{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Mansuh Dewan Negara, usaha DAP untuk ubah model Malaysia

Posted: 19 May 2013 02:49 AM PDT

TUMPAT 19 Mei - Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Dewan Negara dimansuhkan disifatkan langkah halus DAP untuk memansuhkan pula sistem beraja dan menggubal Perlembagaan negara supaya selaras dengan apa yang diperjuangkan parti itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia adalah permulaan kepada banyak lagi perkara mengarut yang akan dikemukakan DAP selepas ini untuk mengubah model Malaysia yang telah terbukti berjaya sejak zaman merdeka dulu.

Katanya, cadangan tersebut juga adalah bukti bahawa pemimpin-pemimpin DAP semakin 'besar kepala' kerana yakin parti itu mendapat sokongan majoriti orang Melayu walaupun hakikatnya hanya Melayu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Saya bersetuju kepada satu perkara bahawa ini adalah satu permulaan kepada banyak lagi cadangan-cadangan mengarut untuk mengubah model negara Malaysia, Perlembagaan Tanah Melayu. Malaysia adalah yang terbaik jika mengambil kira sejarah negara dan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

"Kita yakin cadangan ini datang kerana DAP yakin ramai orang Melayu sokong mereka, jadi mereka besar kepala mula mencabar Perlembagaan yang akan melibatkan perubahan struktur pentadbiran negara secara radikal," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kerusi Exco Selangor: Pas 4, PKR 3, DAP 3 - Khalid

Posted: 19 May 2013 01:46 AM PDT

KLANG 19 Mei - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan

barisan Exco Kerajaan Negeri bagi penggal ini akan diwakili empat wakil daripada Pas dan masing-masing tiga oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau bagaimanapun memberitahu, senarai nama mereka hanya akan diumumkan semasa istiadat angkat sumpah yang dijangka diadakan penghujung Mei ini.

"Kita pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: Pas) dan saya telah menyerahkan cadangan nama barisan Exco kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin. Jika terdapat sebarang perubahan, baginda akan memanggil saya untuk dibincangkan semula.

"Kita turut memberikan beberapa nama alternatif supaya baginda boleh membuat pilihan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena kemenangannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Perenang buta berjaya rentas Selat Pulau Pinang

Posted: 19 May 2013 12:55 AM PDT

FAIQ Adnan mengangkat tangan sejurus tiba di pantai Bagan Ajam selepas berjaya menamatkan renangan merentasi Selat Pulau Pinang sejauh 5 KM di Kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam, Butterworth hari ini. - UTUSAN

BUTTERWORTH 19 Mei - Seorang atlet Paralimpik hari ini berjaya berenang menyeberangi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer selepas bergelut melawan ombak selama dua jam 20 minit dan 30 saat.

Kejayaan Faiq Adnan, 23, itu telah merealisasikan impian beliau yang dipendam sejak lima tahun lalu sekali gus mencatat rekod peribadi buat dirinya.

Menurut Faiq beliau menghadapi saat getir pada 40 minit pertama apabila sangkar renangnya pecah akibat dipukul ombak kuat menyebabkan beberapa bahagian badannya disengat obor-obor, setelah memulakan cabaran di Pelabuhan Swettenham pada 9 pagi.

"Tetapi saya nekad untuk terus berenang dan melupakan kesakitan itu kerana ini adalah impian saya sejak dahulu lagi walaupun mula rasa putus asa pada mulanya," katanya pemberita ketika ditemui di Pantai Bagan Ajam di sini.

Pelajar tahun dua jurusan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya (UM) itu berkata sangkar renang itu dapat dibaiki dalam masa 15 minit menyebabkan beliau tiba agak lewat dari waktu yang disasarkan.

Faiq anak kelahiran Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, berkata dorongan dan kata-kata semangat dari jurulatih, Datuk Ooi Win Juat yang bertindak sebagai pengiring dan penunjuk arah turut membakar semangatnya untuk menamatkan cabaran itu.

"Datuk Ooi telah menjadi jurulatih saya semasa belajar di Sekolah Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam semasa saya darjah tiga lagi dan walaupun sibuk dengan kerjayanya sendiri kini, beliau tetap meluangkan masa membantu latihan saya," kata Faiq yang juga atlet Paralimpik Pulau Pinang.

Beliau yang telah bergiat akktif dalam sukan renang sejak berusia sembilan tahun berkata bagi menjayakan misi itu beliau berlatih secara konsisten sejak 2011.

"Saya memang berlatih secara konsisten iaitu berenang sebanyak 40 pusingan di kolam renang empat kali seminggu untuk mengekalkan stamina," katanya menambah latihan kelajuan dan ketangkasan di laut dijalankan sejak enam bulan lepas.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berharap kejayaannya itu dapat memberi inspirasi kepada golongan kurang upaya agar berani mencabar diri sendiri untuk melakukan aktiviti yang biasanya dilakukan mereka yang normal.

Untuk cabaran seterusnya, Faiq berkata beliau berazam merentasi Selat Inggeris pada awal tahun 2015.

Program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya Pulau Pinang (Pesron) itu turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Meteorologi dan Puspakom. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat