Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 22 May 2013 04:11 PM PDT Cuaca panas di Malaysia satu perkara biasa. Cuma sejak kebelakangan ini bahang kepanasan agak luar biasa hingga orang ramai tidak lepas merungut dengan cuaca panas membuatkan mereka resah gelisah, berpeluh dan kadangkala rasa mahu pitam. Walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam. Mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba. Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal. Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan. Badan hilang upaya Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba. Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk. Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesemad an radang kulit seperti ruam. Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah strok haba yang turut dikenali, sunstroke atau heat stroke. Justeru, orang ramai dinasihatkan membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mereka terkena strok matahari atau haba yang boleh menyebabkan seseorang pengsan. Kurangkan aktiviti di luar Pastinya, ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya strok haba. Mungkin juga ada masih mencari jawapan, apakah kesan mudarat strok haba kepada kesihatan dan risiko yang bakal ditanggung jika individu itu berterusan terdedah cuaca panas ini. Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk hipotermia, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, strok haba adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme. Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ. Strok haba tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya 'strok' adalah istilah umum digunakan untuk menggambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak. Dalam keadaan cuaca yang teruk seperti Asia Barat terutama di Oman, badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudian membebaskan radiasi yang disebabkan oleh 'aktiviti metabolik' melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan strok haba yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Semua berisiko Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, menjelaskan strok haba adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas. Beliau yang juga Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, berkata setiap individu berisiko menghadapi masalah kesihatan terutama yang berisiko ada penyakit tertentu. "Malah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan dan tentera serta kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan," katanya. Dr Zainal berkata, dalam keadaan ini, orang ramai seharusnya elak memakai pakaian tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau pengeringan peluh. "Masyarakat memang sedar keadaan ini. Biasanya mereka akan mengambil langkah pencegahan awal. Setakat ini, tiada sebarang kes mengenai kejadian ini dilaporkan di negara ini," katanya yang turut menjelaskan negara lain terjejas termasuk di Asia Barat dan Afrika. "Strok haba jarang berlaku di negara rantau ini seperti Singapura atau negara serantau lain," katanya. Katanya, mencegah baik daripada mengubati terutama kepada mereka yang diklasifikasikan dalam kumpulan berisiko tinggi dan mengambil langkah terbaik. Apa yang penting, jangan sesekali mendedahkan diri dengan panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian, selain mengekalkan pernafasan mencukupi. Ini boleh dilakukan dengan berada pada persekitaran yang sejuk, tidak berpakaian tebal, kerap mandi. Mungkin anda boleh juga menggunakan pek ais diletakkan pada leher, ketiak dan pangkal paha. INFO: Amalan mengelak jangkitan penyakit sepanjang musim panas Jangan/ tidak perlu Simptom strok haba Bagaimana anda merawat mangsa strok haba: |
Hadiah RM38,000 tunggu pemenang Posted: 22 May 2013 03:54 PM PDT Wang tunai berjumlah RM38,000 bakal dibawa pulang pasangan peserta yang memenangi 'Cabaran IKEA 25-Hour Cook-Off' yang akan berlangsung, pada 14 Jun depan. Timbalan Pengurus Pemasaran Serantau, IKEA, Yeong Tze Kuen, berkata cabaran ini dijangka menguji kemahiran memasak dan ikatan kasih sayang peserta, iaitu mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai RM38,000 dalam bentuk IKEA Gift Card untuk merealisasikan dapur impian mereka.
"Cabaran ini juga sebagai memperkukuhkan kelengkapan memasak IKEA terutama dapur yang direka khusus untuk membantu pelanggan membina sendiri dapur impian mereka dan mencetuskan detik indah yang kekal selamanya di rumah mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini. Sehubungan itu, makan makanan sihat, di samping keluarga mahupun individu tersayang atau ditemani ibu pastinya antara perkara nikmat dialami setiap insan. Penyertaan berpasangan Cabaran bermula pada 14 Jun ini dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebagai peserta untuk menyertai cabaran hebat yang menawarkan hadiah menarik ini.
"Oleh itu, sekiranya ikatan kasih sayang anda seutuh dapur IKEA, kami ingin menjemput anda menyertai cabaran IKEA 25-Hour Cook-off dan rebutlah peluang memenangi dapur impian anda," katanya. Katanya, dapur ditawarkan IKEA mempunyai tempoh jaminan 25 tahun, seperti mana mereka meyakini ikatan kasih sayang wujud kekal selamanya. "Untuk menyertai cabaran ini, layari laman web www.IKEA.com.my/cookoff sehingga 2 Jun ini untuk mendaftar dan rekodkan video penyertaan selama 25 saat (rakam idea nukilan anda sendiri) dengan pasangan anda, ibu bapa atau rakan baik mengenai mengapa anda inginkan dapur idaman IKEA. INFO: Cabaran IKEA 25-Hour Cook-Off
Hadiah-hadiah hebat di dalam bentuk IKEA Gift Card adalah seperti berikut:
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |