{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda semenchu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda semenchu - Google Blog Search


PUTRAJAYA 7 Julai - Felda Semenchu Kota Tinggi, Johor membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta setelah menjuarai Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2008 sempena Sambutan Hari Peneroka ke-52 di sini hari ini.

Anugerah yang pertama kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan kemenangan itu, seramai 628 peneroka tanah rancangan terbabit akan memperoleh RM1,000 seorang.

Baki wang tunai itu akan digunakan untuk projek yang sesuai selaras dengan program menceria dan mengindahkan kawasan tanah rancangan.

Sebanyak 317 tanah rancangan Felda yang menyertai pertandingan itu tetapi hanya 10 daripada tanah rancangan itu terpilih sebagai finalis.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, tujuan utama anugerah AKKF bukan untuk menentukan pihak yang berjaya menggondol hadiah wang tunai lumayan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ia satu usaha untuk menerapkan nilai-nilai baik dan semangat baru kepada warga Felda dalam memaju dan menceriakan tanah rancangan masing-masing.

''Kita mahu lakukan suntikan pembaharuan supaya tanah rancangan Felda dapat menjadi contoh kepada pembangunan luar bandar.

''Ia juga bagi menunjukkan bahawa perbezaan antara yang berjaya dengan tidak berkaitan dengan soal kepimpinan," katanya.

Menurutnya, anugerah itu merupakan satu insentif atas daya usaha, semangat kerjasama dan komitmen semua masyarakat tanah rancangan menjayakan program keceriaan kawasan kampung.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Semenchu, Omar Dean, 58, melahirkan rasa gembira dengan kemenangan itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan satu persidangan khas bagi menentukan projek yang sesuai untuk dijalankan dalam masa terdekat ini.

''Pihak JKKK akan mengadakan pemantauan dan rondaan secara berterusan bagi memastikan aspek keceriaan dan keindahan setiap kawasan akan terus terjaga.

''Kami juga akan terus bekerjasama dengan pihak pengurusan Felda untuk memastikan kemudahan awam sekitar Felda Semenchu ini dapat dijaga dengan sebaik mungkin,"katanya.

<b>felda semenchu</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 08 Jul 2008 12:00 AM PDT

Felda Semenchu bawa pulang RM1 juta


Najib Tun Razak menyerahkan replika cek RM1 juta kepada Pengurus Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor, Mat Noh Abdullah (tiga dari kanan) selepas Felda itu dinobatkan pemenang Anugerah Keceriaan Kawasan Kampung Tahun 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat