{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Mantapkan perkhidmatan MPM

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

RAMLEE Abd. Rahman (kanan) dan Zulkiflee Abbas bertukar dokumen serah tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-12 di Muar, Johor, semalam.

MUAR 19 Jun - Majlis Perbandaran Muar (MPM) kini dalam proses menstruktur semula organisasinya dengan penambahan jawatan baharu dan kenaikan pangkat di beberapa jabatan bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatannya.

Yang Dipertua MPM yang baharu, Ramlee Abd. Rahman berkata, pihaknya kini dalam proses temuduga untuk mengisi jawatan baharu tersebut, manakala 16 jawatan akan dinaikkan pangkat dan 85 peratus jawatan lagi dinaikkan kepada pelbagai gred.

"Dengan adanya penstrukturan jawatan ini, ia akan memberi peluang kepada peningkatan kerjaya seterusnya menghasilkan perkhidmatan yang berteraskan kecemerlangan," katanya dalam majlis Perkhidmatan Cemerlang 2012, Penyerahan Tugas dan Sambutan Ulang Tahun Ke-12 MPM di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menerima watikah serah tugas daripada Zulkiflee Abbas yang kini dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Johor.

Ramlee berkata, selaras dengan penstrukturan semula itu, usaha memantapkan modal insan dalam kalangan warga kerjanya sedang dilakukan supaya mereka menjadi aset MPM yang lebih produktif, berinovasi dan berkeupayaan tinggi.

"Usaha itu perlu dilaksana dalam organisasi MPM untuk meningkatkan faktor seperti kesejahteraan, keharmonian, persefahaman dan perkongsian yang akan mendorong anggota MPM untuk saling memahami dan bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi MPM," katanya.

Menurutnya, tugas berat itu perlu didokong dan dilaksana semua ketua jabatan MPM kerana mereka bertanggungjawab dalam mencorak dan mendidik pekerja di bawah mereka dan dalam hal ini budaya kerja kepimpinan menerusi teladan harus dipraktikkan.

Beliau berkata, perisytiharan bandar Muar sebagai Bandar Diraja juga adalah satu cabaran baharu kepada pentadbiran MPM untuk lebih cekap, berkesan dan berintegriti.

"Paradigma sedemikian akan menyumbang kepada jaringan semangat kerja berpasukan yang lebih mantap dan dinamik sekali gus membantu memudahkan pelaksanaan sistem penyampaian MPM kepada golongan sasar dapat dilakukan dengan tepat, cepat, berkualiti, efektif dan berintegriti," katanya.

Seramai 28 kakitangan MPM dari tujuh jabatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 manakala empat kakitangan menerima Sijil Penghargaan Yang Dipertua 2012.

Bentuk murid jadi usahawan cilik

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

ABD. Hamid Abd. Kadir (berdiri, kanan) dan Khairul Annuar Sulaiman (kiri) bersama para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR di SK Taman Kota Kulai, Kulaijaya.

JOHOR BAHRU 19 Jun - Pepatah Melayu ada mengatakan 'melentur buluh biar dari rebungnya' dan selari dengan itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Kulai, Kulaijaya, dekat sini berusaha membentuk 15 orang muridnya untuk menjadi usahawan bersempena Hari Keusahawanan yang dianjurkannya baru-baru ini.

Sepanjang dua hari program yang dijalankan serentak dengan Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 itu, murid-murid yang terlibat dapat merasai pahit manis alam perniagaan sebagai 'usahawan cilik'.

Malah, mereka yang menjual barangan seperti pakaian terpakai, peralatan sekolah, alat tulis dan minuman diajar bersaing secara sihat dengan beberapa peniaga luar yang turut membuka gerai jualan.

Guru Besar sekolah berkenaan, Abd. Hamid Abd. Kadir berkata, program tersebut adalah yang kedua dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

''Penganjuran Hari Keusahawanan ini selain untuk mengumpul dana bagi tabung PIBG sekolah, ia juga bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan bidang keusahawanan dan perniagaan.

''Barangan yang dijual adalah pakaian lama yang ditawarkan dengan harga serendah RM1, peralatan persekolahan, alat tulis dan minuman, malah tiga gerai yang dikhasnya untuk murid-murid berniaga mendapat sambutan yang cukup menggalakkan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Khairul Annuar Sulaiman.

Abd. Hamid berkata, aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah ceramah kekeluargaan, gerai Upin dan Ipin, pameran motosikal berkuasa tinggi, pertandingan mewarna, futsal, mini zoo, rumah hantu dan menunggang kuda padi.

Katanya, kehadiran beberapa pemain Johor Darul Takzim dan penyanyi Tasha Manshahar memeriahkan lagi program berkenaan.

''Kita akan laksanakan program seumpama ini pada masa akan datang agar objektif kita termasuklah bagi mendedahkan para pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dapat diteruskan.

''Bukan itu sahaja, program sebegini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara PIBG dan warga sekolah dengan masyarakat setempat khususnya ibu bapa," katanya.

Bengkel pembungkusan, jenama

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

JOHOR BAHRU 19 Jun - Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan & Perniagaan Secara Online di Hotel M. Suites, di sini pada 27 hingga 28 Jun ini.

Bengkel yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang dibuka kepada usahawan, bakal usahawan atau individu yang berminat secara percuma untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Program yang akan menekankan tentang kepentingan pembungkusan dan penjenamaan selaras dengan keperluan pasaran semasa dan global itu dijangka dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim.

Selain itu, wakil SIRIM Bhd. (SIRIM) juga akan menyertai bengkel tersebut untuk membincangkan tentang kepentingan jenama dan trend teknologi pembungkusan yang menekankan kepada antara lain mengenai penjenamaan dan imej korporat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat