{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Advertorial: Aksi padat, plot lebih kompleks

Posted: 03 Jun 2013 05:22 AM PDT

'Fast & Furious' kembali dengan aksi yang lebih padat dan plot penceritaan yang lebih kompleks. Bagi yang tidak mengikuti siri filem ini pasti akan merasa sedikit keliru dengan 'Fast & Furious 6' kerana ada kesinambungan daripada filem-filem terdahulu. Namun begitu, misi pemburuan sindiket jenayah tetap berbeza.

Penonton juga dapat melihat transisi 'Fast & Furious' pertama yang lebih mengetengahkan aksi lumba kereta jalanan. Kali ini, 'Fast & Furious 6' lebih matang dengan aksi lagak ngeri yang lebih mendebarkan.

Dalam 'Fast Five', kita menyaksikan agen Luke Hobbs (Dwayne Johnson) telah membebaskan Dominic Toretto (Vin Diesel) dan Brian O'Conner (Paul Walker), namun tidak membenarkan mereka pulang ke Los Angeles sebagai hukuman atas jenayah yang mereka lakukan.

Dalam siri terbaru ini, agen Hobbs sedang dalam misi memburu sebuah sindiket jenayah yang diketuai oleh Owen Shaw (Luke Evans). Kali ini, agen Hobbs terpaksa meminta bantuan Dominic dan Brian bagi menjayakan misi tersebut. Sebagai pertukaran Dominic meminta pengampunan sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah jika mereka berjaya menumpaskan sindiket tersebut.


Selain penonton terbuai dengan misi menumpaskan Shaw dan kuncu-kuncunya, 'Fast & Furious 6' turut menerapkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan apabila Dominic mempunyai misi tersendiri bagi menyelamatkan kekasihnya Letty Ortiz (Michelle Rodriguez) yang dikatakan berkhidmat untuk Shaw.


Hampir 130 minit filem ini dipenuhi dengan aksi lagak ngeri dan pergaduhan yang mendebarkan. Hanya kadang kala pengarah Justin Lin menyelitkan sedikit unsur humor yang tidak keterlaluan bagi mengimbangi aksi lagak ngeri yang begitu sarat dalam filem ini.

Filem 'Fast & Furious 6' sudah pun bermula ditayangkan di pawagam sejak 23 Mei 2013.

Sudah merasai kehangatan Fast & Furious 6? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03

Panji Sakti jadi pilihan

Posted: 03 Jun 2013 05:16 AM PDT

Masih ingatkan lagi pada wajah ini? Suaranya pernah menghiburkan pendengar menerusi lagu Zapin Usik Mengusik, dinyanyikan bersama kumpulan Senario lewat 1990-an.

Haida Hafiz, 32, dulu dan sekarang memang banyak berubah. Hampir tidak kenal, begitulah situasinya diibaratkan saat wanita ini memenuhi sesi fotografi di Balai Berita, baru-baru ini.

Makin cantik dan tambah seksi berbanding kemunculan awalnya. Lebih 10 tahun menyepikan diri, Haida nekad untuk kembali menggegarkan lapangan seni suara dengan single terbarunya berjudul, 5 Tahun Saja.

Lagu itu ciptaan komposer dari Seberang, Panji Sakti, menceritakan wanita jatuh cinta pada lelaki yang lima tahun lebih muda daripadanya.


Apakah lagu ini ada kaitan dengan kisah kehidupan Haida yang kembali solo selepas bercerai dengan bekas penerbit rancangan televisyen, Aminudin Yahya, hampir tiga tahun lalu? Haida menyangkal dakwaan itu.


"Lagu ini istimewa kerana jalan ceritanya biasa kita dengar dan berlaku kepada orang di sekeliling kita. Ia mengisahkan percintaan di antara lelaki yang lima tahun lebih muda daripada saya.

"Apapun saya sekadar menyampaikan saja. Kalau betul sekalipun apa salahnya kalau sudah suka sama suka (ketawa). Berbalik pada 5 Tahun Saja, muziknya 'menangkap' dan mesra pendengar. Sebaik mendengarnya, saya terus minta lagu ini daripada Panji kerana sudah lama mahukan lagu yang begitu yang mana boleh menarik perhatian pendengar atau erti kata lain karya yang memenuhi kehendak pasaran sekarang.

"Tambahan pula, saya amat tertarik dengan lirik lagu ini. Meskipun isu wanita berusia jatuh cinta kepada lelaki muda berlaku bukan perkara asing, isu ini rasanya belum pernah ini dibahaskan dalam lagu," katanya.

Melanjutkan perbualan mengapa Panji Sakti yang menjadi pilihan, Haida berkata, meskipun sudah lama tidak mendapat pendedahan media, dia masih tegar mengikuti perkembangan industri seni dan menyedari kebanyakan lagu yang dihasilkan Panji mendapat sambutan pendengar di negara ini.

"Kebanyakan lagu yang ditulis komposer ini untuk penyanyi Aliff Aziz dan Alif Satar diterima pendengar pelbagai lapisan umur. Selain itu, cita-cita hendak ke Indonesia sudah lama saya pendamkan kerana ketiadaan 'contact' di sana dan kenalan untuk dihubungi.

"Sehinggalah saya membuat kemunculan semula dalam industri, rakanlah yang memperkenalkan. Alhamdulillah prosesnya agak mudah, malah Panji memberi pilihan sama ada saya mahu membuat rakaman di sini atau di Bandung, Indonesia.

"Saya memilih untuk menjalani rakaman di Bandung kerana mahu rasa pengalaman bekerja dengan pihak mereka. Panji juga banyak membantu.

"Jelas sekali proses rakaman di sana agak berbeza di mana saya disediakan seorang 'guide vocal' wanita. Walaupun cuma satu lagu, saya belajar perit dan susahnya macam mana mahu menghasilkan single. Tambahan pula, pembiayaan single ini sepenuhnya dari syarikat pengurusan artis milik saya sendiri, Haida Hafiz Entertainment.

"Dulunya mudah, semua ditanggung syarikat rakaman. Bagaimanapun saya berpuas hati. Maklum balas yang diterima untuk 5 Tahun Saja cukup positif dan memberangsangkan. Pada Pilihan Raya Umum lalu, ada peminat yang membuat 'parody' lagu ini," katanya.

Dalam perancangan menyiapkan klip video 5 Tahun Saja, Haida mendapatkan khidmat pelajar Universiti LimKokWing untuk menghasilkannya. Di mana penggambaran diadakan pada 8 dan 9 Jun sekitar Klang dan Lembah Klang.

Mahu merebut sebanyak pengalaman dan peluang terbentang luas di depan mata, sama ada tawaran berlakon mahupun mengacara, Haida yang cenderung pada bidang kecantikan berminat menceburi perniagaan berasaskan kecantikan untuk persediaan masa depannya.

Tidak pernah abaikan anak

Jujur akuinya permata hati tunggalnya, Muhammad Al-Hafiz Aminudin, kini berada di bawah jagaan bekas suami. Naluri seorang ibu pastinya mahukan si anak sentiasa berada di sisi, namun demi kebaikan masa depan Hafiz, Haida akur.

"Anak lelaki biasanya di bawah jagaan ibu, saya sedar hal. Tetapi berbeza situasi itu untuk saya kerana saya dan bekas suami membuat keputusan untuk menghantar dia ke sekolah tahfiz kerana itulah permintaan anak saya. Dia sendiri mahu belajar di sekolah tahfiz.

"Di Sungai Petani, Kedah, terdapat banyak sekolah tahfiz yang bagus dan baik untuknya belajar di sana kerana dekat dengan bapanya, tambahan pula mereka sangat rapat. Pun begitu bukan bererti saya hendak lepas tanggungjawab, tetapi untuk kebahagiaan dan masa depan dia saya berkorban.

"Jika dia berjaya kelak, baik untuk dirinya dan saya juga. Lagipun, budak-budak kita tidak tahu pergolakan hati mereka jadi saya tidak mahu isu 'rebut anak' buat anak saya tertekan.

"Sebenarnya saya tidak ingin lagi bercerita hal peribadi kerana perkara ini pun sudah hampir tiga tahun berlalu. Saya mahu memfokuskan pada kerjaya nyanyian yang memerlukan saya kembali bermula dari bawah. Sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan kejayaan dunia dan akhirat buat Al-Hafiz," katanya belum memikirkan soal mencari pengganti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat