{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Kumpul RM15,000

Posted: 13 May 2013 07:08 AM PDT

Ada yang ­berjalan kaki, ada juga yang berlari. Tidak kurang juga yang ­berbasikal, menolak kereta sorong bayi dan berkerusi roda.

Walau apa jua bentuk atau cara pilihan, mereka hadir atas kesedaran ­memelihara alam sekeliling kita.

Kempen kesedaran Aveda Walk for Water 2013 ini cuba menerapkan aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat dan pada masa sama, memberi maklumat serta kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan air.

Memetik kata-kata Presiden EcoKnights, Yasmin Rasyid, bergerak ke arah matlamat melestarikan bumi memerlukan perubahan asas dalam sikap serta tingkah laku manusia.

Foto

PASANGAN ibu dan anak ini melakukan regangan terlebih dulu sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki.

Foto

PESERTA boleh melakukan cabaran sampingan sepanjang perjalanan antaranya membawa baldi dipenuhi air sejauh 150 meter.

Foto

TAPAK aktiviti hujung minggu yang dikongsi bersama seluruh keluarga.


"Kemajuan atau perkembangan ke arah matlamat ini banyak bergantung kepada aspek pendidikan dan kesedaran awam.


"Konsep pembangunan lestari untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera ini bukanlah perkara mudah tetapi tidak sukar pula untuk dimulakan.

"Dengan adanya aktiviti menyeronokkan seperti ini, ia bukan saja mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga serta sahabat ­handai tapi membolehkan kita sebagai manusia mengambil inisiatif terhadap penjagaan alam sekitar," ujarnya.

Bertempat di Publika, Solaris Dutamas, aktiviti berjalan kaki ini dimulakan seawal jam 8 pagi dengan aerobik sebagai senaman pemanas badan.

Seramai 500 peserta pelbagai peringkat umur dilepaskan serentak dan perlu mengelilingi Publika sejauh 2.5 kilometer bagi melengkapkan acara.

Di sepanjang laluan terbabit, peserta boleh mencuba cabaran tambahan seperti mengangkat dua baldi yang dipenuhi air sejauh 150 meter, selain berhenti di beberapa petak informasi yang menyediakan maklumat menarik mengenai air.

Tambah Yasmin, acara ini sebenarnya diadakan bagi mengutip dana ­sebanyak RM15,000 untuk menyokong projek air bersih di Pulau Mantanani, Sabah.

"Tiada bayaran penyertaan dikenakan untuk menyertai aktiviti ini tetapi peserta boleh menderma menerusi pembelian topi Aveda berharga RM10.

"Dengan bantuan masyarakat dan badan korporat seperti Maybank, kami berjaya mencapai sasaran itu dan diharapkan mendapat sokongan berterusan selepas ini," katanya.

Sokong gaya hidup sihat

Menurut Pembantu Naib Presiden bagi Kemapanan dan Hal Ehwal Korporat Maybank, Sharifah Nur Izma Syed Izuddin, pembabitan 100 kakitangan syarikat itu menandakan permulaan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat.

"Maybank menjalin bekerjasama dengan EcoKnights dalam mening­katkan lagi usaha memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia me­ngenai kelestarian alam.

"Menerusi penyertaan daripada kakitangan ­Maybank, langkah ini diharap dapat mencambah lagi minat dalam menjalani kehidupan yang lebih hijau dan lebih sihat.

"Pastinya ini bukan yang terakhir dan pihak kami akan terus melaksanakan tanggungjawab ­sosial agar lebih ramai masyarakat menikmati dunia yang lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13

Tenggelam dek sampah

Posted: 13 May 2013 07:07 AM PDT

Menonton rancangan realiti luar negara di mana kru penggambaran secara senyap-senyap mengumpulkan segala bentuk sampah dihasilkan peserta program mengetuk minda penulis. Dalam ketawa melihat riak muka peserta yang terkejut dengan jumlah sampah ma­sing-masing, penulis menjeling bakul sampah sendiri di dapur.

Sama ada sedar atau tidak setiap orang membuang sampah setiap hari. Berdasarkan laporan berita pada 2012, rakyat negara kita membuang 22,000 tan sampah setiap hari; meningkat 10,000 tan daripada jumlah sampah pada 2011. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menganggarkan jumlah sampah akan terus meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang 2020 sekiranya tabiat dan gaya hidup hari ini diteruskan.

Contoh terdekat ialah diri sendiri. Cuba perhatikan jumlah sampah yang kita buang setiap hari. Ini termasuk sisa makanan khususnya bagi individu yang memang ada tabiat jarang menghabiskan makanan di dalam pinggan.

Untuk mengetahui jumlah sampah (termasuk sisa makanan) yang kita hasilkan, cuba masukkan dalam satu bekas dan kumpulkan semua sampah di satu sudut rumah anda selama seminggu. Kita mungkin akan terkejut dengan jumlah sampah yang datang daripada tangan kita! Itu belum campur sampah yang dihasilkan oleh ahli keluarga lain.

Foto

BAHAN kitar semula yang cantik dijadikan hiasan.


Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penghasilan sampah. Semuanya bermula dengan diri sendiri, yang penting mesti ada kesedaran dan kesungguhan untuk bersama-sama menuju ke arah alam lebih bersih dan secara tidak langsung dapat mengurang­kan bebanan yang kita beri pada bumi.

Bagaimana hendak me­ngurangkan sampah?

a. Beli produk yang boleh digunakan semula berbanding pakai buang.

  • Gunakan sapu tangan atau tuala tangan di rumah untuk mengurangkan penggunaan tisu. Sapu tangan ini boleh dicuci semula sedang­kan tisu hanya boleh digunakan sekali.
  • Beli bateri yang boleh dicas semula berbanding bateri tradisional.
  • Kurangkan (jika boleh elakkan) penggunaan peralatan makan pakai buang khususnya jika meng­adakan jamuan. Memang leceh untuk mencuci pinggan, mang­kuk, cawan dan sudu garpu, tetapi kesukaran yang kecil ini memberi kesan besar kepada masa akan datang.
  • Bawa bekas air ke mana saja kita pergi bagi mengurangkan pembelian air minuman dalam botol atau pek (khususnya jika kita tiada usaha untuk mengitar semula botol plastik).
  • Beli snek dalam pek besar dan kemudian masukkan ke dalam bekas kecil (seperti balang kuih) supaya ia mudah dibawa ke mana saja hatta untuk dimasukkan di dalam beg tangan. Karung plastik yang sudah kosong itu jangan dibuang begitu saja, sebaliknya gunakan sebagai plastik sampah. Ia akan mengurangkan penggunaan beg plastik.

    b. Isikan semula.

  • Pernahkah anda terfikir kenapa kini ada banyak syarikat mengeluarkan produk dalam pek isian semula? Apakah tindakan anda? Adakah anda membeli pek isian semula ini (contohnya cecair mandian) atau tetap bertegas memilih produk dalam botol kerana rupanya lebih cantik?

    Anda boleh menyumbang kepada usaha me­ngurangkan sampah dengan membeli pek isian semula dan menggunakan balik botol sedia ada.

  • Bawa bekas air sendiri supaya anda boleh mengurangkan penggunaan gelas plastik atau kertas terutama jika pergi ke pasar tani atau pasar pagi dan malam. Ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jumlah sampah yang bertaburan di tapak pasar seperti yang berlaku sekarang.

    Bahkan ada beberapa kafe terkemuka di negara kita sudah memulakan usaha ini dengan menawarkan potongan harga minuman kepada pelanggan yang membawa bekas air sendiri.

  • Ada beberapa negara di Eropah mula mengamalkan konsep yang mana setiap botol air minuman yang dipulangkan ke kedai runcit atau pasar raya akan dibeli semula pada harga tertentu (beberapa puluh sen). Langkah ini membuatkan penduduknya mula beringat dan memastikan mereka membawa balik botol minuman yang kosong itu untuk dijual semula. Bahkan jika membeli barang di kedai berkenaan, harga barang boleh ditolak dengan nilai botol kosong yang hendak dipulangkan.

    Kaedah ini mungkin masih jauh untuk diamalkan di negara kita, tetapi ia satu pendekatan yang amat menarik dan praktikal kerana dapat mengurangkan pembuangan botol minuman kosong di merata tempat.

    Selain itu, ada juga negara di Eropah yang menga­malkan konsep 'sewa' jag (dengan membayar deposit) sekiranya penduduk mahu membeli jus atau susu pada jumlah yang banyak. Deposit ini akan diserahkan semula kepada pembeli apabila mereka memulangkan jag berkenaan.

    c. Pelbagaikan kegunaan.

    Ini cara untuk mempel­bagaikan kegunaan satu-satu barang yang ada di rumah.

  • Jadikan kemeja-T atau tuala mandi lama sebagai kain pengelap. Bagi yang kreatif, anda boleh memotong tuala mandi yang lama ini kepada beberapa kepingan, jahit kelim di hujung­nya supaya benangnya tidak terkeluar. Anda boleh membalut bahagian hujung ini dengan kain perca supaya nampak cantik untuk dijadikan tuala mengelap dapur.
  • Potong botol minuman untuk dijadikan tempat meletak alat tulis terutama pensel dan pen anak-anak. Jika mahu cantik, boleh lekat­kan manik atau kertas warna pada badan botol. Selain menjimatkan dan mengajar anak untuk meng­gunakan barang de­ngan berhemah, ia boleh merangsang daya kreativiti mereka.
  • Jadikan kotak kasut sebagai bekas menyimpan barang kecil.
  • Anda boleh menggunakan tin biskut (sama ada bulat atau segi empat) sebagai bekas menyimpan barang jahitan. Ia bukan saja cantik malah tahan lama.
  • Jika anda mempunyai banyak kain perca, gunakan semula untuk membuat alas kaki yang cantik.

    d. Urus sisa makanan.

    Jadikan sisa makanan sebagai baja untuk tanaman anda. Caranya mudah saja iaitu beli beberapa beg tanah dan sedikit cacing. Masukkan tanah itu ke dalam satu bekas, lembapkan ia dan masukkan cacing.

    Kumpul sisa makanan dan hancurkan (boleh gunakan pengisar). Jika tidak hancur pun tidak mengapa. Tuang sisa makanan ini ke dalam bekas berisi tanah dan cacing tadi. Cacing di dalam tanah itu akan menjalankan proses seterusnya.

    Tanah ini akan menjadi tanah yang subur dan ia sesuai ditaburkan pada tanaman anda.

    e. Bertindak lebih jauh.

    Cadangan di atas ha­nyalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita lakukan setiap hari. Sebagai tambahan, ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan penghasilan sampah.

  • Letakkan beg guna semula untuk mengisi barang yang boleh dilipat di dalam kereta. Jadi anda boleh meneruskan kempen hari tanpa plastik dan tidak hanya terhad pada Sabtu pertama saja setiap bulan. Cari beg guna semula yang boleh dilipat kecil dan dimasukkan ke dalam beg tangan. Jadi anda boleh mengurangkan penggunaan beg plastik.
  • Bawa dan letak sepasang sudu garpu serta bekas makanan di pejabat. Anda boleh gunakan peralatan sendiri jika ada jamuan di tempat kerja.
  • Sentiasa bawa bekas makanan supaya ia boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya anda mahu membeli makanan untuk dibawa pulang ke rumah.
  • Gunakan semula kertas yang sudah dicetak sebagai kertas conteng atau digunting dan dikepilkan menjadi buku nota kecil.
  • Semua kotak sama ada produk kebersihan diri, kecantikan atau apa saja jangan dibuang. Sebaliknya kumpulkan ia dalam satu kotak besar supaya ia boleh dibawa ke pusat kitar semula apabila anda menjual akhbar lama. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/13

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat