Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 08 Jun 2013 06:01 AM PDT GIGI merupakan salah satu aset penting bagi kehidupan seseorang. Kerosakan gigi yang teruk seperti berlubang pastinya akan menjejaskan rupa paras kamu, sekali gus mengurangkan keyakinan diri. Umumnya, seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi. Gigi-gigi tersebut, termasuklah dua gigi kapak, satu gigi taring, dua geraham kecil dan tiga geraham besar dengan geraham bongsu. Gigi yang tidak akan berganti dinamakan sebagai gigi kekal kerana ia tidak akan tumbuh lagi selepas itu sampai bila-bila. Oleh itu, penjagaan gigi amatlah penting untuk menjamin kehidupan yang ceria di hari kemudian kelak. Apatah lagi pada usia seperti kamu, waktu sebegini merupakan saat yang tepat untuk kamu mula ambil peduli tentang gigi kamu. Sudah tentu kamu tidak mahu mengalami sebarang komplikasi gigi, bukan? Itu sebenarnya merupakan antara penyebab ada dalam kalangan kamu enggan memberikan senyuman tatkala bergaya di hadapan kamera. Jadi, untuk tujuan itu, ruangan Kesihatan kali ini memberikan informasi menarik yang boleh kamu ikuti agar gigi kamu sentiasa sihat dan mampu menawan mereka yang berada di sekeliling kamu. Tentu kamu pernah mendengar peribahasa lebih baik mencegah daripada merawat, bukan? Jadi, teruskan membaca! - LAILISUHANA Karies Gigi - Terjadi apabila struktur gigi mereput dan mula mengakibatkan kerosakan (karies) nyata pada gigi. Hal ini berpunca daripada pengambilan gula secara kerap yang membantu kepada pembentukan asid oleh bakteria dalam plak gigi. - Tindak balas daripada pengambilan itu dengan bakteria yang ada di dalam plak seterusnya akan menghasilkan asid yang akan menyerang gigi kamu dan menyebabkan gigi kamu reput. - Apabila gigi kamu mulai mereput, secara tidak langsung ia akan memberikan satu implikasi yang negatif kepada penampilan kamu. Harus diingat bahawa gigi yang reput itu merupakan gigi kekal dan tidak mungkin akan berganti. - Inilah yang akan terjadi apabila kamu gemar mengambil makanan ringan atau manis, tidak menjaga kebersihan mulut seperti amalan memberus gigi secara rutin dan kekurangan pengaliran saliva di dalam mulut. Tanda Karies Gigi * Kesakitan pada bahagian gigi (rasa seperti ngilu) * Gigi mulai bertukar warna menjadi hitam * Kamu mula akan menjadi tidak selesa untuk mengunyah dan memberus gigi. * Mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. * Gigi berlubang Komplikasi Karies Gigi Bahagian gigi juga mempunyai komplikasi. Antaranya adalah bengkak pada gusi, gigi menjadi mati dan mula kehilangan gigi terutama gigi yang telah pun berlubang. Tip Penjagaan Gigi - Gosok gigi kamu setiap dua kali dalam sehari. Sekurang-kurangnya kamu dapat menghalang pembentukan kaviti pada gigi kamu. - Gosok gigi kamu sebaik-baiknya selepas kamu bersarapan dan sebelum kamu bersedia untuk tidur. Cadangan masa untuk menggosok gigi adalah selama tiga minit setiap sesi. - Bagi kamu yang mempunyai risiko gigi berlubang yang tinggi, kamu dinasihatkan supaya tidak berkumur selepas menggosok gigi pada waktu malam. - Amalkan juga flossing pada setiap hari. Flossing dapat membantu kamu membuang sisa-sisa makanan di celah gigi yang sukar dicapai atau dibersihkan oleh berus gigi. - Dapatkan juga pemeriksaan daripada doktor gigi dari klinik atau hospital yang berhampiran untuk mengetahui tahap kesihatan gigi kamu, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. - Selain itu, kamu juga perlulah mengelakkan diri kamu daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi seperti gula-gula dan minuman berkarbonat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |