{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


6,553 warga Malaysia pulang mengundi menaiki penerbangan MAS

Posted:

6,553 warga Malaysia pulang mengundi menaiki penerbangan MAS

6,553 warga Malaysia pulang mengundi menaiki penerbangan MAS

10/05/2013 8:51pm

PETALING JAYA - Malaysia Airlines (MAS) membawa 6,553 penumpang menggunakan 57 penerbangan sewa khas komersial sepanjang tempoh 2 Mei hingga 4 Mei dan 6 Mei hingga 8 Mei, bagi menolak dakwaan bahawa ia membawa pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata, kesemua penumpang adalah rakyat Malaysia yang mengemukakan kad pengenalan semasa daftar masuk.

"MAS telah dan akan sentiasa menjadi syarikat penerbangan berintegriti dan oleh itu kami tidak lagi akan bertolak ansur terhadap dakwaan tidak berasas terhadap kami dan kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk melindungi kedudukan kami," katanya pada sidang akhbar di Akademi Malaysia Airlines di sini hari ini.

Beliau berkata, MAS mengadakan penerbangan sewa khas komersial untuk membawa pengundi pulang ke kawasan mereka agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Ini adalah penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke empat destinasi iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Sibu serta pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur," katanya.

Ahmad Jauhari berkata, syarikat penerbangan itu telah memainkan peranan sebagai syarikat korporat bertanggungjawab dengan memperkenalkan tambang istimewa untuk semua pengundi Malaysia yang terpaksa pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi.

"Malah, MAS telah mengetepikan semua penalti bagi rancangan perjalanan yang diubah untuk semua penumpang kami semasa tempoh pilihan raya umum. Kami mungkin satu-satunya syarikat penerbangan yang berbuat demikian," katanya. - Bernama

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Hulu Langat dan Kuala Lumpur

Posted:

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Hulu Langat dan Kuala Lumpur

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Hulu Langat dan Kuala Lumpur

10/05/2013 7:29pm

KUALA LUMPUR - Seramai 189,475 pengguna yang melibatkan 37,892 akaun di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kerosakan pam di loji rawatan air Sungai Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan berkenaan adalah disebabkan berlaku gegaran luar biasa pada pam air mentah 16MGD nombor lima di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat yang diurus oleh Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.

"Kerja-kerja baik pulih pam ini dijangka mengambil masa selama tiga hari dan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 10 malam hari Ahad," katanya.

Antara kawasan yang terlibat di Hulu Langat ialah Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, Jade Hill dan Taman Sri Timah.

Di Kuala Lumpur antara kawasan yang terlibat ialah TUDM Sungai Besi, Taman Seputeh, KL Sentral, Persiaran Syed Putra, Jalan San Peng dan Jalan Chan Sow Lin.

"Sebagai bantuan kecemasan kepada pengguna yang dijangka terlibat dengan gangguan bekalan air ini, pihak Syabas telah menyediakan sebanyak 13 buah lori tangki di wilayah Hulu Langat dan tiga buah lori tangki air di Kuala Lumpur untuk digerakkan di kawasan terlibat.

"Syabas menyarankan para pengguna untuk melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan air ini," kata kenyataan itu. - Bernama

Tiada kenaikan harga barangan kawalan

Posted:

Tiada kenaikan harga barangan kawalan

Tiada kenaikan harga barangan kawalan

10/05/2013 6:59pm

KUALA LUMPUR - Harga barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan bahan petroleum seperti petrol RON95, RON97 dan diesel serta gas petroleum tidak naik seperti diperkatakan.

"Harga bagi barang-barang tersebut kekal sepertimana sebelum ini," kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kassim dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas dakwaan berkaitan kenaikan harga barangan yang disebarkan semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 beliau berkata, pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan akan dikenakan tindakan.

Saripuddin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan ke atas harga dan bekalan barangan terkawal bagi memastikan kestabilan harga dan bekalannya.

"Pegawai-pegawai penguatkuasa dan pemantau-pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan untuk melaksanakan tugas ini.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan," katanya.

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya menerusi pejabat cawangan atau menelefon 1MOCC melalui talian 03-80008000 atau menerusi e-talian http://e-aduan.kpdnkk.gov.my jika terdapat peniaga yang menaikkan harga. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat