Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 17 May 2013 02:49 PM PDT Peshawar: Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan di masjid di Iraq dan Pakistan semalam, mendedahkan keganasan yang belum menunjukkan tanda akan berhenti di kedua-dua negara. Dalam kejadian di kampung Baz Darrah di daerah Malakand, Khyber Pakhtunkhwa, timur laut Pakistan semalam, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan di dua buah masjid, ketika umat Islam bersiap sedia menunaikan solat Jumaat.
Seorang jemaah, Shahid Ali, yang berada di masjid pertama yang dibom berkata letupan berlaku sebaik saja jemaah memulakan solat Jumaat. Bumbung berlubang Saya bersama yang lain bergegas keluar dan melihat beberapa orang berdarah dan menangis, kata Ali kepada Associated Press melalui telefon. Ali kemudian bergegas ke masjid kedua selepas ia diserang dan menyaksikan bahawa bumbungnya berlubang dan terbakar.
Pasukan penyelamat cuba mengesan mangsa yang mati dan cedera dari runtuhan terbabit, kata Rehman. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu tetapi ia disyaki dilakukan Taliban Pakistan. Kumpulan militan Sunnah menjadi sasaran pemberontakan berdarah yang menentang kerajaan selama beberapa tahun yang membunuh beribu orang awam dan pegawai keselamatan. Militan turut menyerang masjid Sunnah sebelum ini dan mungkin disebabkan pengikutnya tidak mengikut cara pelampau mereka terhadap Islam. Sementara itu di Baquba, Iraq, dua letupan bom di luar sebuah masjid Sunnah mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang dalam satu serangan paling buruk di negara itu dalam tempoh sebulan. Serangan ke atas masjid puak Sunnah dan Syiah, pasukan keselamatan dan pemimpin puak semakin meningkat sejak askar menyerbu satu tunjuk perasaan di Kirkuk sebulan lalu menyemarakkan kebimbangan bahawa serangan puak semakin meningkat.
AP/REUTERS |
Posted: 17 May 2013 02:48 PM PDT Beirut: Aktivis hak asasi menemui peralatan seksaan dan bukti lain penderaan dalam penjara kerajaan di bandar pertama Syria yang kini di bawah kawalan pembangkang, kata Human Rights Watch dalam satu laporan semalam. Raqqa, di timur Syria ditawan pemberontak lewat Februari lalu ketika mereka berjuang menggulingkan Presiden Bashar Assad.
Temui bukti fizikal HRW berkata, penyelidiknya menemui bukti fizikal bahawa rakyat Syria diseksa, termasuk dengan alat yang dikatakan bekas tahanan digunakan untuk meregang atau membengkok tangan dan kaki mangsa. Kumpulan itu juga menemui bukti menunjukkan penduduk Raqqa ditahan akibat perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang seperti bantahan atau membantu mangsa yang cedera. Aktivis kumpulan hak asasi dan pembangkang sekian lama mendakwa orang awam ditahan tanpa didakwa, diseksa dan kadang kala hilang sejak pemberontakan ke atas rejim Assad bermula.
Keterangan bekas tahanan Dokumen, sel penjara, bilik soal siasat dan peralatan penderaan yang kami lihat dalam kemudahan keselamatan kerajaan adalah konsisten dengan keterangan bekas tahanan yang pernah diseksa kepada kami, kata Nadim Houry, timbalan pengarah Asia Barat HRW. HRW mendokumenkan penderaan di kedua-dua pihak perang saudara Syria sepanjang konflik 26 bulan di negara itu. Kumpulan berkenaan menemuramah sekurang-kurangnya lima orang yang pernah ditahan Perisikan Tentera di Raqqa. Mereka disoal pegawai keselamatan mengenai aktiviti yang dijalankan termasuk sama ada mereka menyertai demonstrasi anti Assad, menyediakan bantuan kepada keluarga pelarian, mempertahankan tahanan dan menyediakan bantuan kepada penunjuk perasaan.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |