Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 25 May 2013 04:00 PM PDT Kerajaan tak boleh dipilih melalui perhimpunan di jalan raya: Najib Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata perubahan kerajaan yang mahu dituntut mestilah berpandukan kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang bukannya melalui himpunan di jalan raya. Perdana Menteri berkata, mana-mana negara pun perlu kepada sistem politik berdasarkan kepada kaedah siapa yang layak memimpin negara melalui perubahan peti undi. "Semuanya termaktub dalam keluhuran perlembagaan kedaulatan undangundang...kerana ketinggian prinsip undang-undang adalah tiang seri negara. "Kalau kita warga negara yang cintakan negara, kita perlu pertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, ini tidak bermakna kita tidak boleh berbeza pendapat kerana itu teras dalam demokrasi berparlimen. "Perubahan kepemimpinan negara perlu kepada perubahan dalam peti undi dan kerajaan tidak boleh dipilih melalui himpunan di jalan raya dan kita tak boleh pilih kerajaan dengan cara demonstrasi dan buat huru-hara, kita tidak boleh timbulkan keadaan ketidaktentuan dalam negara kerana itu tidak selaras dengan semangat Perlembagaan Negara," katanya. Beliau berucap merasmikan Festival Belia Putrajaya 2013, di Dataran Putrajaya di sini semalam. Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan beberapa menteri Kabinet. "Kita tak mengikut cara pemilihan presiden yang dibuat berdasarkan undi popular sebab di negara ini tiada (sistem) pemilihan presiden. Jika ada saya boleh bertanding dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).. tak ada masalah," katanya. Najib turut mengingatkan generasi muda dan belia untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan pemimpin terdahulu. Katanya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, suara orang muda akan terus dan sentiasa didengari serta dirasai kepemimpinan kerajaan (BN) Barisan Nasional. Dakwaan satu kepalsuan Beliau turut menyelar pembangkang yang mendakwa BN mencuri kemenangan yang dikatakan milik mereka dan mendakwa BN melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu. "Dakwaan itu adalah satu kepalsuan kerana BN tidak melakukan penipuan seperti didakwa pembangkang. Walaupun pembangkang sering mendakwa berlaku penipuan dalam PRU-13 tetapi mereka gagal menunjukkan bukti malah langsung tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Mereka mendakwa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi, tunjukkan lapangan terbang mana. Jangan tuduh sembarangan bahawa seseorang itu warga Bangladesh hanya mereka gelap sedikit," katanya. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2013 kepada Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh, Melaka bagi kategori Pertubuhan Belia, manakala Manndzri Nasib daripada Majlis Belia Malaysia Johor bagi kategori APBN Lelaki dan Halimah Abd Rahman daripada Persatuan Puteri Islam Sabah bagi kategori APBN Wanita. |
Denda majikan gagal laksana bersara 60 tahun Posted: 25 May 2013 03:58 PM PDT Putrajaya: Majikan yang tidak mengemukakan permohonan penangguhan tetapi gagal melaksana umur persaraan 60 tahun berkuat kuasa 1 Julai ini bakal didenda sehingga RM10,000 mengikut Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib, berkata sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April lalu, kementerian hanya menerima 331 permohonan majikan dan semuanya masih di peringkat penelitian dan semakan. Katanya, kementerian bersedia mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan sehingga hujung tahun ini jika majikan mengemukakan alasan munasabah. Pelaksanaan sudah bermula "Pelaksanaan umur persaraan 60 tahun secara peraturannya sudah bermula dan kementerian sedar bahawa ramai pihak memerlukan sedikit masa untuk membolehkan peraturan itu dilaksanakan di syarikat atau agensi masing-masing. "Bagi mereka yang mengemukakan permohonan penangguhan, kementerian akan memberi pertimbangan supaya peraturan itu tidak dilaksanakan sehingga akhir tahun ini," katanya selepas merasmikan Segmen Job Square dan Government To Youth (G2Y) sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di sini, semalam. Majikan tak boleh hentikan pekerja Sehubungan itu, majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sebelum mencapai umur persaraan minimum. Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan. Mengulas pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, Ismail berkata, kementerian menerima antara 500 hingga 600 permohonan rayuan daripada majikan. "Mana-mana pihak yang membuat rayuan dan diluluskan, boleh menangguhkan pembayaran gaji minimum sehingga hujung tahun depan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |