Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT ASX dilengkapi dengan enjin 2.0L DOHC MIVEC. KUALA LUMPUR 23 Mei - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, ASX yang dipertingkat dengan harga RM139,981.50 tanpa insurans. MMM dalam kenyataannya menyatakan, ASX baharu berkenaan didatangkan dengan rekaan luar baharu termasuk rekaan jeriji bumpsr yang menarik. Kenderaan tersebut juga dilengkapi dengan bumbung panorama, sistem pengelap cermin dan lampu automatik, sistem navigasi, Bluetooth, sambungan iPod dan pelbagai gajet standard lain. Antara kelengkapan standard ASX adalah kunci pintar, butang menghidupkan enjin, cermin sisi automatik, kawalan cruise, kerusi kulit, pendingin hawa automatik, pedal shift dan rim aloi 17 inci. Bagi memudahkan pemandu meletakkan kenderaan, ASX turut dibekalkan dengan sistem pengesan di depan dan belakang serta kamera undur. Dari segi aspek prestasi pula, ASX dilengkapi dengan enjin 2.0L DOHC MIVEC dengan transmisi enam kelajuan automatik INVECS-III CVT dengan mod sport. Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa setinggi 150 PS pada 6,000 rpm dan kuasa kilas maksimum 197 Nm pada 4,200 rpm, manakala kadar penggunaan minyak adalah 12.2 kilometer untuk setiap liter. Ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan adalah kawalan kestabilan (ASC), bantuan bukit, brek anti kekunci, pengedaran brek elektronik dan dua beg udara dengan tambahan beg udara di lutut pemandu. ASX baharu ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu putih mutiara, perak titanium, hitam mica dan merah metalik. MMM turut menawarkan pakej aksesori untuk ASX baharu iaitu bernilai RM4,599 untuk pakej satu dan RM899 untuk pakej dua. |
Nissan panggil balik 841,000 kenderaan Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT TOKYO 23 Mei - Nissan Motor Co. Ltd. (Nissan) akan panggil balik 841,000 kenderaan di seluruh dunia, termasuk kereta kompak Micra yang juga dikenali sebagai March akibat masalah stereng. Micra yang diperbuat di Britain dan Jepun antara tahun 2002 dan 2006 turut terlibat dalam masalah itu, begitu juga model Cube yang diperbuat di Jepun pada tempoh yang sama. Syarikat itu akan memanggil balik kenderaan di Jepun, Eropah, Asia, Afrika, Latin Amerika dan Timur Tengah. Masalah yang timbul ialah selak yang digunakan pada stereng kereta berkenaan mungkin tidak diketatkan dengan betul serta lebih teruk lagi apabila stereng itu berkemungkinan tidak berfungsi, kata Nissan dalam fail kenyataan kepada Kementerian Pengangkutan Jepun. Menurut jurucakap Nissan, Noriko Yoneyama, bagaimanapun, tiada kemalangan, kecederaan atau kematian yang dilaporkan akibat masalah itu. Syarikat pengeluar kenderaan auto kedua terbesar Jepun itu memberitahu, Nissan akan memperbaiki masalah tersebut sama ada mengetatkan selak itu atau menggantikan stereng yang baharu. Kata Yoneyama, kerja membaiki itu akan mengambil masa selama 40 minit, bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kos yang perlu ditanggung Nissan berhubung panggilan semula terbabit. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |