Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 23 May 2013 11:08 AM PDT Kuala Lumpur: Nampak tenang di luar tetapi hakikatnya tidak di dalam. Itulah gambaran sebenar Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang sebenarnya berdepan kemelut dalaman cukup serius membabitkan konspirasi untuk menjatuhkan Setiausaha Kehormat Datuk Sieh Kok Chi. Menerusi perancangan rapi, Kok Chi dikatakan menerima tekanan cukup hebat daripada 'kem lain' yang tidak menyukai tokoh berusia 74 tahun itu dan berusaha untuk menyingkirkannya pada pemilihan Perhimpunan Agung Tahunan MOM pada 22 Jun.
Difahamkan nilai dana itu cukup banyak. Antara tujuan tabung dana itu bagi membantu persatuan sukan kebangsaan yang mempunyai masalah kewangan.
Datuk Sieh Kok Chi. "Saya bukan mahu menyebelahi Kok Chi, tapi saya faham sangat tingkah lakunya dan tidak percaya beliau akan lakukan perkara seperti itu," katanya.
"Kok Chi sering ke luar negara atas urusan kerja kerana beliau Setiausaha Kehormat kita. Jadi mengapa mahu timbulkan cerita yang tidak benar? "Bagi saya ini fitnah serta krisis paling buruk dalam MOM, lebih buruk berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 yang baru kita lalui baru-baru ini," katanya.
|
Posted: 23 May 2013 10:57 AM PDT Kuala Lumpur: Pelumba cilik Masziyaton Mohd Radzi mempersia-sia peluang terbaik menambah koleksi kutipan pingat pasukan lebuh raya Malaysia apabila sekadar menduduki tempat keempat acara lepas beramai-ramai elit wanita sejauh 81.5 kilometer di Kejohanan Pra-Sukan SEA 2013 di Naypyitaw, Myanmar semalam. Selepas lebih tiga kali melakukan pemecahan bersama seorang lagi pelumba negara, Mariana Mohammad, kelekaan Masziyaton pada 500 meter menuju ke garisan penamat membawa padah apabila tonggak Singapura, Chan Siew Kheng memintasnya sekali gus merampas gangsa yang kelihatan hampir dalam genggaman.
Perlumbaan dimenangi pelumba Vietnam, Nguyen Thi That manakala Jutatip Maneephan perak.
"Saya rasa terkilan kerana tidak dapat menghadiahkan pingat. Saya sudah berusaha dan memberikan yang terbaik namun rezeki tidak memihak kepada saya. "Apa yang berlaku dalam perlumbaan hari ini banyak memberikan kami pengajaran berguna untuk digunakan pada Sukan SEA nanti," katanya. Masziyaton berkata, kekalahannya disebabkan ramai pelumba bijak mengambil kesempatan dan pandai menjimatkan tenaga.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |