{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Cantas bookie!

Posted: 18 May 2013 03:26 PM PDT

Tiada kompromi dalam isu gejala rasuah bola sepak tanah air! Itu amaran jelas Menteri Belia dan Sukan baru dilantik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bertekad memastikan gejala berkenaan yang masih difahamkan menyerap dalam bola sepak tempatan dapat ditangani secara lebih serius.

"Masalah yang saya lihat masih menghantui bola sepak kita ialah gejala bookie," kata Khairy kepada wartawan selepas menyaksikan pertandingan separuh akhir Mixed Martial Arts Malaysian Invasion (MIMMA) di ibu negara semalam.

Khairy yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga akan mengadakan mesyuarat dengan badan induk bola sepak negara itu dan juga pihak polis dalam masa terdekat membincangkan cara terbaik menangani perkara ini.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Tentera kena bedil

Posted: 18 May 2013 03:26 PM PDT

Seremban: Negeri Sembilan membuat kejutan besar untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam saingan Liga Super apabila tampil gah menumbang pasukan pilihan, Tentera 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Kemenangan pertama itu selepas 17 perlawanan jelas menjadi hadiah penting buat Presiden dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Ketiadaan Marlon Alex James tidak dinafikan menjejaskan rentak The Gladiators yang terpaksa menyandarkan harapan kepada Hairuddin Omar dan Bruno Martelotto untuk mencari gol.

Negeri Sembilan melakukan serangan kilat ke arah pintu gol Tentera sebaik wisel dimulakan dan membuahkan hasil apabila Mohd Fauzi Nan berjaya memperdayakan pertahanan Tentera menerusi rembatan deras menewaskan penjaga gol, Farizal Harun seawal minit pertama.

Manfaat hantaran bola

Bagaimanapun kegembiraan skuad Rusa tidak berpanjangan apabila Hairuddin memanfaatkan bola lorongan Christie Jayaseelan dalam kotak penalti untuk menyamakan kedudukan menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Badrulzaman Abdul Halim pada minit ke-14.

Negeri Sembilan yang kini dibimbing Ridzuan Abu Shah, mengubah corak persembahan dengan melakukan beberapa serangan pantas kembali di depan apabila sepakan cantik Mohd Nazrin Mohd Nawi melalui tendangan bebas dari jarak kira-kira 20 meter, menggegar gawang lawan pada minit ke-20.
Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan terus melakukan serangan pantas dan percubaan terus Mohd Nazrin dari luar kotak penalti terkena tiang pada minit ke-46 dan tiga minit kemudian percubaan Mohd Amirul Omar ditepis Farizal.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat