{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


17 maut silinder gas meletup dalam bas

Posted: 25 May 2013 03:38 PM PDT

Islamabad: Sekurang-kurangnya 16 kanak-kanak dan seorang guru mati terbakar di timur Pakistan kelmarin apabila sebuah silinder gas rosak meletup di dalam bas yang membawa mereka ke sekolah, kata polis.

Pegawai polis tempatan, Mohammed Rasheed, berkata tujuh kanak-kanak juga cedera dalam letupan di pinggir bandar Gujrat, 200 kilometer ke tenggara Islamabad.

"Ini adalah satu insiden yang amat menyedihkan. Berdasarkan maklumat kami, sekurang-kurangnya 17 mati terbakar," katanya.

"Bas sekolah terbabit terbakar selepas satu letupan. Kami membawa semua mangsa ke sebuah hospital berhampiran."

Sekolah persendirian

Bas sekolah berkenaan membawa 24 kanak-kanak berusia antara lima dan 15 tahun sedang di dalam perjalanan ke sebuah sekolah persendirian ketika kemalangan berlaku.

"Kebakaran berlaku ketika mereka hanya beberapa kilometer dari sekolah," katanya.
Letupan dikatakan berpunca daripada satu percikan apabila pemandu menukar suis kenderaan dua kuasa itu daripada gas kepada petrol.

Seorang pegawai polis lain, Abid Khan berkata, pemandu berkenaan dipercayai melarikan diri selepas kemalangan yang turut meragut nyawa seorang guru perempuan.

Lima kritikal

Lima daripada kanak-kanak yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa hospital.

Kemalangan berlaku selepas serangan dipercayai dilakukan militan mengorbankan sembilan orang dalam kejadian di dua tempat berbeza di barat laut Pakistan pada Jumaat.

Dalam kejadian serangan itu, suspek militan bersenjata berat menyerang satu konvoi polis di Mattani, 20 kilometer ke selatan bandaraya utama Peshawar, menyebabkan enam anggota polis terbunuh dan mencederakan tujuh yang lain, kata pegawai kanan polis, Shafiullah Khan.

Dalam serangan kedua kelmarin, seorang pengebom bunuh diri berjalan ke sebuah kenderaan dimiliki pemimpin agama Afghanistan di Peshawar dan meletupkan bom, membunuh tiga orang, kata pegawai polis, Riaz Ali Shah. - Agensi

Wabak campak kembali serang Britain

Posted: 25 May 2013 03:37 PM PDT

London: Lebih sedekad lalu, ibu bapa di Britain enggan memberikan suntikan campak kepada sekurang-kurangnya sejuta kanak-kanak kerana kebimbangan vaksin yang meningkatkan risiko autisme. Kini, pegawai kesihatan bertungkus lumus berusaha menghentikan wabak penyakit berjangkit yang semakin tersebar itu.

Tahun ini, Britain mencatatkan lebih 1,200 kes campak, selepas jumlah tertinggi hampir 2,000 kes tahun lalu. Negara berkenaan pernah mencatatkan cuma beberapa puluh kes saja setiap tahun. Ia kini berada di tangga kedua di Eropah, selepas Romania.

Vaksin setiap minggu

Bulan lalu, klinik vaksin kecemasan diadakan setiap minggu di Wales yang juga pusat penyebaran wabak. Usaha imunisasi juga bermula di merata tempat di negara itu, dengan pegawai menyasarkan untuk mencapai sejuta kanak-kanak berusia 10 hingga 16 tahun.

"Ini adalah legasi ketakutan Wakefield," kata jurucakap Kolej Diraja Paediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak, Dr David Elliman, merujuk kepada kajian yang disiarkan pada 1998 oleh Andrew Wakefield dan rakannya.

12 kumpulan tolak teori

Kajian menyatakan kaitan antara austisme dan vaksin gabungan ketika kanak-kanak untuk campak, beguk dan rubella atau MMR. Beberapa kajian saintifik gagal menemui kaitan itu, teori berkenaan ditolak oleh sekurang-kurangnya 12 kumpulan perubatan terbesar United Kingdom dan kertas kajian akhirnya ditarik balik oleh jurnal yang menyiarkannya.
Namun, kadar imunisasi MMR masih merosot di seluruh United Kingdom kerana ibu bapa yang bimbang tidak membenarkan anak mereka diberi suntikan vaksin itu daripada kadar lebih 90 peratus kepada 54 peratus.

Hampir 15 tahun kemudian, khabar angin mengenai MMR masih mempunyai kesan.
Kini, ada sekumpulan kanak-kanak lebih besar yang tidak pernah mendapat suntikan imunisasi membentuk kolam jangkitan besar, kata Elliman.

Majoriti mereka yang jatuh sakit di United Kingdom - termasuk sebilangan besar kanak-kanak dan remaja - tidak pernah mendapat vaksin. Hampir 20 daripada lebih 100 kanak-kanak yang sakit teruk dimasukkan ke hospital dan 15 menderita komplikasi termasuk radang paru-paru dan meningitis. - AP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat