{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Bisa 'objek terbang'

Posted: 18 May 2013 10:19 AM PDT

Baling: "Saya tiba-tiba rasa sakit sebelum melihat darah berlumuran pada muka dan membasahi pakaian sekolah lalu terus memanggil ibu dua kali kerana mahu pitam dan berpaut tiang gol di padang bola bagi mengelak rebah."

Begitu kata murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong, Nuralia Shamimi Mohd Jefri, 10, apabila menerima 14 jahitan pada muka selepas terkena 'objek terbang' ketika berjalan pulang ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolahnya.


Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari Selasa lalu, selain pendarahan teruk akibat cedera pada muka, Nuralia patah tulang hidung berikutan objek misteri dipercayai besi 'hinggap' tepat pada mukanya.

Nuralia dari Kampung Terbak, Mukim Siong berkata, sebaik tamat sesi persekolahan, dia berjalan bersama dua rakan, Nur Ainun Mardiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Thaqifah Samsuri, 10, ke rumah masing-masing melalui kawasan padang bola sekolah.


Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, ketika berjalan, sebuah 'objek' terbang dan terkena mukanya menyebabkan dia hampir pengsan, tetapi sempat berpaut pada tiang gol.


"Objek itu betul-betul kena di muka dan tidak tahu datang dari arah mana. Sebaik melihat muka saya berlumuran darah, dua rakan saya berlari ke sekolah semula untuk memaklumkan kejadian kepada guru sebelum dihantar ke hospital.

Foto

KESAN kecederaan pada muka Nuralia akibat terkena objek terbang dipercayai besi.

"Saya tidak tahu nak buat apa kerana darah keluar begitu banyak sambil menangis kerana terlalu sakit dan rasa kebas. Saya hanya memanggil ibu sebanyak dua kali. Mujur saya bersama rakan, kalau seorang diri tentu keadaan lebih teruk," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Ditanya apakah objek yang terkena pada mukanya, Nuralia berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah akibat kesakitan teruk.

"Namun kawan cakap, objek itu mai (datang) dari sebuah traktor mesin rumput dekat padang sekolah. Mereka nampak, objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.


"Dua rakan saya sempat elak, tapi saya tak nampak objek itu lalu terus kena muka. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kedudukan kami," katanya.


Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, ketika kejadian menimpa anaknya, dia menggoreng pisang di gerai milik rakannya.


Menurutnya, guru sekolah menghantar Nuralia ke Hospital Baling dengan segera sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan.


"Doktor memaklumkan kedalaman luka Nuralia hampir dua sentimeter dan ada sedikit retakan di tempurung kepala.


"Nuralia kini diberi cuti sakit selama 38 hari dan akan menjalani rawatan susulan, termasuk pemeriksaan mata dan kepala di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Jun depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat