Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Anak bekas PM Pakistan kena culik Posted: 09 May 2013 02:13 PM PDT Multan: Sekumpulan penyerang bersenjata semalam menculik seorang anak lelaki bekas Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani. Kejadian berlaku selepas pergerakan Taliban berikrar menggunakan pengebom bagi melakukan serangan ketika pilihan raya berlangsung pada 11 Mei. Ali Haider Gilani diculik selepas tembakan dilepaskan di bandar Multan, Punjab. Penyerang menaiki motosikal. Ada juga berada dalam kereta Honda gelap dan melepaskan tembakan sebelum menculik Ali Haider," kata pegawai polis, Khurram Shakur kepada wartawan. Keluarga bekas Perdana Menteri itu adalah antara yang paling berpengaruh di Multan dan puak utama dalam Parti Rakyat Pakistan (PPP). Kempen pilihan raya parti itu untuk mendapat mandat baru dilaporkan terjejas disebabkan ancaman Taliban. Militan itu menganggap pilihan raya yang bakal berlangsung sebagai bercanggah dengan Islam. Mereka juga mendakwa akan menghantar sekumpulan pengebom bunuh diri pada hari pengundian, esok. Belum ada pihak mendakwa bertanggungjawab atas penculikan Ali Haider, calon dewan undangan negeri PPP manakala dua lagi abangnya turut bertanding bagi kerusi Parlimen. Bapa mereka diputuskan tidak layak bertanding selepas dipecat dan didapati bersalah oleh Mahkamah Agung tahun lalu kerana enggan membuka kes rasuah terhadap presiden Asif Ali Zardari. AFP |
7 disyaki pengganas mati ditembak Posted: 09 May 2013 02:12 PM PDT Jakarta: Polis Indonesia menembak mati tujuh suspek pengganas dalam serbuan sejak dua hari lalu. Ada di kalangan mereka turut didakwa terbabit dengan komplot untuk mengebom kedutaan Myanmar, kata pihak berkuasa semalam. Selain menyiasat kaitan dengan komplot mengebom kedutaan selepas kemarahan memuncak di Indonesia berikutan keganasan anti-Islam di Myanmar, polis menyasarkan pengumpul dana mereka di Poso, Sulawesi Tengah. Dalam serbuan terbaru, polis menembak mati tiga suspek di sebuah rumah sewa di daerah Kebumen, Jawa Tengah dan menahan empat lain pagi semalam selepas 15 jam berbalas tembakan, kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar. Mereka menentang dan membalas tembakan, katanya kepada media sambil menambah lelaki terbabit disyaki terbabit dalam rompakan bagi membiayai kumpulan militan digelar Mujahidin Indonesia Timur (MIT). Bom paip, bom tangan dan pistol dirampas dari kediaman itu, kata ketua polis tempatan, Heru Prisasono. Lelaki ditembak mati Kelmarin, polis menembak tiga lelaki disyaki terbabit dalam komplot Myanmar yang berkurung di sebuah rumah di Bandung, Jawa Barat. Pembunuhan itu diikuti pertempuran tujuh jam apabila lelaki terbabit membaling bom buatan ke arah polis. Dalam satu serbuan berasingan pada hari sama, polis di daerah Batang, Jawa Tengah, menembak mati seorang lelaki dan menahan suspek kedua yang merompak kedai barang kemas untuk membiayai aktiviti pengganas. Polis melakukan kira-kira 10 serbuan di seluruh Jawa. Menurut sumber, lelaki terbabit dilaporkan menganggotai rangkaian pengganas bertanggungjawab mengimport senjata dari Filipina dan bekerja dengan seorang pengganas, Abu Omar. Mereka berjaya kumpul 1.8 bilion rupiah (RM549,000) hasil rompakan selain terbabit dalam kebakaran di Pasar Glodok di Jakarta, katanya. Operasi anti-keganasan itu dilakukan selepas polis minggu lalu menahan dua lelaki disyaki merancang mengebom kedutaan Myanmar di sini. Myanmar dilanda keganasan antara penganut agama sejak beberapa bulan lalu yang menyebabkan ramai majoriti penduduk Islam maut dan kehilangan tempat tinggal. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |