{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Peraih ikan mati ditembak

Posted: 23 May 2013 07:59 PM PDT

PASIR PUTIH: Memilukan apabila seorang peraih ikan yang baru selesai solat Isyak berjemaah mati ditembak sebaik keluar dari pintu pagar masjid dalam kejadian di Masjid Nurul Anuar (MNA) di Kampung Pachakan, Dalam Rhu, Semerak, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Zahari A Razak, 57, ditembak sekurang-kurangnya lima das dan tembakan itu terkena rusuk kiri ketika memandu kereta jenis BMW untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari masjid.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.

Rakan mangsa, Rajab Yusoff, 53, berkata, dia melihat kereta dipandu mangsa tiba-tiba 'melencong' ke arah kanan sebaik melewati pintu pagar masjid sebelum terbabas ke kawasan lapang bersebelahan masjid.


"Saya terus bergegas mendapatkan Zahari yang juga AJK masjid sebelum terkejut melihat dia terkulai di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah.


"Walaupun panik, saya berusaha menyelamatkannya, namun, sebaik mendapati Abang Haji semakin `nazak', saya terus mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Pembunuhan paling dahsyat

Posted: 23 May 2013 12:07 PM PDT

Shah Alam: Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang dihukum mati kerana membunuh empat individu termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting dekat sini, tiga tahun lalu, disifatkan Hakim Datuk Akhtar Tahir sebagai penjahat profesional.

Ketika membacakan penghakimannya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam Akhtar berkata, keempat-empat tertuduh, Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 33, adalah contoh penjenayah kejam yang tidak mengenal mangsa sama ada golongan miskin atau orang kenamaan.

"Kes ini menunjukkan plot (pembunuhan) ngeri yang dilaksanakan Pathmanabhan dan konco-konconya dengan cara yang paling dahsyat sekali," katanya.

Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Foto

ANAK Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari gembira selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.


Pathmanabhan serta tiga pekerjanya itu didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat