{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Polis tahan dua lelaki disyaki samun rumah Saifuddin Nasution

Posted: 09 Jun 2013 02:28 AM PDT

MACHANG: Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamun rumah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution di Kampung Air Hijau di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun itu diberkas di rumah masing-masing di Kampung Gosong di sini pada 1.05 pagi Sabtu lepas.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai dan mata wang asing.

"Kita masih mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun pada 6.30 petang Khamis lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini hari ini.

Che Malek berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan dan kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan seorang daripada mereka baru keluar dari penjara Disember lepas atas kesalahan sama. Seorang lagi bekerja sebagai penoreh getah," kata Che Malek. - BERNAMA

UMNO Selangor sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan

Posted: 09 Jun 2013 02:26 AM PDT

TANJUNG KARANG: Badan Perhubungan UMNO Selangor menyokong cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akhir tahun ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya dicabar kerana ia akan melemahkan perjuangan UMNO.

"Walaupun jumlah kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berkurangan berbanding PRU 2008, namun bilangan kerusi yang dimenangi Umno bertambah daripada 79 kepada 88.

"Justeru, UMNO Selangor akan menyokong perdana menteri dan timbalan perdana menteri sebagai presiden dan timbalan presiden UMNO untuk terus menerajui parti dalam menghadapi PRU14," kata Noh kepada pemberita selepas majlis kesyukuran BN kawasan Tanjong Karang di sini hari ini.

Sementara itu, Noh yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang, secara peribadi berpendapat cadangan menjadikan BN sebuah parti tunggal adalah tidak sesuai dan ia perlu mengekalkan status quonya.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan turut menyokong jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan.

Bercakap kepada pemberita di Kota Baharu hari ini, Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian berkata, kedudukan Najib sebagai Presiden Umno dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dikekalkan bagi memperkukuh dan menarik sokongan orang Melayu kepada parti itu.
Pergerakan itu juga mencadangkan supaya jawatan ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang disandang Khairy Jamaluddin tidak dipertandingkan.

Anuar berkata ini kerana Khairy telah dilantik menganggotai kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan, dan perlu diberi peluang meneruskan agenda transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat