{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut

Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT

Mat Shuhaimi

PUTRAJAYA 17 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dihadapinya.

Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan ke atas Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen tersebut sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

''Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini,'' kata Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Abdul Malik memerintahkan Mat Suhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan Mat Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Hakim Abdul Malik membenarkan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Mat Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghadapi pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Disember 2010.

Mat Suhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pada 1 April 2011, beliau memfail notis usul di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memohon mengetepikan tuduhan menghasut itu dengan memberi alasan Akta Hasutan yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya, tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Pada 26 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Mat Shuhaimi untuk mengetepikan tuduhan berkenaan. Susulan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. - BERNAMA

Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa

Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Mei - Status sama ada para pelabur jongkong emas di syarikat Genneva Sdn. Bhd. (GSB), akan mendapat kembali pelaburan mereka bergantung kepada keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa ini berhubung pembekuan aset syarikat berkenaan.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menetapkan 21 Mei ini bagi memutuskan sama ada membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung keputusan beliau semalam dan permohonan untuk mengekalkan pembekuan aset syarikat tersebut oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Semalam, Rozana melepas dan membebaskan tiga pengarah GSB iaitu Ng Poh Weng, 63, Marcus Yee Yuen Seng, 61, Chin Wai Leong, 37, dan bekas pengarahnya, Liew Chee Wah, 59, daripada 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM100 juta.

Pada prosiding yang ditetapkan untuk hujahan hari ini, pegawai pendakwa dari BNM, Alvin Ong memaklumkan, pihaknya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi pagi ini.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber yang turut mengendalikan pendakwaan pula berhujah, permohonan penggantungan keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan para pelabur.

Beliau menyatakan, berdasarkan keterangan dalam perbicaraan, wang yang diterima ke dalam akaun kesemua tertuduh adalah milik pelabur.

''Jika permohonan ini ditolak oleh mahkamah, tiada jaminan yang harta-harta berkenaan termasuk wang dan jongkong emas akan dikembalikan kepada semua pelabur.

''Sekiranya mahkamah menolak menggantung keputusan ini, rayuan pendakwaan akan menjadi akademik,'' katanya.

Sementara itu, peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili pihak responden menyatakan, mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, pihak pendakwaan perlu memfailkan permohonan mendapatkan perintah untuk melucutkan harta tersebut di Mahkamah Tinggi.

Katanya lagi, pelucutan hak harta yang disita boleh diberikan hanya selepas mahkamah berpuas hati bahawa harta itu bukan milik tertuduh dan tiada orang lain yang berhak ke atas harta tersebut.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Poh Weng didakwa atas 93 pertuduhan, Yuen Seng menghadapi 40 pertuduhan sementara Wai Leong dituduh atas 61 pertuduhan dan Chee Wah pula 30 pertuduhan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Public Bank Bhd., Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang di sini, antara Julai 2008 dan Jun 2009.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesemua tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Kuchai Maju 6, Persimpangan Jalan Kuchai Lama di sini, antara November 2008 dan Julai 2009 dan pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 103(1)(a) Bafia.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat