api dan pertandingan Battle of The Band.

Penat bermain air di siang hari, pengunjung dihiburkan pula dengan persembahan bertenaga daripada artis tempatan seperti Ella, Nubhan, Lena, Ayu Damit, Ani Mayuni, DBella, Roslan Shah dan Sharifah Shahora.

Peluang mengunjungi Pantai Barat Semenanjung Malaysia itu membuatkan saya yakin bahawa Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan yang boleh dijadikan ikon kepada negara tercinta.

Sudah tentu kerana tarikan utamanya, acara pantai yang diadakan di pusat peranginan tersebut amat meriah maka tak hairanlah mengapa Pesta Air PD disambut dengan kemeriahan.

Selepas tamat persembahan artis, saya bersiar-siar di sekitar kawasan pantai dan sudah tentu pasar malam PD dijadikan lokasi seterusnya untuk diterokai.

Istimewanya, pasar malam itu hanya diadakan seminggu sekali pada hari Sabtu dan sudah menjadi tarikan utama buat mereka yang selalu berkunjung ke PD.

Nasib saya agak baik kerana kunjungan ke PD turut disambut musim durian.

Selepas puas membeli-belah makanan dan beberapa barangan untuk dijadikan koleksi dan cenderamata, saya kembali ke Kuala Lumpur.

Akibat kepenatan, saya terus tidur. Lagi pun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Biarpun letih, pengalaman menyaksikan kemeriahan Pesta Air PD tidak akan dilupakan sepanjang hayat. -SYAHRIL/AZLAN HADI ABU BAKAR

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat