Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Dua kontraktor jumpa bom lama di Ipoh Posted: 10 May 2013 01:46 AM PDT IPOH: Dua butir bom lama, dipercayai daripada peninggalan zaman Jepun ditemui di Terminal Kargo Ipoh di sini, hari ini. Bom itu ditemui dua pekerja kontraktor yang menjalankan kerja mengorek tanah di kawasan itu pada jam 9.15 pagi.
"Saya yang memandu jentera pengorek sedang menjalankan kerja-kerja mengorek tanah dan ternampak ada satu objek di dalam lori. Pada mulanya saya sangka ia adalah botol, tapi bila saya ambil dan bersihkan jelas objek itu bukan botol tapi sebutir bom," kata pekerja itu M Vikneswaran. Vikneswaran, 42, yang merupakan bekas tentera berkata rakannya S Vigneswaran, 47, menemui sebutir lagi bom terbenam berhampiran tayar lori.
Sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis (IPK) Perak mengambil masa setengah jam untuk memusnahkan kedua-dua bom itu," katanya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10 |
SPR nafi dakwaan pendaftar asing jadi pengundi Posted: 09 May 2013 09:28 PM PDT Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pembangkang kononnya ramai pendatang asing menjadi pengundi pada PRU-13. Ini kerana Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih yang diwartakan dan melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat dalam pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR. Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |