{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search


<b>Lahad Datu</b>:Kem Penempatan Kekal Tentera Dibina Di <b>Felda Sahabat</b>

Posted: 26 Apr 2013 09:20 PM PDT

LAHAD DATU, 26 April- Sebuah kem tentera yang akan menempatkan satu batalion dengan kekuatan 800 pegawai dan anggota akan dibina di Felda Sahabat dekat sini sebagai penempatan kekal bagi memperketat dan memperkemaskan kawalan keselamatan di daerah ini.

Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kem itu adalah sebagai jaminan keselamatan kepada penduduk setempat susulan insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina Februari lepas.

"Felda Global Ventures Berhad (FGVH) telah bersetuju untuk memperuntukkan kawasan seluas kira-kira 162 hektar bagi pembinaan kem tersebut.

"Pembinaan itu juga sebagai memenuhi permintaan penduduk yang mahu pasukan keselamatan kekal menjalankan kawalan di kawasan kediaman mereka berikutan kebimbangan sekiranya insiden seperti itu berulang kembali," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan pakaian kepada penduduk di Kampung Tanjung Labian menerusi Program Jiwa Murni ATM dekat sini Jumaat.

Pada program tersebut, 120 kotak pakaian disumbangkan kepada penduduk di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Batu dan Tanjung Tanahgian.

Zulkifeli berkata pembinaan kem tersebut dijangka mengambil masa antara 24 hingga 32 bulan dan akan diletakkan di bawah seliaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Beliau berkata kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah masih tertumpu pada operasi pemantauan di kawasan perairan berhampiran sempadan selatan Filipina.BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat