{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Timbang semula hasrat roboh Pasar Payang

Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT

KUALA TERENGGANU 23 Mei - Kerajaan negeri diminta menimbang semula hasrat meroboh Pasar Besar Kedai Payang untuk dibangunkan kompleks bersepadu yang menempatkan pasar baharu selain hotel dan pangsapuri.

Pengerusi Persatuan Pelancong Negeri Terengganu (PPNT), Wan Supian Wan Ishak berkata, sebagai pemain industri pelancongan, konsep Pasar Besar Kedai Payang yang sedia ada seharusnya dikekalkan.

Katanya, Pasar Payang cukup sinonim kepada pelancong dari dalam dan luar negara dan menjadi lokasi wajib dikunjungi untuk membeli belah pelbagai barangan termasuk batik dan beraneka makanan tradisional.

"Jika dirobohkan dan dibina dengan konsep moden termasuk pembinaan hotel, saya bimbang seri Pasar Payang akan hilang dan tidak lagi menjadi destinasi tumpuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ke-24 di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di sini hari ini yang dirasmikan Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd. Sabri Zakaria.

Beliau mengambil contoh Bazar Warisan yang dibina bersebelahan Pasar Payang yang menjual pelbagai produk batik dan kraftangan yang didapati kurang mendapat perhatian pengunjung.

Katanya, pelancong lebih suka mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang kerana boleh membeli pelbagai barangan termasuk batik, kraftangan, makanan tradisional dan kuih-muih.

Beliau menambah, kerajaan negeri boleh membuat penambahbaikan pada bangunan itu dengan membaiki bahagian yang menjejaskan keselamatan orang ramai.

"Saya difahamkan, bahagian yang perlu dibaiki pada masa ini ialah kawasan pasar ikan, sepatutnya kawasan itu sahaja yang dibaiki manakala yang lain harus dikekalkan dan bukan semuanya dirobohkan," katanya.

Katanya, konsep Pasar Besar Kedai Payang perlu dikekalkan sebagai identiti dan ikon Terengganu di samping diberi penambahbaikan bagi keselesaan peniaga dan pengunjung tanpa menjejaskan struktur asal dan fungsi sebenar.

Risiko hidap penyakit berjangkit

Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Suhaimi Mohd. Jusoh (empat dari kiri) bersama 13 pemenang program Sedut Dan Menang di ibu pejabat MSSB, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 23 Mei - Sikap sambil lewa penduduk di negeri ini dan tahap kesedaran yang rendah tentang keperluan mengosongkan tangki septik di setiap kediaman mereka menyebabkan mereka diancam dengan pelbagai penyakit berjangkit.

Ia ekoran kebanyakan penduduk di negeri ini menggunakan air telaga tiub yang digali di kawasan rumah dan berhampiran dengan tangki septik.

Ketua Pegawai Operasi Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (KUMH), Mohd. Suhaimi Mohd. Jusoh berkata, sebanyak 50 peratus penduduk di negeri ini menggunakan air bawah tanah sebagai sumber air mereka.

Menurutnya, apa yang membimbangkan kebanyakan tangki septik juga terletak berhampiran dengan telaga tangki septik yang disalurkan terus ke dalam tanah dan boleh menjejaskan kesihatan manusia.

"Dalam tempoh empat tahun bermula tahun 2009, Majaari Services Sdn. Bhd. (MSSB) yang merupakan syarikat milikan penuh KUMH telah memberikan perkhidmatan mengosongkan tangki septik di 12,000 buah rumah dengan purata satu peratus setahun.

"Kita menganggap jumlah tersebut adalah cukup kecil dan MSSB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan pembentungan di negeri ini bagi memberi jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan kualiti hidup, penjagaan kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar terutama melibatkan sumber air bawah tanah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada 13 pemenang program Sedut Dan Menang di ibu pejabat MSSB di sini hari ini.

Mohd. Suhaimi berkata, pada tahun 2013 dianggarkan sebanyak 306,000 buah rumah yang masih belum mengosongkan tangki septik dan pihaknya merancang untuk memperluaskan perkhidmatan kepada dua peratus dan 1,224 untuk tangki komersial.

Sementara itu, beliau berkata, program sedut dan menang yang julung kali diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengosongan tangki septik di kediaman masing-masing.

"Penganjuran program ini adalah dengan harapan agar dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalankan proses sedutan tangki septik di kediaman masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

"Ini penting kerana pepejal najis yang terkumpul bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi mengakibatkan limpahan dalam sistem perairan dan tandas rumah, ini memberi kesan buruk kepada penduduk khususnya kepada masalah kesihatan," jelasnya.

Kerajaan negeri digesa terus aktiviti kebudayaan

Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT

KUALA TERENGGANU 23 Mei - Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) menggesa kerajaan negeri meneruskan aktiviti persembahan kebudayaan sempena program Payang Walk yang akan dihidupkan semula Khamis ini.

Pengerusinya, Wan Supian Wan Ishak berkata, persembahan kebudayaan itu merupakan daya tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Payang Walk selain dapat memperkenal kebudayaan tempatan.

Beliau berkata, wayang kulit, rodat, tarian saba dan silat adalah antara persembahan kebudayaan yang masih wujud untuk diketengahkan kepada pelancong dan generasi baharu.

Katanya, persembahan kebudayaan di Payang Walk mula diperkenal setiap Sabtu dan Ahad setiap dua kali seminggu sejak dibuka Oktober hingga November tahun lalu tetapi dihentikan Disember lalu kerana masalah cuaca.

"Namun, PPNT berharap acara persembahan kebudayaan itu dapat diadakan sempena program itu berlangsung bagi mempamerkan kehebatan kebudayaan negeri.

"Kita banyak diberi pendedahan mengenai kebudayaan negeri, tetapi tidak ada pertunjukan khusus atau secara berjadual untuk ditonton oleh orang ramai dan pelancong," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ke-24 di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Pengarah di Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd. Sabri Zakaria.

Sehubungan itu, katanya, PPNT akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafie dalam waktu terdekat.

Katanya, sebagai sebuah persatuan, PPNT tidak mempunyai peruntukan untuk membiayai persembahan kebudayaan yang memerlukan kira-kira RM30,000 sebulan bagi menjayakan persembahan untuk dua kali seminggu.

Katanya, peruntukan kerajaan negeri amat diperlukan untuk membiayai persembahan kebudayaan sekali gus merancakkan aktiviti Tahun Melawat Terengganu.

Dalam perkembangan lain, PPNT mahu kerajaan negeri mengkaji hasrat merobohkan jeti Shahbandar di sini, yang dijadikan lokasi penting untuk ke pulau-pulau di negeri ini berikutan kerja-kerja menambak pasir di kawasan itu.

"Jeti lama di Shahbandar akan diroboh manakala jeti baharu dicadang dibina di Pulau Duyong yang terletak lebih jauh sehingga menyukarkan orang ramai berkunjung ke Pasar Payang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat