Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Cikgu, suami dera amah dipenjara
- Wanita Indonesia layak dibicara kes dera
- Geng kongsi gelap bergaduh
Cikgu, suami dera amah dipenjara Posted: Cikgu, suami dera amah dipenjara Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah menengah dan suaminya masing-masing dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas pasangan itu didapati bersalah tergamak mendera pembantu rumah warga Indonesia pada tahun lalu sehingga mangsa cedera parah. Perbuatan keji pasangan suami isteri itu berlarutan selama tiga bulan iaitu dari Julai hingga September 2012 gara-gara kesalahan remeh seperti tidak pandai memasak yang didakwa dilakukan mangsa, Marsini, 22. Hakim Nu'Aman Mahmud Zuhudi mensabitkan jurujual kereta Mohd. Shukur Suradi, 29, dan guru Daeng Norul Asyikin Bachok, 28, bersalah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan parah dan juga memperdagangkan mangsa yang berasal dari Pontianak, Kalimantan. Hakim Nu'Aman menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan terhadap Mohd. Shukur bagi pertuduhan pertama iaitu mendatangkan kecederaan parah manakala 10 tahun penjara bagi pertuduhan kedua iaitu memperdagangkan mangsa itu. Sementara itu, Daeng Norul Asyikin, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di sini, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama dan penjara 10 tahun bagi pertuduhan kedua. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Wanita Indonesia layak dibicara kes dera Posted: Wanita Indonesia layak dibicara kes deraKUANTAN - Pemeriksaan kesihatan mental ke atas pembantu rumah warga Indonesia, Yuliana mendapati wanita itu waras ketika dia melakukan penderaan terhadap seorang bayi di rumah majikannya di sini pada Februari lalu. Laporan Pegawai Perunding Psikiatri Forensik Hospital Permai Johor Bahru, Dr. Badi'ah Yahya menyatakan, pembantu rumah berumur 23 tahun itu tidak menunjukkan dia ada penyakit mental. "Pada pendapat saya, semasa kejadian, dia menyedari apa yang berlaku dan mampu memahami bahawa tindakannya itu salah. "Dia layak dibicarakan dan layak membuat pengakuan membela diri di mahkamah," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya semasa membaca laporan tersebut semalam. Peguam yang mewakili tertuduh, T. Vijayanandran bagaimanapun mempersoalkan hasil laporan tersebut kerana laporan itu didakwa sepatutnya disediakan oleh pengarah hospital berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Geng kongsi gelap bergaduhOleh MOHD. AZLI ADLAN IPOH – Beberapa kes bunuh yang melibatkan penggunaan senjata api yang berlaku di Taiping sejak akhir-akhir ini rupa-rupanya berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah bagi merebut kawasan. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, siasatan polis mendapati sekurang-kurangnya empat kes bunuh termasuk yang terbaharu pada Isnin lalu yang berlaku di bandar ini berpunca daripada masalah perebutan kawasan oleh dua kumpulan kongsi gelap berkenaan. "Walaupun setakat ini kes tembak dan pembunuhan itu hanya melibatkan anggota kedua-dua kumpulan terbabit, kejadian jenayah itu telah mengganggu ketenteraman awam kerana dilakukan secara terbuka terutamanya di restoran. "Oleh itu, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim ditubuhkan bagi menangani masalah tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |