{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Calon bakal hilang deposit

Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Zulkifli Yaacob (tiga dari kiri) bersama sebahagian pembayar cukai pintu yang membuat bayaran awal di pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) semalam.

KUANTAN 17 Mei - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menggesa parti-parti politik segera menurunkan bahan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 kerana tempoh dua minggu yang ditetapkan bakal berakhir pada Isnin ini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang deposit calon-calon yang bertanding hangus kerana akan digunakan untuk membayar kos kontraktor bagi membersihkan bahan-bahan kempen tersebut.

"Sehingga hari ini saya masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan bahan kempen masih dibiarkan dan tidak dibersihkan dengan sempurna terutama di kawasan pinggir bandar.

"Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Tanjung Lumpur, Air Putih dan Beserah. Justeru, saya mengingatkan mereka agar membersihkan segera kawasan terbabit sebelum tindakan lanjut diambil seperti wang deposit tidak dikembalikan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau dan membersihkan bahan-bahan kempen sekiranya pihak terbabit gagal memberi kerjasama selepas tamat tempoh yang ditetapkan.

"Tempoh untuk menurunkan bahan-bahan kempen masih berbaki tiga hari, namun kita telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau dan membersihkan mana-mana kawasan yang diabaikan pihak terlibat selepas tempoh tamat," ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, MPK turut menerima aduan daripada orang awam berikutan terdapat beberapa poster yang dipasang di tempat tidak sepatutnya semasa tempoh berkempen.

Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam

Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT

ABD. Manaf Mat (kiri) melihat seorang guru membaiki motosikal yang rosak ketika di pertengahan jalan ke Pos Senderut, Kuala Lipis baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 17 Mei - Jika guru di kawasan bandar dapat menjalankan tugas dengan selesa kerana dilengkapi pelbagai kemudahan, keadaan itu amat berbeza dengan sekumpulan pendidik yang bertugas di pedalaman Hulu Jelai dekat sini.

Bagi 34 guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut, Hulu Jelai, mereka terpaksa meredah laluan balak selama lebih dua jam untuk menemui anak murid setiap hari Isnin hingga Jumaat setelah bersama keluarga masing-masing di pekan Sungai Koyan pada Sabtu dan Ahad.

Guru Besar sekolah berkenaan, Abd. Manaf Mat, 46, berkata, kebanyakan guru sekolah itu menggunakan motosikal sebagai pengangkutan untuk perjalanan antara dua hingga tiga jam setiap hujung minggu ke tempat kerja masing-masing.

"Begitulah rutin setiap hujung minggu, kebanyakan guru meredah laluan balak yang dilitupi hutan tebal sejauh 40 kilometer selama dua jam untuk sampai ke SK Senderut dan juga ketika perjalanan balik ke pekan Sungai Koyan.

"Jika ada kegiatan kokurikulum dan kelas tambahan Tahun Enam, kebanyakan guru terpaksa menginap di rumah guru dan pulang ke bandar atau kampung pada akhir bulan," katanya ketika ditemui di Pos Senderut semalam.

Menurutnya, beliau terpaksa membeli kenderaan pacuan empat roda memandangkan kesukaran berulang-alik ketika memunggah peralatan sekolah untuk keperluan 716 murid termasuk barang milik guru-guru di sekolah berkenaan.

"Bukan tujuan saya hendak bermewah, tetapi kemudahan kenderaan ini untuk berulang alik ke sekolah lebih selesa selepas cuti hujung minggu di kampung walaupun belanja bulanan sudah meningkat selepas membeli kereta ini," ujarnya.

Abd. Manaf berkata, keperitan yang dihadapi oleh guru ialah ketika motosikal ditunggangi mengalami kerosakan enjin dan pancit di pertengahan jalan.

"Biasanya kami berkonvoi, apabila berlaku kerosakan di pertengahan jalan mudahlah kerja membaiki dengan bantuan peralatan yang dibawa seperti alat penampal bocor, tiub, palam pencucuh, petrol dan lain-lain.

"Kerjasama berkonvoi pergi dan balik hujung minggu amat penting bagi mengelakkan risiko keselamatan ketika melalui kawasan hutan tebal," katanya.

Seorang guru, Masadi Abdul Rahman, 34, berkata, cabaran mengajar di sekolah Orang Asli pedalaman Jelai disahut dengan sikap positif untuk menzahirkan transformasi pembangunan modal insan dalam kalangan murid pedalaman.

"Saya berasa bangga dipilih bertugas di sini kerana bukan sahaja tanggungjawab ini cukup berharga tetapi dapat mengenali lebih dekat budaya etnik suku Orang Asli Semai," katanya.

Tambahnya, dia sanggup menggalas cabaran itu memandangkan wujud kesedaran bahawa murid Orang Asli amat dahagakan ilmu pengetahuan.

Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela

Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT

TEMERLOH 17 Mei - Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM5.8 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk Orang Asli di seluruh Pahang sepanjang tahun ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah itu, RM2.6 juta bagi program membaik pulih rumah, RM1.9 juta (program Bantuan Kualiti Hidup) dan baki sebanyak RM1.3 juta bagi program pendidikan.

Katanya, kesemua projek yang dilaksanakan itu bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan pendidikan pelajar Orang Asli bagi menghargai pengorbanan mereka selama ini yang sentiasa setia bersama Barisan Nasional (BN).

"Lebih 500 rumah Orang Asli telah dikenal pasti untuk dibaik pulih di bawah program membaik pulih rumah yang mana sebahagian besar rumah asal sudah usang dan wajar menerima bantuan untuk membaikinya supaya hidup mereka lebih selesa.

"Kerajaan BN akan terus membela nasib kaum pribumi malah segala janji kerajaan pada pilihan raya lalu akan tetap dilaksanakan," kata Ismail.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Orang Asli di Kampung Rekoh dekat Kuala Krau kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar dan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Kementerian Kesihatan, Datuk Ahmad Shafii Saidin.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Orang Asli bersabar kerana semua projek itu dijalankan secara secara berperingkat-peringkat.

Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau menyeru Orang Asli terus menyokong kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak pernah mengabaikan nasib mereka.

"Hampir keseluruhan kediaman Orang Asli di Parlimen Kuala Krau sudah mendapat bekalan air paip dan elektrik, kecuali di Kampung Berdut.

"Kerja-kerja pemasangan peralatan bagi membekalkan elektrik di kampung tersebut sedang dibina sekarang dan dijangka siap tidak berapa lama lagi," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat