Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 03 May 2013 04:52 PM PDT Belai anak mengikut perkembangan usia Bagaimanakah bentuk hubungan terjalin antara kita dengan anak-anak? Kadang-kadang, ibu bapa hari ini tidak sedar kesibukan bekerja menyebabkan mereka gagal mendekati anak dalam 'erti' sebenar-benarnya.
Menurut laporan The Global Spirit of Childhood, ibu bapa di Malaysia lebih suka memperuntukkan masa bekerja daripada meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Jangan biarkan kehidupan karier sibuk dan lingkungan persekitaran tertekan menghalang anda meluangkan masa berkualiti bersama anak kesayangan. Bertenang dan cuba isi waktu dengan kenangan istimewa. Ketahui juga cara sesuai meluangkan masa bersama anak-anak mengikut tahap perkembangan mereka. Bayi
Bayi mula memahami dan mengenali kehadiran anda dalam kehidupan mereka. Bayi pandai berkomunikasi jika anda membuat hubungan mata (eye contact) dan bercakap dalam bahasa difahaminya. Anak kecil (Toddler) Ketika ini anak kecil mengalami proses tumbesaran ketara. Seronok meluangkan masa dengan anak-anak dalam usia sebegini kerana 'sudah dapat kaki'. Biasanya, toddler sudah tahu membezakan ibu bapa, individu rapat, dikenali dan individu asing dengan mereka. Justeru, jangan hairan jika anak menangis apabila individu asing menegur mereka. Toddler ralit dalam dunianya sendiri, bermain permainan kesukaan, mula menyanyi dan meniru aksi ditontonnya. Sedikit pelukan dan sentuhan mengambil berat sudah menawan hatinya malah, mungkin menyebabkan dia tidak mahu berenggang daripada anda. Tadika Sepanjang tahun di tadika, si kecil kita ini membesar dengan diperdengarkan cerita dongeng 'Sang kancil dengan buaya' dan 'Gagak yang bijak'. Pemantulan pembelajaran mendidik mereka mengenal kualiti hidup, nilai kemanusiaan dan norma kehidupan seperti 'jangan mengambil kesempatan' dan 'menilai sesuatu daripada luarannya'. Pendidikan secara bercerita mampu memacu dan mengisi harapan ibu bapa sebagai langkah menempa kejayaan anaknya, kelak. Bersekolah rendah Apabila anak kita memasuki alam sekolah rendah, ikatan berkesan membabitkan aktiviti pembacaan, bermain permainan kuiz dan permainan perkataan seperti hangman atau wordsworm. Aktiviti menyeronokkan ini berupaya mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain. Aktiviti memasak yang ringkas seperti membakar kek, membuat pizza buah-buahan atau meletakkan hirisan keju bakar memerlukan sedikit usaha. Bagaimanapun, jangan pandang rendah usaha sebegini kerana ia cara mempersembahkan kasih sayang sejati. |
Posted: 03 May 2013 04:50 PM PDT Meninggalkan kenangan berkekalan untuk generasi seterusnya Dalam episod terakhir kisah Adam dan Aida menguruskan kewangan mereka, akan membicarakan mengenai apakah kenangan yang kita hendak tinggalkan.
Kita juga buka pemimpin negara dihormati atau jutawan yang disanjungi kerana sumbangan dan pencapaian yang membanggakan. Namun begitu, jauh di sudut hati, setiap daripada kita ingin dikenang. Kita mengharapkan sekurang-kurangnya ahli keluarga dan orang tersayang akan mengingati kita dengan kenangan yang manis. Peribahasa China mengatakan; harta kekayaan jarang kekal lebih daripada tiga generasi. Selalunya, generasi pertama akan bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi dan menyimpan untuk generasi seterusnya. Generasi kedua juga akan bekerja keras... membelanjakan semua wang yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.
Apa yang dimaksudkan berkesan adalah sejauh mana keinginan pemilik harta dicapai melalui proses perancangan. Bijak pula bermakna mencapai keinginan itu dengan kos paling rendah. Dengan itu matlamat perancangan estet adalah memastikan estet seseorang itu cukup untuk memenuhi semua keinginannya apabila dia kembali menemui penciptaNya. Pewaris mereka pula akan menerima harta bahagian masing-masing mengikut jumlah dan cara diaturkan oleh pemilik. Wasiat pembahagian harta Adam sekarang mula memikirkan cara terbaik untuk mengatur hartanya bagi memastikan semua berjalan dengan baik selepas dia meninggal dunia. Dia juga ingin mewasiatkan rumah keluarga kepada Aida, supaya Aida boleh menetap di sana hingga ke akhir hayatnya. Dia juga mahu meninggalkan warisan untuk cucu-cucunya sebagai kenang-kenangan. Bagi mencapai objektif ini, terdapat lebih daripada satu cara untuk menjadikan kenyataan dan sekarang kita lihat sebahagian daripada instrumen perancangan harta yang biasa. Pada asasnya wasiat ialah instrumen bertulis yang digunakan seseorang individu untuk menunjukkan keinginannya dalam pembahagian harta sebelum dia meninggal dunia. Oleh itu, wasiat hanya berkuat kuasa selepas kematian. Wasiat boleh dibatalkan dan diubahsuai pada bila-bila masa sebelum pembuat wasiat meninggal dunia.
Kita boleh dapatkan khidmat peguam yang berpengalaman luas dalam undang-undang harta untuk tulis wasiat, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai banyak harta dan puluhan ahli keluarga, atau boleh menggunakan khidmat penulis wasiat profesional. Melantik pemegang amanah harta Amanah Raya Berhad (ARB), sebuah pertubuhan kuasi-kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam pentadbiran harta dan khidmat amanah. Sudah tentu kita juga boleh menyediakan sendiri dengan mencari contoh wasiat dalam internet dan buku, selagi wasiat kita adalah muda dan ringkas. Orang Islam juga boleh menulis wasiat dengan mengikut prinsip syariah dalam pentadbiran estet. Selain wasiat, ada lagi satu instrumen iaitu Amanah. Pada asasnya Amanah adalah satu aturan atau perhubungan perundangan di mana seorang individu memindahkan aset-asetnya kepada pihak ketiga yang disebut pemegang amanah (mungkin seorang individu, penasihat profesional atau sebuah syarikat) yang terikat kepada satu set arahan, undang-undang atau peraturan bagi manfaat orang lain yang dikenali sebagai benefisiari atau agihan. Amanah mencipta suatu kewajipan ekuiti, sama ada dilaksanakan secara nyata atau terangkum tegas oleh undang-undang mahkamah. Pemegang amanah terikat untuk mengendalikan harta yang diamanahkan untuk manfaat benefisiari. Sebagai contoh, Adam mungkin mengambil keputusan untuk membuat Amanah di mana setiap seorang daripada cucu cicitnya menerima RM100 sebulan sehingga umur mereka mencapai 21 tahun, dan pada usia ini mereka akan menerima RM10,000 sekali gus setiap seorang sebagai hadiah memperoleh ijazah. Semua bayaran ini akan berterusan walaupun Adam sudah meninggal dunia. Amanah insurans nyawa Akhir sekali, kita juga boleh membuat Amanah Insurans Nyawa dengan membeli polisi insurans atas nyawa kita sendiri dan melantik isteri, suami, anak-anak atau ibu bapa kita sebagai calon. Atas kematian kita, jumlah insurans campur dengan sebarang bonus, jika ada, akan dibayar kepada calon yang dilantik dan mereka akan menerima wang itu sebagai benefisiari. Kelebihan kaedah ini ialah sijil pengesahan wasiat (probet) tidak diperlukan, jadi ahli keluarga kita boleh menerima wang lebih awal dan dengan lebih mudah. Bagaimanapun, ini tidak merangkumi orang Islam kerana calon yang dilantik menerima wang sebagai pemegang amanah berbanding benefisiari dan mereka hendaklah mengikut hukum faraid dalam pembahagian harta pusaka umat Islam. Jadi, bagaimana kita mahu dikenang? Kita tidak perlu menjadi seorang bintang atau pemimpin dunia untuk meninggalkan warisan. Warisan terbaik untuk ditinggalkan adalah nilai positif yang kita tanamkan dalam hati dan minda anak-anak dan cucu -cicit. Bak kata pepatah; "Beri seorang itu seekor ikan dan kita akan memberinya makanan untuk sehari. Tapi ajar dia cara menangkap ikan, kita akan memberi dia makan seumur hidupnya!". Ini sama dengan pengurusan kewangan dan kita bukan hanya meninggalkan harta yang besar untuk anak-anak, kita juga perlu mendidik cara menguruskannya. Munkin ini satu pusaka yang berbaloi ditinggalkan... AKPK - Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |