Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 16 May 2013 01:27 AM PDT Dr. Mimita Magendra (tiga dari kanan) bersa ibubapa dan kanak-kanak yang hadir pada majlis Pencarian Johnson's Baby of the Year 2013, di Kuala Lumpur baru-baru ini. BAYI yang sihat melalui proses tumbesaran yang aktif sejak dilahirkan sehingga mencecah usia kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan kesihatan bayi sentiasa dalam keadaan terbaik dan membesar dalam persekitaran yang tidak tercemar. Pakar Kesihatan Profesional, Dr. Mimita Magendra berkata, tahap kecerdasan dan tumbesaran bayi yang sihat boleh dikesan seawal usia mereka mencecah sebulan. "Bayi yang sihat dapat dikesan melalui fokus yang ditunjukkan mereka terhadap sesuatu perkara melalui tindakan dan cara berkomunikasi dengan kedua ibu bapa mahupun orang ramai. "Cara mereka memandang dan memberi respon terhadap perkara yang berada di hadapan boleh juga menjadi kayu ukur sama ada mereka cerdas, aktif ataupun sebaliknya," katanya ditemui pada majlis pelancaran Pencarian Johnson's Baby of the Year 2013, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Begitupun kata Dr. Mimita, adalah perkara biasa untuk setiap bayi berkembang pada tahap yang berbeza. Oleh itu beliau menambah, terdapat kemungkinan seseorang bayi itu agak lambat untuk mencapai peringkat pembesaran berbanding bayi yang sebayanya. Mengenai Pencarian Johnson's Baby of the Year, beliau yang juga merupakan salah seorang juri pertandingan berkata, pemilihan berdasarkan kriteria yang menyeluruh yang direka oleh pakar kanak-kanak. "Setiap bayi adalah unik dan comel, tetapi satu set kriteria pemilihan yang direka secara profesional akan memastikan kesaksamaan dalam proses penilaian. "Kami menapis peserta dengan menentukan kesihatan fizikal mereka seperti tekstur kulit, rambut, ketinggian, berat badan serta perkembangan deria mereka. "Pertumbuhan mental dan sosial bayi juga dinilai melalui tindak balas, koordinasi motor dan interaksi sosial mereka dengan orang lain," kata Dr. Mimita. Sementara itu, pertandingan anjuran Johnson's Baby yang memasuki tahun ke 21 itu, menawarkan hadiah wang tunai RM10,000, hamper Johnson's Baby bernilai RM1,000 dan penampilan eksklusif di kulit majalah tempatan. Tempat kedua akan membawa pulang RM5,000 dan hamper serta tempat ketiga bernilai RM3,000 serta hamper. Selain itu, 17 orang peserta terakhir akan turut menerima wang sagu hati RM500 dan hamper bernilai RM100 |
Posted: 16 May 2013 01:27 AM PDT Oleh SITI AISHAH YUSOFF Ungkapan bahawa kanak-kanak merupakan generasi penyambung masa depan sudah terlalu kerap didengari. Persoalannya bagaimana seorang kanak-kanak berpeluang untuk membesar dengan baik dan cemerlang dalam kehidupan jika sebahagian mereka berada dalam kategori kanak-kanak bermasalah. Di Malaysia, di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (seksyen 2), kanak-kanak ditakrifkan sebagai individu yang berusia di bawah umur 18 tahun. Dengan purata jumlah kanak-kanak seramai 34 peratus atau 9.8 juta daripada jumlah penduduk, tidak mustahil sebahagian daripada mereka berada dalam kategori kanak-kanak yang bermasalah. Mantan Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Nor Amni Yusoff berkata, kanak-kanak bermasalah boleh dikategori sebagai mereka yang menjadi mangsa penderaan emosi dan fizikal, terlibat dengan jenayah dan aktiviti tidak bermoral, serta memerlukan perlindungan dan pemulihan. "Jenayah boleh dirujuk sebagai perlakuan salah laku yang melanggar nilai, norma, adat resam dan undang-undang yang dipakai. "Manakala syariat Islam mendefinisikan sebagai perbuatan yang diharamkan oleh hukum syarak. "Konsep salah laku adalah tingkahlaku yang menyimpang daripada norma atau adat dan struktur sosial yang menyebabkan matlamat yang ditetapkan tidak tercapai. Ia adalah suatu keadaan di mana sebilangan orang tertentu percaya bahawa suatu tindakan bersepadu untuk pemulihan," katanya. Jelas Nor Amni lagi, beberapa punca berlaku masalah di kalangan kanak-kanak boleh dikenal pasti berdasarkan beberapa keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Antaranya, sikap ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam membentuk disiplin anak-anak, selain tidak bertanggungjawab dalam menjaga anak. Kegagalan dalam berkomunikasi dan perhubungan yang tidak mesra antara anak dan bapa juga antara faktor yang menyumbang kepada kanak-kanak bermasalah. "Selain itu, kurang didikan agama menyebabkan mereka tidak tahu menjaga batas-batas dalam pergaulan. Tersalah memilih rakan menyebabkan sebahagian dari mereka lebih selesa berkomunikasi dengan rakan sebaya sebagai pengganti kepada ibu bapa untuk menyuarakan masalah dan pendapat," ujarnya. Nor Amni berkata, faktor persekitaran, masalah kemiskinan dan faktor dalaman remaja tersebut juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kanak-kanak bermasalah. Ujar beliau lagi, sebagai ibu bapa mereka perlu memiliki persediaan untuk menghadapi golongan anak-anak yang bermasalah. Katanya, tiga perkata utama perlu dipraktikkan dalam diri ibu bapa yang merangkumi nilai kerjaya, keluarga dan diri sendiri supaya kehidupan menjadi seimbang dan bahagia. "Ketiga-tiga aspek tersebut perlu seiring dan seimbang supaya objektif untuk mendidik dan memiliki keluarga bahagia berkesan. Mereka juga perlu memiliki nilai, sikap, kemahiran, pengetahuan dan pemahaman dalam diri," katanya. Jelas beliau, untuk mengatasi golongan anak-anak yang bermasalah boleh dilakukan langkah pencegahan dari awal dengan beberapa kaedah. "Keluarga berperanan memberikan kasih sayang dan mempunyai kemahiran dunia keibubapaan. Pendidikan secara formal dan tidak formal perlu seiring dengan tumbesaran mereka. " Kewujudan undang-undang yang memberi perlindungan kepada mangsa serta saksi dan aktiviti kanak-kanak dan latihan kemahiran yang bersesuaian," katanya. Katanya, dalam masa yang sama, bagi menangani masalah ini masyarakat, agensi-agensi sosial dan kerajaan perlu menggembeling tenaga untuk mengurangkan masalah yang semakin serius ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |