Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Posted: 28 May 2013 08:53 AM PDT Potpuri sering digunakan bagi menjadikan suasana lebih nyaman dan tenang. Di pasaran terdapat pelbagai jenis haruman yang mampu memberi ketenangan sama ada wangian lavender, mawar atau oren yang semuanya memberikan fungsi berbeza. Selain diletakkan di ruang tamu rumah, potpuri boleh digantung di dalam kereta kemudian ditambah pewangi apabila haruman semula jadinya sudah mulai hilang. Menurut pereka hiasan dalaman, Nazruddin Daud, potpuri boleh juga dihasilkan sendiri menggunakan bahan terbuang seperti bunga telur atau gubahan bunga sebagai perkara asas. Apa yang perlu dilakukan adalah mengasingkan bunga atau manik yang terdapat pada bahan terbuang itu untuk dilekatkan pada bahan potpuri. ANTARA bahan digunakan untuk membuat potpuri. ASINGKAN bunga yang tidak digunakan daripada tangkainya. LEKATKAN bunga kertas menjadi satu kelopak comel. Kemudian ikat dengan reben. TAMBAHKAN tangkai bunga supaya tidak kosong. LEKATKAN bunga yang sudah diasingkan tadi. AMBIL reben kemudian jadikan ikatan ringkas seperti dalam gambar. TAMBAHKAN haruman mawar supaya potpuri berbau harum. SEDIA digantung di dalam kenderaan.
"Selain memilih mangkuk atau cawan sebagai bekas potpuri, anda juga boleh membuat kantung haruman dengan mengisi bunga kering di dalamnya. "Kantung ini boleh diletakkan di ruang pengering cucian, laci meja, almari, kotak penyimpan barang atau digantung di ruang tamu rumah. Beberapa jenis bunga seperti lavender, selain mengharumkan ruangan juga berfungsi sebagai pengusir hama," katanya yang menunjukkan cara ringkas dan mudah menghasilkan potpuri daripada bahan terbuang. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28 |
Posted: 28 May 2013 07:23 AM PDT Mengekalkan kebersihan dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa apatah lagi ruang itu sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutama ketika memasak. Segenap ruang perlu dibersihkan termasuk percikan minyak masak yang melekit atau kesan tumpahan makanan di meja, dapur dan lantai selain rak serta almari dapur berhabuk.
Tugas ini memang memenatkan apatah lagi jika memiliki anak kecil malah jika dapur sering digunakan, rutin mengemas seharusnya menjadi lebih kerap. Berikut beberapa panduan untuk meringankan bebanan kerja mengemas di dapur:
Selain itu, penggunaan barangan didapur perlu diminimumkan mengikut kesesuaian keluarga. Barangan elektrik yang diletak di atas kaunter dapur juga tidak perlu terlalu banyak. Jika barangan terbabit jarang digunakan simpan saja dalam kabinet dapur. Dapur biarlah teratur supaya kerja memasak menjadi lebih mudah. Jangan tangguhkan kerja mencuci hingga habis makan kerana kotoran yang melekat adakalanya sukar dibersihkan. Menangguhkan kerja mencuci boleh menambahkan bebanan kerja. Selain itu, sentiasa bersihkan segala kotoran yang terhasil ketika proses memasak. Perlu sentiasa mengelap bahagian yang tercalit kotoran ketika memasak. Elakkan sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki, selagi itulah pinggan mangkuk dikumpul tidak dicuci. Jika sentiasa memastikan sinki dapur bersih, anak mudah saja membasuh pinggan mereka selepas makan tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah hingga berbau dan berulat baru hendak membuangnya. Selain itu, tuala dapur dan span juga perlu dipastikan sentiasa bersih. Apabila basah, ia akan membiakkan bakteria tanpa disedari. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu menggunakan air panas. Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunakan air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Bersihkan lagi menggunakan campuran peluntur dan air. Papan pemotong perlu dibersihkan dengan rapi terutama selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan. Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |