felda ijok - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda ijok - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda ijok</b> - Google Blog Search Posted: 05 Mar 2013 12:00 AM PST Kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengurus tadbir Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan baik berjaya menyakinkan warga peneroka untuk berdiri teguh menyokong penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia. Penyenaraian FGVH itu dijangka memberi ruang dan peluang kepada FELDA untuk bersaing di peringkat global, sekaligus turut menguntungkan warga peneroka hasil pembayaran dividen pada setiap tahun. Generasi kedua peneroka Felda Ijok dekat Selama, Alang Yahya Razali, 59, berkata, warga Felda khususnya generasi muda jangan mudah terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa. Sebaliknya, mereka tegasnya, harus berfikir dengan matang dan melihat jauh ke hadapan transformasi yang ingin dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat martabat Felda ke persada dunia. "Bagi mengiktiraf usaha dan penat lelah peneroka dalam membangunkan sosio-ekonomi negara, kerajaan baru-baru ini mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka di seluruh negara. "Sebagai generasi kedua Felda, saya bersyukur kepada Tuhan dan ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi kekayaan yang dimiliki oleh Felda," katanya kepada Peraktoday.com baru-baru ini. Pada tanggal 8 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh bernilai RM1.689 bilion untuk diagih-agihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda. Mengulas lanjut, Alang Yahya berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) wajib diberi mandat untuk menerajui Malaysia pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, orang Melayu perlu sedar kedua-dua parti itu berjaya mengangkat martabat bangsa ke peringkat yang lebih tinggi. "Jangan sokong pemimpin politik yang hanya menjatuhkan maruah dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. "Bagi saya, beliau layak digelar sebagai pengkhianat bangsa Melayu dan jika pemimpin sepertinya menguasai tampuk pemerintahan, saya bimbang masa depan negara menjadi tidak menentu dan rakyat pula akan hidup merempat," katanya lagi. Bagi Zulkufli Salleh, 64, pemberian runtuh itu tidak disangka sama sekali meskipun beliau sudah 30 tahun menjadi peneroka Felda Ijok. "Terima kasih kepada BN di atas pemberian durian runtuh RM5,000 kepada ketua keluarga peneroka dan saya berhasrat untuk menggunakan wang ini untuk mengerjakan haji buat kali kedua. "Pelbagai bantuan turut disediakan kepada warga peneroka oleh kerajaan BN sejak Felda ditubuhkan hasil idea Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak," katanya. Tambahnya, keamanan negara yang dikecapi hari ini akan terjejas jika perhimpunan haram Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu berulang lagi pada masa depan. "Perhimpunan yang jelas dibayangi sokongan parti pembangkang ini mencetuskan huru-hara hingga mengancam keselamatan rakyat dan negara ini," tegasnya lagi. Salah seorang peneroka yang berbangsa Cina, Leow Thean Seng, 57, berkata, beliau mengikut bapanya, berpindah ke Felda Ijok ketika masih kanak-kanak. Beliau tidak menafikan kehidupan peneroka di kawasan itu mengalami perubahan dari segi sosio-ekonomi hasil sokongan dan bantuan daripada kerajaan BN. "Keprihatinan kerajaan BN dalam membela nasib peneroka tidak seharusnya dipertikaikan walaupun pihak pembangkang terus berusaha untuk menghasut warga Felda agar membenci kerajaan. "Kami di sini turut menerima tempias pembangunan apabila Perdana Menteri ketika siri lawatan ke Parlimen Larut telah mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur yang ada di kawasan ini," katanya lagi. |
Program Info Bistari <b>Felda Ijok</b> – Perak Today Posted: 09 Jun 2011 02:09 AM PDT Hidup bermasyarakat amatlah penting jika rakyat ingin terus berada dalam Negara yang sentiasa aman dan makmur. Justeru, mereka tidak seharusnyalah menyerahkan segala tanggungjawab menjaga keselamatan ditangan pihak berkuasa semata-mata. Jika keadaan keselamatan terjejas, rakyat juga tidak dapat hidup harmoni. Demikianlah juga dalam rancangan Tanah FELDA hubungan yang erat diantara pengurusan dan peneroka harus dalam keadaan yang sentiasa erat. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji Yusof bin Abustan, Pengurus FELDA, Ijok, Aziz bin Mat Isa, Pegawai Penerangan Daerah Larut, Matang dan Selama, Adnan bin Jaafar, Penghulu Mukim Ijok, Mohd Fauzi bin Ghazali dan Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman. Mengenai masalah tempat tinggal generai kedua, Saya berkata bahawa perkara itu telahpun disampaikan ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri mohd Najib Tun Abdul Razak dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di PWTC, Februari lalu. Begitupun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr ZambryAbdul Kadir ketika mengadakan lawatan ke Kubu Gajah telahpun meminta supaya masalah itu dibincangkan diantara Pentadbir Tanah Daerah dengan Pengurusan FELDA mengenai tapak yang telah dikenalpasti. Selaku Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) Kubu Gajah Saya juga memberitahu hasrat untuk melihat program pembangunan seperti membangun semula Pekan Kubu Gajah dan Ijok bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk. Pembukaan sebuah Kampus Universiti di Pusat Veterina Negara di Ladang Sungai Segar juga telah dicadangkan ke pengetahuan Kerajaan Negeri. |
You are subscribed to email updates from felda ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |