Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Mayat ditemui bawah konkritOleh NOORHASLIZA NUSI
BAYAN LEPAS - Polis semalam berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta yang dihempap timbunan konkrit dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung malam kelmarin. Mayat mangsa, Tajuddin Zainal Abidin, 45, ditemui pasukan penyelamat dalam kereta yang dihempap batang besi dan konkrit kira-kira pukul 4.30 petang. Bagaimanapun, mayat mangsa yang tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas hanya dapat dikeluarkan pada pukul 8.40 malam iaitu selepas 25 jam operasi menyelamat dilakukan. Tajuddin ditemui dalam keadaan telangkup pada papan pemuka (dashboard) kereta jenis Perodua Kelisa setelah kerja-kerja menyelamat dilakukan sejak malam kelmarin. Kereta mangsa remuk akibat dihempap beberapa batang besi dan konkrit seberat kira-kira lebih 200 tan manakala tubuh mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat terkena runtuhan tersebut. Timbalan Ketua Polis Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana timbunan konkrit tersebut agak besar dan berat. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pendaki Everest Felda dapat insentif Posted: Pendaki Everest Felda dapat insentifNAJIB (berdiri empat dari kiri) bergambar bersama tujuh pendaki Everest Felda 2013 pada majlis penyerahan insentif di Putrajaya semalam. Turut hadir, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (berdiri tiga dari kanan). PUTRAJAYA - Tujuh pendaki yang berjaya menawan puncak Everest di bawah Projek Everest Felda 2013 pada Mei lepas, masing-masing menerima insentif RM50,000 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Selain itu, beberapa pendaki dan anggota sokongan projek berkenaan masing-masing turut menerima insentif RM10,000 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) pada majlis penghargaan khas yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri di sini. Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, kejayaan anak-anak muda itu adalah cerminan manifestasi kepada usaha transformasi yang sedang diperjuangkan negara. Beliau berkata, jika generasi pertama Felda berjuang dan menempah kejayaan dengan menebas hutan rimba, kini generasi kedua mencatat kejayaan yang berlainan apabila mereka melihat bahawa sempadan pemikiran dan dimensi ruang lingkup mereka tidak terbatas kepada sempadan kawasan Felda semata-mata, malah merentasi sempadan negara, menjangkau ke puncak tertinggi dunia. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Culik, tiga dipenjara seumur hidup Posted: Culik, tiga dipenjara seumur hidupDARI kiri, Rudhra, Ramesh dan Roshan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang semalam untuk didakwa menculik seorang CEO pada 23 Mac 2011. SHAH ALAM - Bekas pramugara syarikat penerbangan tempatan dan dua warga Nepal dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas disabitkan bersalah menculik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat keselamatan dengan meminta tebusan berupa 10 kilogram (kg) emas bernilai RM1.44 juta, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas pramugara, C. Rudhra dan dua rakannya, R. Roshan dan T. Ramesh selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Mereka bertiga juga memohon maaf kepada mangsa culik dan keluarga mangsa. Abdul Alim ketika memutuskan hukuman itu berkata, hukuman yang dijatuhi ke atas tertuduh dikenakan sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang. "Mahkamah turut berpuas hati tiada kecederaan dialami mangsa, malah wang tebusan yang diminta kesemua tertuduh berjaya dijumpai dan dikembalikan semula kepada keluarga mangsa," kata beliau. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |