{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Terima kasih TNB!

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

ADELINA Iskandar (dua dari kiri) meninjau suasana dalaman rumah keluarga Mohamad Mohd. Hassan (kanan) di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu kelmarin.

HULU TERENGGANU 18 Mei - Rumahnya kecil dan makin usang, namun Mohamad Mohd. Hassan tidak mampu menyediakan suasana kehidupan lebih baik buat isteri dan tujuh anak mereka di Kampung Tanjung Baru dekat sini.

Pendapatan yang tidak menentu, bergantung kepada kerja-kerja kampung dan sekadar cukup untuk memenuhi keperluan harian semata-mata, membataskan impiannya untuk memberi lebih.

Melihat kekurangan keluarganya, Mohamad, 52, dan isteri, Fatimah Mamat, 47, merasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kerana tampil membantu.

"Saya cuma kerja kampung, tidak mampu membaiki rumah ini. Syukurlah TNB melihat hidup kami sekeluarga dan tergerak untuk membantu," ujarnya yang menceritakan kegembiraan anak-anak dengan keadaan rumah yang dianggap benar-benar sempurna kini.

Rumah mereka dibaik pulih Februari lalu dengan kos RM22,000 melalui program Baiti Jannati TNB yang menjurus kepada kerja-kerja membaiki kediaman golongan sasaran antaranya orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di luar bandar.

Penyerahan rumah itu disempurnakan oleh Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komnunikasi) TNB, Adelina Iskandar kelmarin.

Selain bantuan membaik pulih rumah, Mohamad menerima sumbangan barangan elektrik daripada persatuan di bawah TNB seperti Pelitawanis, Kelab Kilat dan Kesatuan Sekerja TNB.

Menurut Adelina, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, TNB telah membaik pulih 137 rumah di seluruh Semenanjung melibatkan peruntukan RM2.6 juta.

Bagi Terengganu beliau memberitahu, sebanyak 18 rumah telah berjaya dibaiki sejak 2008 yang melibatkan perbelanjaan RM307,312.

"Tahun ini tiga penerima mendapat manfaat membaiki rumah iaitu Mamat Abas dari daerah Setiu, Zarina Mamat (Paka, Dungun) dan Mohamad dari Hulu Terengganu," katanya.

Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU 18 Mei - Peruntukan lebih RM300 juta diperlukan untuk menaik taraf kemudahan di Pelabuhan Chendering di sini agar seiring dengan perkembangannya sebagai salah sebuah pelabuhan perikanan berdaya maju.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Mohd. Saffe Mohd. berkata, usaha itu termasuklah mendalamkan sekitar kawasan pelabuhan di samping meneruskan pembinaan benteng pemecah ombak.

"Kita telah mengemukakan permohonan kepada pihak kementerian melalui kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

"Namun, sehingga kini masih belum menerima kata putus," ujarnya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan 1,000 jaket keselamatan oleh Kumpulan AmBank kepada golongan nelayan dan pengusaha bot semalam.

Menurut Mohd. Saffe, 120 bot pelbagai jenis menggunakan kemudahan di pelabuhan itu untuk berlabuh dan mendaratkan hasil tangkapan di samping mendapatkan bekalan minyak.

Sementara itu, kalangan nelayan berharap kerajaan dapat meneruskan usaha menaik taraf pelabuhan tersebut.

Bagi Dahalan Ali, 68, tembok pemecah ombak sangat penting kepada nelayan agar mereka dapat keluar dan masuk ke pelabuhan dengan selamat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat