Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 23 May 2013 12:32 PM PDT FA negeri jadi punca gejala rasuah berleluasa Kuala Lumpur: Kegagalan persatuan bola sepak (FA) negeri menubuhkan jawatankuasa integriti masing-masing seperti yang diarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirumuskan menjadi punca mengapa gejala rasuah dan mengatur perlawanan berleluasa serta gagal dibanteras. Bukan bermakna pihak kementerian mahu campur tangan urusan bola sepak tetapi ia sudah menjadi isu nasional membabitkan jenayah dan imej kebangsaan. Sebab itulah wujud kerjasama FAM dan pihak kementerian ini." Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Mendedahkan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hanya lima FA negeri yang menubuhkan jawatankuasa integriti mereka sendiri seperti diarahkan FAM manakala baki sembilan yang lain belum mewujudkannya langsung. "Kita masih lagi ada kelemahan dari segi Education (pendidikan) dan Engagement (perhubungan). Hanya lima FA negeri yang sudah menubuhkan jawatankuasa integriti di peringkat negeri, sama formatnya seperti Jawatankuasa Integriti FAM. Tak perlu saya sebut siapa kerana mereka sendiri tahu. Saya akan tulis surat kepada presiden FA negeri terbabit. "Malah ada FA negeri yang bukan saja tidak wujudkan jawatankuasa integriti mereka tetapi langsung tidak beri laluan kepada Jawatankuasa Integriti FAM memberi taklimat kepada pemain dan jurulatih mereka. Ini yang jadi penghalang sebenarnya kerana FA negeri adalah saluran utama pemain dalam memberi maklumat mengenai gejala ini. "Tapi ini bukan bermakna pihak kementerian mahu campur tangan urusan bola sepak tetapi ia sudah menjadi isu nasional membabitkan jenayah dan imej kebangsaan. Sebab itulah wujud kerjasama FAM dan pihak kementerian ini," kata Khairy pada sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Integriti FAM di Bukit Jalil, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Datuk Abdul Jalil Hassan, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Jamil dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad. Tambah Khairy: "Satu lagi teras dalam pendekatan 3E iaitu Enforcement (penguatkuasaan), kita sudah bincangkan tadi secara lanjut berhubung taktik kita yang tak boleh saya dedahkan, cara bagaimana kita meningkatkan penguatkuasaan. Saya boleh nyatakan bahawa siasatan terhadap gejala ini sedang giat dijalankan pihak polis dan SPRM." Justeru bekas Timbalan Presiden FAM dari tahun 2007 hingga 2010 itu berharap pemain dan jurulatih yang didatangi bookie supaya tidak takut untuk tampil mendedahkan maklumat memandangkan mereka dilindungi Akta Perlindungan Saksi. "Perkara pokok masih lagi mengenai soal bukti kukuh. Dalam akhbar ada pemain menyatakan mereka diugut dan dipukul tetapi enggan pula identiti mereka didedahkan. Ini masalah besar yang kita hadapi. Harap lebih ramai tampil mengemukakan bukti kukuh supaya tindakan dapat diambil. "Cabaran sekarang dengan 1994 jauh berbeza. Jika dulu kita boleh tangkap di bawah Ordinan Darurat, boleh buang daerah atau negeri tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah. Kini, kita perlukan bukti kukuh untuk dakwa mereka di mahkamah dengan disertakan cukup bukti supaya mereka disabit bersalah," tegas Khairy. |
Irfan yakin Selangor mampu duduki kelompok tiga teratas Posted: 23 May 2013 12:26 PM PDT Shah Alam: Sejurus kemarau kemenangan Selangor berakhir apabila menumpaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin, jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim bernada yakin mereka mampu menamatkan saingan Liga Super musim ini di kelompok tiga teratas. Selangor kini di tangga keempat dengan 30 mata - di belakang Lions XII (35), Johor DT (34) dan Tentera (33), lantas perlu meraih mata maksimum pada baki empat perlawanan bertemu Tentera (21 Jun), PKNS (25 Jun) dan T-Team (2 Julai) di Shah Alam serta Johor DT di Larkin (6 Julai).
Mengulas aksi anak-anak buahnya ketika menamatkan badi seri pada lima perlawanan berturut-turut sebelum ini, Irfan menganggap mereka sedikit tertekan dengan situasi itu. Forkey Doe ceria "Sebenarnya pemain saya dalam keadaan tertekan kerana mereka takut akan seri lagi. Memang aksi ditunjukkan tidak secantik ketika seri 1-1 dengan Kelantan tetapi yang penting kami berjaya keluar daripada badi seri. "Tiga mata penuh ke atas Terengganu ini cukup penting untuk memastikan kami masih berpeluang mencabar tiga pasukan teratas," jelas Irfan yang pernah mengendalikan Terengganu sebelum berpindah ke Selangor, musim lalu.
"Semua perlawanan saya anggap sebagai cabaran baru. Cuma saya ketika ini masih belum seratus peratus pulih dan masih sakit. Harap rehat sebulan ini dapat digunakan untuk saya dapat pulih dan cergas sepenuhnya," kata Forkey Doe. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |