{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Penduduk terharu Menteri Besar hadir majlis penghayatan Israk Mikraj

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan para hadirin semasa program Israk Mikraj di surau Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU 7 Jun - Kira-kira 600 penduduk di sekitar Taman Mawar, Fasa 5, Pasir Gudang dekat sini hadir dalam Majlis Penghayatan Israk Mikraj yang diadakan di Surau Al-Hakim, semalam.

Pada majlis berkenaan, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut meluangkan masa menunaikan solat Maghrib berjemaah selain menikmati juadah makan malam bersama mereka yang hadir.

Mohamed Khaled dalam ucapan ringkasnya melahirkan kegembiraan melihat perpaduan yang ditunjukkan para jemaah dalam majlis itu selain menasihatkan mereka untuk terus menghayati pengisian program Israk Mikraj yang dianjurkan.

Majlis tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk program solat Maghrib serta Isyak berjemaah, jamuan makan malam serta ceramah agama berkaitan pengertian dan penghayatan Israk Mikraj daripada penceramah tersohor, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Hakim, Azlee Yunos berkata, beliau juga gembira dengan kehadiran penduduk sekitar pada program itu selain kesudian Menteri Besar meluangkan masa bersama masyarakat di situ.

"Kita mahu orang ramai terus meramaikan rumah Allah ini dan jelas hari ini Menteri Besar juga tidak menyangkakan kehadiran jemaah seramai ini.

"Walaupun ini bukan kali pertama beliau ke sini tetapi kesudiannya menghadirkan diri selaku Menteri Besar mencatatkan sejarah buat jemaah di sini," katanya.

Jual produk sendiri bantu petani, pelanggan

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

KOTA TINGGI 7 Jun - Usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang memberi galakan di peringkat bawah dengan menonjolkan golongan yang berupaya membawa bekalan sendiri ke pasar membolehkan pelanggan memberi produk yang berkualiti tinggi pada harga yang murah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba berkata, selain menggalakkan para peniaga pasar tani mempunyai kebun sendiri bagi mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan, usaha tersebut adalah selaras dengan kehendak kerajaan yang mahu pasar tani menjadi pilihan utama masyarakat untuk membeli barangan.

"Jika boleh, produk yang dijual hendaklah datang dari ladang sendiri dan terus ke pasar bukan diambil melalui orang tengah. Walaupun sekecil mana ladang mereka, sekurang-kurangnya setiap peniaga pasar tani perlu mempunyai kriteria tersebut.

"Tambahan pula khidmat orang tengah akan menyebabkan perniaga mudah berputus asa. Akhirnya mereka (peniaga) akan menggunakan pasar tani sebagai tempat mencari komisen sahaja bukan tempat untuk menzahirkan harapan bahawa pertanian itu satu perniagaan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasar Tani Sanggar Kota di Taman Kota Besar di sini. ini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah FAMA Johor, Faridulatrash Md Mokri; Pegawai FAMA Daerah Kota Tinggi, Hamin Ludin Turin; Penghulu Mukim Ulu Sungai Sedeli, Noorsham Abu Bakar dan Penghulu Mukim Sedeli Kecil, Muhamad Zaini Musa.

Najwa Latif dipilih Ikon Belia Johor

Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT

BATU PAHAT 7 Jun - Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latif, 18, terpilih sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Johor setelah berjaya mengukir kejayaan seimbang dari segi nyanyian dan pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, majlis penganugerahan ikon belia itu akan dilangsungkan sempena Himpunan Belia Johor di Dataran Penggaram, di sini, bermula 13 hingga 16 Jun ini.

Menurut beliau, pemilihan Najwa sebagai tokoh belia dilakukan secara terperinci dalam usaha memberikan contoh terbaik dan galakan kepada golongan belia di negeri ini mencapai kejayaan yang seimbang antara minat dan pendidikan.

Katanya, selain Najwa, pihaknya juga akan memilih ikon lelaki yang dilihat sesuai dijadikan contoh supaya menjadi ikutan golongan belia daripada pelbagai kaum dan agama.

"Selain itu Najwa juga akan hadir menghiburkan pengunjung Himpunan Belia Johor dengan lagu nyanyiannya selain bermesra bersama peminat. Selain itu, terdapat penganugerahan lain akan dilakukan bagi mengiktiraf belia dan pertubuhan belia yang aktif menjalankan aktiviti mereka.

"Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan seperti Anugerah Perdana Pertubuhan Belia, Anugerah Perdana Belia Lelaki dan Wanita, Anugerah Aktivis Belia Melayu, Cina dan India, serta Anugerah Badan Gabungan Terbaik Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ)," katanya di sini malam tadi.

Berhubung dengan Himpunan Belia Johor, Zulkurnain berkata, tujuan himpunan itu diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab belia kepada pembangunan dan kestabilan negara.

Katanya, himpunan dengan tema Belia Inspirasi Negara ini mensasarkan kehadiran seramai 40,000 belia dari seluruh negeri bagi mengikuti pelbagai program seperti kerohanian, kerjaya, pendidikan, sukan, kesukarelawanan dan seni mempertahankan diri.

"Program ini juga boleh dianggap sebagai hari yang bersejarah di mana belia negeri ini akan berhimpun dan membaharui ikrar dan peranan mereka untuk kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya.

Himpuan Belia Johor akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pemain pasukan bola sepak kebanggaan negeri, Johor Darul Takzim (JDT).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat