{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Projek 'misteri' Bukit Gambir

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Rayer di hadapan Bukit Gambir yang dibersihkan untuk satu projek yang tidak diketahui statusnya di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 18 Mei - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Perhutanan diminta turun padang melawat kawasan puncak di Bukit Gambir yang digondolkan untuk satu projek 'misteri'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer berkata, jika aktiviti penggondolan bukit itu tidak ditangani dengan segera, ia dikhuatiri boleh mengancam nyawa ribuan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Adakah kita mahu berlaku satu lagi tragedi Highland Tower. Bayangkan jika berlaku hujan lebat dan banjir lumpur di kawasan ini. Sudah pasti ia akan mengalir ke kawasan bawah yang menempatkan tiga blok pangsapuri dan beberapa taman perumahan.

"Sehubungan itu, saya meminta pihak berkuasa tempatan supaya lebih peka dengan masalah ini dan segera bertindak," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kawasan berkenaan di sini, hari ini.

Menurut Rayer, pemeriksaan beliau dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow mendapati projek berkenaan adalah "haram".

"Saya difahamkan tanah itu milik persendirian tetapi mengikut undang-undang, pihak berkuasa tempatan iaitu MPPP mesti mengeluarkan surat kebenaran untuk memulakan kerja tanah tetapi malangnya surat itu tidak dikeluarkan.

"Pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan negeri perlu peka mengenai perkara ini dan saya berharap agar Jabatan Perhutanan juga dapat turun padang untuk melakukan pemeriksaan," katanya.

Katanya, aktiviti penggondolan hutan di puncak bukit berkenaan juga akan menjejaskan habitat haiwan liar di situ seperti burung, monyet dan ular.

Pasar tani wajah baharu

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

KANGAR 18 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis bercadang memperkenalkan pasar tani berwajah baharu di seluruh negeri selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Pengarahnya, Muslim Manja berkata, usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan permulaan membabitkan tapak Pasar Tani Mega Taman Sena Indah.

''Tujuannya untuk mengembalikan semula keceriaan setiap pasar tani supaya setiap pengunjung lebih seronok untuk datang membeli-belah selain menawarkan pelbagai produk yang boleh menjimatkan perbelanjaan dapur," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pasar Tani Wajah Baru, Jimat Belanja Dapur & Program Ketuk-Ketuk Ramadan Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Mega Taman Sena Indah di sini, hari ini.

Majlis tersebut dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Abdul Jamil Saad.

Muslim berkata, menerusi pengenalan wajah baharu itu, FAMA menyediakan kanopi, sepanduk dan alas meja untuk setiap peserta pasar tani.

Untuk kelengkapan tersebut katanya, peserta dikenakan bayaran sebanyak RM150 seorang.

''Selain itu, FAMA juga telah melatih peserta dengan memberikan kursus termasuk cara susun atur produk perniagaan masing-masing supaya nampak lebih menarik," katanya.

Beliau percaya dengan penampilan imej baharu tersebut akan turut meningkatkan jualan pasar tani di seluruh negeri Perlis.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat