{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Trafik perlahan di lebuh raya utama

Posted: 09 Jun 2013 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Jun - Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung perlahan berikutan peningkatan kenderaan memandangkan sesi persekolahan bermula esok setelah bercuti dua minggu.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik bergerak perlahan dari Nilai ke Seremban dan dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak ke arah Terowong Menora.

Kenderaan dilaporkan sesak dari Persimpangan Port Dickson ke R&R Seremban, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menerusi laman Twitternya melaporkan trafik perlahan di Plaza Tol Skudai dan berlaku kemalangan di Km 351.7 dari Bidor menuju ke Sungkai pada 4.48 petang.

Maklumat trafik terkini boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. - BERNAMA

Rakyat perlu inklusif bukan eksklusif - PM

Posted: 09 Jun 2013 03:15 AM PDT

SELANGAU (Sarawak) 9 Jun - Rakyat di seluruh pelosok negara digesa agar bersikap inklusif bukan eksklusif dalam semangat keberkesamaan di bawah payung 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, menerusi pendekatan seumpama itu, negara akan kekal menjadi kuat sebagaimana Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang berfungsi di bawah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Kalau kita bersikap inklusif sama ada kita daripada etnik besar, minoriti ataupun kecil sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman kita semua mesti merasai semangat keberkesamaan.

"Kita semua mesti merasai bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk kita dan akan terus memperjuangkan untung nasib kita dan rakyat Malaysia akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama di bawah kerajaan BN," katanya ketika berucap pada majlis Ngabang Gawai di Rumah Panjang Jangit, Tamin, kira-kira 60km dari Sibu.

Majlis itu turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga anggota Parlimen Selangau dan tuai rumah panjang itu. - BERNAMA

Polis tak lulus himpun Blackout 505 di Perlis

Posted: 09 Jun 2013 02:55 AM PDT

KANGAR 9 Jun - Polis tidak meluluskan perhimpunan Blackout 505 yang dijadual berlangsung malam esok, di tanah lapang Kampung Bakau di sini, kerana penganjurnya tidak mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjurannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, jika program itu diteruskan, ia jelas melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami akan mengambil langkah mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perhimpunan," katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, polis hanya menerima satu permohonan untuk mengadakan program ceramah kesyukuran di tapak berkenaan tetapi polis tidak dapat memproses permohonan itu kerana penganjur gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 10(C) dan Seksyen 11, Akta perhimpunan Aman 2012.

Mengikut Seksyen 10(C) akta berkenaan, penganjur perlu mengemukakan permohonan bersama salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan manakala Seksyen 11 mensyaratkan pemohon memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi maksud perhimpunan, katanya.

Sementara itu, Pengurus Kawalan Pelaburan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Norsiake Kassim mengesahan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi menggunakan tapak perbadanan itu bagi tujuan perhimpunan.

Justeru, Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu dan memberi amaran kepada penganjur supaya tidak meneruskan program itu atau berdepan tindakan undang-undang. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat