Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Bot karam: Senarai nama 11 mangsa masih hilang Posted: 29 May 2013 03:32 AM PDT KUCHING: Polis Sarawak mengeluarkan nama 11 penumpang bot ekspres yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam, pagi semalam. Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 20 hingga 40 an.
Penumpang yang masih hilang: Anuar Margaret, Akong Empam, Handry Linggi, Mejerin Bantan, Ricky Sunus, Robert Angih, Roslin Jati, Simon Patrick, Tommy Ubing, Welson Lat dan Wesly Belaja Nelson. Polis turut memaparkan senarai nama penumpang yang selamat dan masih hilang di terminal penumpang dan balai polis berhampiran lokasi kejadian. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29 |
Piala FA: Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan Posted: 28 May 2013 11:52 PM PDT KUANTAN: Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pihaknya menerima lima laporan polis berhubung perbuatan khianat ke atas kenderaan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, di sini malam semalam. Katanya laporan tersebut diterima selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim dibatalkan, ekoran tindakan agresif penyokong kedua-dua pasukan.
Mengulas insiden itu kepada Bernama di sini hari ini, Sharifuddin mengakui kejadian berpunca daripada jumlah penonton melebihi kapasiti akibat tiga pintu masuk ke stadium dipecahkan penyokong. Katanya polis masih dapat mengawal keadaan walaupun berlaku sedikit kekecohan akibat tindakan agresif penyokong.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |