Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 25 May 2013 10:38 AM PDT Kuala Lumpur: "Saya amat menyesal. Kini, kehidupan rumah tangga saya tidak sebahagia dulu lebih-lebih lagi apabila saya gagal menunaikan kewajipan sebagai seorang suami. "Mujur, isteri masih lagi menyayangi saya, bersabar dan setia bersama saya. Dia jugalah yang mencari doktor dan pelbagai cara lain bagi menjadikan saya kembali sebagai seorang suami sejati," luah Arif, 33. Arif, salah seorang daripada ribuan lelaki di negara ini yang berdepan masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin kesan penggunaan produk perangsang seks yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM). Menurut Arif, pada mulanya dia menggunakan produk berkenaan dengan tujuan untuk kekal lama ketika bersama isterinya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26 |
Posted: 25 May 2013 10:19 AM PDT Ipoh: Seorang anggota RELA kini dilaporkan koma selepas dirempuh seorang mat rempit ketika bertugas dalam Operasi Samseng Jalan Raya di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi di Jalan Pasir Puteh itu, mangsa dikenali Tiong Yoon Meng, 44, dari Menglembu, di sini dirempuh oleh sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mat rempit berkenaan. Difahamkan, mangsa bersama dua rakan sekerja lain sedang berkawal di satu lorong bagi menghalang sekumpulan mat rempit meloloskan diri apabila laluan itu dikepung polis. Bagaimanapun, beberapa motosikal menuju ke lorong dikawal mangsa sebelum sebuah motosikal berkenaan merempuh mangsa menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter. BUKTI Chang Keong menunjukkan motosikal yang merempuh mangsa.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |