{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Myanmar hukum 7 penduduk Islam

Posted: 21 May 2013 12:48 PM PDT

Dipenjara antara dua tahun hingga seumur hidup, bunuh sami Buddha

Yangon: Myanmar semalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas tujuh penduduk Islam dari dua tahun hingga seumur hidup selepas didapati bersalah tebabit keganasan agama Mac lalu yang menyebabkan berpuluh lain maut, kata seorang pegawai kehakiman.

"Suspek dipenjarakan atas tuduhan termasuk membunuh, menghasut untuk membunuh, membakar dan merosakkan terhadap harta benda awam", kata Panglima Tentera Wilayah Mandalay, Ye Aung Myint kepada AFP menerusi telefon dari Meiktila.
Kami menghukum penduduk mengikut undang-undang berasaskan bukti yang dibentangkan dalam perbicaraan. Kami tidak berat sebelah berdasarkan agama" Ye Aung Myint, Panglima Tentera Wilayah Mandalay

Terlepas hukuman mati

Peguam tertuduh, Thein Than Oo berkata salah seorang anak guamnya Myat Ko Ko yang didapati bersalah membunuh seorang sami Buddha, terlepas hukuman mati, sebaliknya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Than Oo berkata, anggota keluarga menangis di mahkamah selepas mendengar keputusan itu.

"Sama ada mereka akan mengemukakan rayuan bergantung kepada saudara-mara," katanya kepada AFP.
Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat keganasan, etnik dan agama di negara itu.

Tiga penduduk Islam termasuk pemilik kedai emas dihukum penjara 14 tahun April lalu kerana menyerang seorang pelanggan Buddha.

Setakat ini tiada penduduk Buddha disabitkan dengan dengan rusuhan di Meiktila, namun Ye Aung Myint menegaskan kedua-dua pihak dilayan sama rata.

"Kami menghukum penduduk mengikut undang-undang berasaskan bukti yang dibentangkan dalam perbicaraan. Kami tidak berat sebelah berdasarkan agama," katanya.

Beliau berkata seramai 87 orang ditahan di Meiktila termasuk kira-kira 38 penduduk Buddha.

Serangan ke atas penduduk Islam yang mewakili empat peratus penduduk Myanmar, mendedahkan perpecahan ketara yang berlaku di negara yang pernah ditadbir tentera itu.

Jamin pelbagai perubahan

Pentadbiran baru Myanmar memberi jaminan akan melakukan pelbagai perubahan tetapi hasilnya masih samar walaupun mendapat pujian.

Sebilangan sami terbabit dalam pertempuran itu sementara yang lain mengetuai kempen kebangsaan menggesa pemulauan barangan milik pekedai beragama Islam. - AFP

Obama gesa henti kekejaman etnik minoriti

Posted: 21 May 2013 12:41 PM PDT

Washington: Presiden Barack Obama menggesa Presiden Myanmar, Thein Sein kelmarin menghentikan keganasan ke atas minoriti Islam di negara itu, namun memuji pembaharuan ekonomi dan politik di negara bekas pemerintahan tentera yang muncul sebagai sekutu Amerika Syarikat di belakang China.

Ketika kunjungan pertama ke Rumah Putih dalam tempoh 47 tahun oleh pemimpin negara Asia Tenggara itu, Obama menggesa pengakhiran pembunuhan penduduk Islam Rohingya di negeri barat Rakhine.

Berazam selesai konflik etnik
Saya juga berkongsi kebimbangan mendalam dengan Presiden Sein berhubung keganasan masyarakat yang ditujukan kepada masyarakat Islam di dalam Myanmar," Barack Obama

Presiden reformis Myanmar Thein Sein berazam menyelesaikan konflik etnik dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

"Saya juga berkongsi kebimbangan mendalam dengan Presiden Sein berhubung keganasan masyarakat yang ditujukan kepada masyarakat Islam di dalam Myanmar.

"Kehilangan tempat tinggal penduduk, keganasan ditujukan langsung terhadap mereka perlu dihentikan,' kata Obama.

Sekurang-kurangnya 192 orang maut tahun lalu dalam keganasan antara penduduk Buddha di Rakhine dan penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kerakyatan oleh Myanmar.
Kebanyakan mangsa dan 140,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan itu beragama Islam. - REUTERS

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat