{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Bersyukur kerana dibukakan aib

Posted:

Bersyukur kerana dibukakan aib

Bersyukur kerana dibukakan aib

AKTOR bertubuh sasa, Adi Putra baru-baru ini berdepan dengan kontroversi apabila dia dituduh semakin cerewet dan demand selepas namanya meledak menerusi drama Sehangat Asmara.

Drama gandingannya bersama aktres Rita Rudaini itu ditayangkan di saluran 134, Astro Mustika HD.

Bukan sahaja dituduh demand soal bayaran malah, aktor kelahiran Singapura itu juga dituduh cerewet dalam pemilihan naskhah dan juga lokasi penggambaran.

Bertemu dengan Adi secara eksklusif ketika dia menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz di penjara Balai Polis Bandar Hilir, Melaka baru-baru ini, Adi tenang menjawab mengenai perkara tersebut.

"Secara peribadi penulisan wartawan itu (bukan akhbar Kosmo!) menuduh saya sedemikian rupa agak kelakar.

"Apa yang boleh saya ucap adalah terima kasih dan bersyukur kerana menjadi orang yang terpilih untuk dibukakan aib.

"Mungkin Allah menjanjikan saya adalah orang yang berjaya nanti setelah aib dibuka," ungkapnya sambil menghelakan nafas yang panjang.

Menitipkan lagi kata-kata tersurat daripada bibirnya, kata Adi, wartawan akhbar tersebut sengaja mahu menjatuhkan kredibiliti dirnya dengan mengeluarkan cerita tanpa bertanya terlebih dahulu dengannya.

Tidak mahu menafikan ataupun mengiyakan mengenai tuduhan tersebut, jelas Adi, dia tidak berasa kecil hati dengan tuduhan itu kerana jika dia jujur orang tetap membuat pelbagai andaian.

"Kalau saya mahu balas tuduhan tersebut juga tidak guna. Buat penat saja. Seolah-olah kita mahu menegakkan kebenaran yang tiada kesudahan.

"Apa yang penting saya percaya peminat saya dan mereka juga sentiasa menyokong dan percayakan saya," ujarnya yang sedar rezekinya bukan di tangan orang sebaliknya Tuhan.

MENURUT Adi dia malas untuk menjawab tuduhan dirinya demand kerana tidak mahu memanjangkan cerita yang direka.


Demand ada batas

Tidak mahu peminat dibelenggu rasa keliru akan kenyataannya, Adi turut mengakui bahawa dirinya memang seorang yang demand, tetapi ada batas dan had sempadannya.

Luahnya: "Demand itu sebenarnya baik. Demand itu baik jika kita sudah bekerja sehari suntuk dan memberikan yang terbaik dalam lakonan."

Ditebak sama ada dirinya sudah berubah berbanding dirinya pada awal bidang lakonan dulu, jelas aktor berusia 32 tahun itu, biarlah orang yang menilainya.

Pada pendapatnya, Adi memberitahu, memang dia berubah tetapi berubah menjadi yang lebih baik.

Sudah 11 tahun berada dalam industri seni, Adi disoal mengenai definisi popular bagi dirinya.

Ungkapnya, untuk menjadi popular itu senang tetapi untuk membawa gelaran popular itu sukar. Sebabnya, kita perlu jaga dalaman diri agar sentiasa tidak lupa diri mahupun terlepas pandang walaupun hal-hal kecil.

Berkongsi perasaan teruja mengenai filem arahan pertamanya bersama pengarah Ghaz Abu Bakar, ujar Adi, dia berasakan dirinya seorang pemikir dan lebih bertanggunjawab selepas duduk di kerusi pengarah.

"Sebelum ini saya hanya berlakon. Jadi, fokus saya hanya berlakon. Filem Suami Aku Ustaz ini menuntut saya berlakon dan juga mengarah. Saya perlu menjaga setiap aspek agar penghasilan filem ini sempurna," ujarnya mengenai filem yang mengambil masa selama 20 hari penggambaran itu.

Bukan niat menyindir

Mengulas mengenai pemilihan novel Suami Aku Ustaz untuk dijadikan filem, dedah Adi, dia ada membaca novel itu dan berasakan novel itu menarik kerana ia menerapkan unsur islamik.

Bukan berniat untuk menyindir ataupun mengajar golongan ustaz, Adi sedar, peranannya sebagai ustaz dalam filem itu sekadar lakonan bukan menjurus kepada sesiapa.

SELEPAS duduk di kerusi pengarah, Adi mengaku dia kini lebih cerewet berbanding dahulu.


"Dalam filem Suami Aku Ustaz saya bawa watak seorang ustaz yang melalui peralihan imej. Bermula imej dia seorang yang bermisai dan berpakaian kemas menjadi seorang yang lebih ranggi memakai kaca mata hitam, memakai jaket dan menunggang motosikal besar.

"Perubahannya disebabkan dia berkahwin dengan wanita yang lebih muda iaitu berusia 17 tahun. Jadi, dia perlu serasikan imejnya dengan isterinya. Bukan berniat untuk mengajar atau diskriminasikan golongan ustaz," ulasnya lagi yang gentar akan watak ustaz yang digalasnya.

Bercerita mengenai cabaran mambawa watak Ustaz Hafiz, ujar Adi, perkara utama yang diutamakan adalah bagaimana dia mampu menyakinkan penonton bahawa dirinya adalah ustaz tanpa mengenakan pakaian seperti ustaz.

Ujarnya, untuk itu dia perlu mengubah cara percakapan dan juga menggunakan bahasa tubuhnya tanpa memerlukan dia berpakaian seperti ustaz.

Disoal sama ada dirinya begitu cerewet dari segi pengarahan kerana ia adalah pertama kali bagi dirinya, ulas Adi, dia perlu cerewet supaya hasil filem itu sempurna.

"Memang saya fokus betul-betul mengarahkan filem ini. Kena cerewet kalau tidak bila hasilnya tidak akan sempurna. Sifat cerewet itu bagus kalau ia kena dengan tempatnya atau dari sudut positif," ungkapnya.

Berkongsi sedikit tentang anak angkatnya Zara Adelia yang kini sudah menginjak usia tujuh bulan. Kata Adi, Zara sudah pandai gelak dan sudah pandai menapak untuk berdiri.

Ujarnya lanjut, buat masa ini Zara dijaga sepenuhnya oleh isterinya iaitu Zuhaida Yusof, 38.

Jelasnya, walaupun sibuk dengan penggambaran filem Suami Aku Ustaz, namun dia sentiasa memastikan akan meluangkan masa bersama anaknya itu.

Adi juga memberitahu, turut membawa Zara ke lokasi penggambaran dan tidak kisah jika anaknya itu mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon kelak.

Bieber ugut saman tetamu

Posted:

Bieber ugut saman tetamu

Bieber ugut saman tetamu


JUSTIN BIEBER


JUSTIN BIEBER yang dikatakan bakal menganjurkan sebuah parti besar-besaran di kediaman mewahnya dalam masa terdekat ini bagaimanapun mengejutkan bakal para tetamunya dengan ugutan saman.

Menurut laporan TMZ, Bieber telah meletakkan syarat bahawa setiap tetamu yang menghadiri parti anjurannya nanti di Casa De Bieb, Calabasas, California bakal berhadapan dengan saman bernilai AS$5 juta (RM16 juta) jika mendedahkan tentang apa yang berlaku di situ.

"Ia bukan sebarang ugutan tetapi yang telah didokumenkan dengan amaran bahawa semua yang terbabit dengan parti akan disaman jika mendedahkan sebarang fakta tentang apa yang berlaku di situ.

"Larangan itu termasuklah tidak boleh mendedahkan tentang karakter Justin atau para tetamunya termasuk dari segi fizikal, falsafah dan kerohanian," kata sumber kepada TMZ.

Tambah sumber, dokumen tersebut menyebut dengan jelas bahawa sesiapa yang melanggar sebarang larangan yang telah disenaraikan itu secara automatik akan dikenakan saman sebanyak AS$5 juta.

"Bukan itu sahaja....ada lagi. Jika pendedahan tentang parti tersebut dibuat menerusi Twitter akan dikenakan saman sebanyak AS$5 juta. Jika menerusi blog, juga AS$5 juta. Begitu juga Instagram, AS$5 juta," ujarnya.

Fakta majlis anjuran Bieber menyatakan bahawa terdapat beberapa aktiviti yang 'mempunyai potensi bahaya dan tidak digalakkan menyertainya kecuali terlatih serta memiliki kesihatan yang mantap. Antara risiko bahaya yang bakal dihadapi adalah dari kecederaan kecil hingga yang serius, termasuk kematian.

Tambah sumber dalam nada sinis: "Selebriti lain pun banyak yang anjurkan majlis tetapi tidak melampau dan seperti sengaja digembar-gemburkan seperti yang bakal dianjurkan Bieber itu nanti."

Impian Mizz Nina jadi realiti

Posted:

Impian Mizz Nina jadi realiti

Impian Mizz Nina jadi realiti

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@kosmo.com.my

DUET Mizz Nina dengan suaminya, Noh yang membawakan lagu Kurnia turut mendapat perhatian.


TERKENAL dengan sifat agresif dalam setiap persembahannya, penyanyi wanita hip hop, Mizz Nina telah pun berjaya mencapai impiannya untuk mengadakan konsert sulungnya baru-baru ini. Hasratnya itu tercapai pada Sabtu lalu, bertempat di KL Live apabila Konsert Around The World telah berlangsung dengan sukses.

Seawal pukul 7 malam lagi, peminat sudah mula hadir untuk menyaksikan konsert yang julung kali diadakan itu. Konsert yang bermula sekitar pukul 9 malam mempertaruhkan 14 buah lagu dengan pembukaan tirai menyaksikan Mizz Nina menari lincah di dalam persalinan seperti robot ilham daripada pereka busana terkenal, Micheal Ong.

Lebih membanggakan apabila Mizz Nina mampu menyanyi sambil menari dengan tarian yang tidak kurang hebatnya sehingga membuatkan lebih 1,000 peminatnya seperti tidak percaya yang Mizz Nina mampu memberi persembahan dengan baik persis artis antarabangsa.

Malah, turut boleh dilihat apabila sebaik saja Mizz Nina membuka langkah, ada di antara pengunjung terpaku seketika melihat kelincahan isteri kepada penyanyi Noh Salleh (vokalis kumpulan Hujan) ini.

Selepas mendendangkan enam buah lagunya, Mizz Nina turut mengundang suaminya untuk sama-sama menyampaikan lagu duet mereka yang berjudul Kurnia dalam versi acapella sambil Noh bermain gitar.

Konsert yang berlangsung hampir dua jam itu turut menyaksikan penyanyi undangan seperti Mawar Berduri (kumpulan Ahli Fiqir), Altimet dan DJ Fuzz untuk bersama-sama membuat persembahan bagi bersama-sama memeriahkan majlis.

Antara lagu yang dibawakan Mizz Nina adalah Just Do It, Hit Me Up, With You, Away With You, Yesterday, Rentak Yang Sama, What You Waiting For dan Summer Burning.

KEMUNCULAN Jay Park pada kemuncak konsert memang dinantikan pengunjung. Bintang terkenal Korea Selatan tersebut mendendangkan dua buah lagu.


Jay Park

Kemuncak konsert itu tiba sebaik saja Mizz Nina menyampaikan lagu terbaharunya bersama penyanyi yang berasal dari Korea Selatan iaitu Jay Park.

Pengunjung menjerit histeria sebaik saja Jay Park muncul melalui belakang pentas dan memaparkan skil tariannya bersama Mizz Nina. Mereka mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh dari penonton yang hadir. Kemeriahan itu diteruskan lagi apabila Jay Park menyampaikan dua lagu hitnya iaitu Nothing On You dan Girlfriend.

Mizz Nina yang ditemui sebaik selesainya konsert berkenaan menyatakan yang dia benar-benar gembira selepas apa yang dirancangnya pada beberapa bulan lalu menjadi kenyataan.

"Saya gembira dengan konsert ini dan ada terfikir untuk melakukannya pada masa akan datang dengan skala yang lebih besar.

"Mungkin akan dilakukan di stadium yang membolehkan ramai lagi peminat hadir untuk sama-sama berhibur. Memandangkan ini adalah konsert pertama saya, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Konsert ini akan menjadi sejarah dalam kehidupan saya sepanjang bergelar anak seni," ujarnya dengan wajah penuh kegembiraan.

Menyentuh mengenai sistem bunyi dan susunan muzik, apa yang boleh dikatakan ia amat mengagumkan memandangkan ini adalah konsert sulung penyanyi itu. Ditambah pula dengan penataan pentas yang menarik, konsert itu berjaya meletakkan Mizz Nina pada satu tahap yang tersendiri.

Mizz Nina turut tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakannya yang turut hadir sama menyaksikan konsert berkenaan.

Apa yang penting baginya, semua pihak terhibur pada malam berkenaan dan dapat pulang dengan satu memori yang boleh diingati.

"Tidak ada apa yang lebih mengembirakan saya apabila segalanya seperti tarian, lagu, pencahayaan, muzik, rekaan baju dan solekan yang dirancang semuanya berjalan seperti yang diharapkan.

"Alhamdulillah, kini saya mampu menarik nafas lega dengan setiap titik peluh yang diusahakan selama beberapa bulan kebelakangan ini," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat