Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
4 didapati bersalah bunuh Sosilawati Posted: 22 May 2013 07:49 PM PDT SHAH ALAM: Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, tadi selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Banting pada 30 Ogos 2010.
Mereka melakukan perbuatan itu di Lot nombor 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor. Sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan serta 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah. KRONOLOGI KES BUNUH SOSILAWATI 30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil dilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah. Sosilawati kali terakhir dilihat membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting, pada jam 4 petang. 6 September 2010: BMW M5 milik Sosilawati ditemui di parkir Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW milik Ahmad Kamil dijumpai berdepan rumah teres berhampiran sebuah hotel di Subang Jaya. 12 September 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abunya dicampakkan ke sungai berhampiran. 13 Oktober 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuh semua mangsa. 15 Oktober 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap Sarawanan dan Suresh yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan itu. 18 Oktober 2010: Pathmanabhan gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang membatalkan namanya sebagai peguam berdaftar. 2 November 2010: Enam anak Sosilawati memfailkan saman ganti rugi bernilai RM60 juta terhadap Pathmanabhan dan lima pekerja ladang yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan ibu mereka. 21 Februari 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun kepada 20 tahun penjara kepada Sarawanan dan Suresh kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan itu. 3 Mei 2011: Tuntutan wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta oleh Sosilawati terhadap dengan bekas suami Nash di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dihentikan berikutan kematian jutawan itu. 3 Julai 2011: Perbicaraan kes peringkat pendakwaan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam. 8 Mac 2012: Pendakwaan menutup kes. 30 April 2012: Datuk Akhtar Tahir memerintahkan keempat-empat tertuduh membela diri atas pertuduhan selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. 22 Mac 2013: Pembelaan menutup kes. 23 Mei 2013: Keputusan kes di akhir pembelaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23 |
Posted: 22 May 2013 11:12 AM PDT Kuala Lumpur: "Ya, kami sudah putus hubungan dan setakat itu sajalah hubungan kami. "Lebih baik berpisah awal secara baik daripada mencetuskan pergaduhan pada masa depan," kata pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo Omar, 28 mengakui hubungan cintanya bersama pelajar Universiti LimKokWing, Hans Jaafar, 25 sudah berakhir. Fizo dihubungi semalam berkata, hubungannya bersama pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan itu hanya bertahan dua bulan selepas tiada keserasian bersama. "Saya anggap hubungan ini berakhir kerana tiada jodoh dan persefahaman. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," katanya. Fizo Omar dan Haas hanya sempat bercinta selama 2 bulan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |