Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 09 May 2013 03:40 PM PDT Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Sebaliknya ketuanya, Datuk Harun Taib meminta semua pemimpin pakatan pembangkang menerima keputusan rakyat Ahad lalu dengan hati terbuka.
|
Posted: 09 May 2013 03:05 PM PDT Putrajaya: Pejabat Peguam Negara mengesahkan menerima laporan bahawa beberapa pemimpin parti politik mengaitkan isu berkaitan perkauman dalam ceramah mereka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Bagaimanapun, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Abdul Wahab Mohamed, berkata beliau tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenainya buat masa sekarang kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.
Setakat ini, 327 laporan polis diterima merangkumi aduan mengenai dakwat kekal yang mudah dibasuh selain isu pemerhati pilihan raya yang diarahkan keluar oleh Ketua Tempat Mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan undi. Pelbagai aduan Selain itu, ada aduan membabitkan nama pengundi tersenarai semula selepas melakukan undi pos, pengundi hadir untuk mengundi sudah dipotong namanya sedangkan belum mengundi selain petugas SPR memangkah kertas undi sebelum diserah kepada pengundi untuk dimasukkan dalam peti undi, katanya pada satu sidang media, di sini semalam. Dalam pada itu, kata Wahab, empat lelaki akan didakwa secara berasingan di tiga Mahkamah Majistret di Selangor hari ini kerana melakukan pelbagai kesalahan pada hari mengundi 5 Mei lalu.
Dua lagi lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan pada jam 5.09 petang 5 Mei lalu kerana mengambil bahagian dalam rusuhan dan memiliki batang besi serta topi keledar di Jalan Mesra, Pandamaran, Pelabuhan Klang. Pecah cermin bas Katanya, seorang lagi individu turut dihadapkan di mahkamah sama dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin bas syarikat Cityliner Sdn Bhd kira-kira jam 5.09 petang 5 Mei lalu. Mengulas perkembangan insiden letupan ketika kempen di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 23 April lalu, Wahab berkata tiada perkembangan baru sehingga sekarang dan kes itu masih dalam siasatan. Katanya, setakat ini empat suspek ditahan bagi membantu siasatan tetapi semua mereka didapati tidak terbabit dalam insiden berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |