{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Nur Aimi anak manja

Posted: 29 May 2013 01:32 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar JEFFRI IRAN

Bidang hartanah pilihan Nur Aimi.

SUARANYA begitu manja dan lembut hingga kadang-kadang sukar didengari apa yang diperkatakan. Pertama kali bersua muka dengan Nur Aimi Rahimi, 20, ramai yang mungkin akan menyangka dia seorang yang sombong dan sukar didekati.

Namun setelah berbual dan mengenali lebih dekat, gadis tinggi lampai ini adalah seorang yang lemah lembut cuma mungkin sedikit pemalu dengan orang yang baru dikenali.

Sifat manja gadis ini sememangnya semulajadi bukan dibuat-buat. Ini mungkin kerana dia telah dimanjakan oleh kedua ibu bapanya sejak kecil lagi.

Anak sulung daripada tiga beradik ini mempunyai jarak usia yang jauh daripada adik-adiknya.

Perbezaan umur dengan adik pertamanya ialah enam tahun manakala dengan adik kedua 19 tahun. Sebab itulah dia dimanjakan lebih apatah lagi dia adalah anak tunggal perempuan.

Malah ketika zaman kanak-kanak dahulu dia tidak begitu rapat dengan adik-adiknya, mungkin jarak usia yang terlalu jauh.

Walaupun Nur Aimi nampak manja dan lemah-lembut, bidang pengajian yang dipilih agak bertentangan dengan personalitinya.

Ini kerana jurusan Pengurusan Harta Tanah biasanya menjadi pilihan mereka yang lasak dan suka dengan pekerjaan kolar biru yang perlu sering keluar pejabat.

Pelajar semester ke empat Universiti Kolej Shahputra, Kuantan, Pahang ini berkata, jurusan Pengurusan Harta Tanah menjadi pilihannya kerana minat dan melihat ia mempunyai masa depan yang cerah.

"Buat masa ini hartanah di Kuala Lumpur adalah yang paling mahal manakala hartanah yang masih murah ialah di Kedah," jelas Nur Aimi yang turut ditemani ibunya, Zalizan Mohd Sulaiman, 40.

Saran anak gadis ini, bagi mereka yang bercadang membeli tanah sebaik-baiknya membandingkan dahulu harga tanah yang hendak dibeli dengan harga tanah di tempat lain.

"Jika harga tanah yang hendak dibeli itu terlalu tinggi dan tidak berbaloi, jangan beli.

"Cari dahulu di tempat lain. Dengan kata lain, buat kajian dahulu sebelum membeli tanah tersebut begitu juga jika ingin membeli rumah.

"Begitu juga jika mahu membeli rumah di atas bukit atau tanah tinggi. Mereka perlu bersedia menanggung risiko jika terjadi kejadian tanah runtuh dan sebagainya," jelas Nur Aimi.

Biasanya menurut Nur Aimi, golongan yang berduit suka membeli rumah di atas bukit atau di kawasan yang tinggi.

Namun apabila berlaku kejadian seperti tanah runtuh, harga hartanah tersebut akan jatuh mendadak kerana orang akan takut hendak membelinya.

Mengenai rumah yang dilelong, jelas Nur Aimi, biasanya harga yang ditawarkan memang rendah dan memikat pembeli. Namun harga tersebut boleh naik hingga sekali ganda.

"Contohnya rumah yang dilelong pada harga RM150,000 harganya boleh melonjak sehingga RM300,000 bergantung pada lokasi rumah tersebut. Pun demikian, harga harta tanah tersebut masih pada had yang ditentukan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati," jelasnya.

Menurut Nur Aimi yang bercita-cita menjadi seorang agen harta tanah ini lagi, walaupun pengajiannya akan selesai pada tahun hadapan namun dia tidak bercadang untuk terus bekerja.

"Saya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah bagi mendalami lagi ilmu dalam bidang hartanah ini.

"Selepas itu barulah fikir untuk bekerja bagi mencari pengalaman dan mengumpul wang seterusnya membuka firma harta tanah saya sendiri," ujar Nur Aimi yang berazam membeli kediaman sama ada di Damansara, Bangsar atau Shah Alam kerana harga hartanah di sana yang semakin meningkat.

Hijab Qeesha ke Dubai

Posted: 29 May 2013 01:32 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF

Pelbagai gaya tudung dengan padanan aksesori bersesuaian mampu menambah keanggunan si pemakai.

QEESHA, satu lagi perniagaan tudung melalui dalam talian menampilkan koleksi shawl dan tudung instan yang direka sendiri oleh dua orang pereka muda, iaitu Durruz Azam dan Nabila Salleh.

Kebanyakan koleksi shawl di bawah jenama Qeesha ini adalah bercorak namun terdapat juga shawl kosong tidak bercorak.

Memenuhi keperluan semua peringkat umur, koleksi shawl yang paling disukai pelanggan ialah yang bercorak kerana corak-coraknya yang menarik dengan warna-warna yang mudah dipadankan dengan pakaian.

Di antara corak yang mendapat sambutan ramai ialah corak 'tribal', paisley dan bohemia.

Terdapat beberapa koleksi shawl di bawah jenama Qeesha ini, iaitu Regina, shawl eksklusif daripada fabrik satin yang sesuai dipakai ke majlis-majlis seperti majlis perkahwinan.

Namun terdapat juga shawl Regina yang telah siap bagi memudahkan mereka yang tidak sempat menempah. Berharga di antara RM129 hingga RM139, setiap rekaan dibuat hanya satu sahaja.

Ava pula yang berharga di antara RM59 hingga lebih RM100 dihiasi dengan renda Peranchis yang dijahit dengan manik dan kristal juga sesuai untuk ke majlis.

Elena merupakan shawl besar berukuran 2 m x 0.7 m khusus bagi wanita yang suka memakai tudung labuh dan menutupi dada.

Manakala Premora adalah tudung empat segi bagi mereka yang masih berminat memakai tudung empat segi.

Tudung instan Qeesha juga turut mendapat sambutan kerana dibuat daripada jenis fabrik yang tidak panas dan terletak cantik di atas kepala.

Dijual melalui dalam talian di www.qeesha.com dengan penghantaran percuma hanya untuk di seluruh Malaysia, shawl dan tudung instan Qeesha turut mendapat pesanan daripada Dubai, Brunei dan Singapura.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat