Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT Oleh YATIMIN ABDULLAH Pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme (kanan) cuba melepasi asakan pemain Terengganu, Vincent Bikana pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin. KOTA BHARU - Kelantan memasang impian untuk bertemu pasukan berstatus bintang dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim pada akhir Piala FA musim ini. Hasrat itu diluahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa selepas The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan menumbangkan Terengganu 4-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin. Annuar berkata, pada aksi Liga Super minggu lalu, pasukannya tidak berkesempatan mempertaruhkan barisan terbaik, yang menyaksikan mereka tumbang 0-2 kepada Johor DT. Menurut beliau, sekiranya Kelantan layak ke final, beliau mahu The Red Warriors mempertaruhkan barisan terkuat. "Kita harap dapat bertemu Johor DT di pentas akhir kerana kita tidak berpuas hati dengan keputusan baru-baru ini disebabkan kita beraksi tanpa skuad utama. "Jadi kita nak main dengan skuad penuh dan mahu uji kekuatan dengan Johor, di gelanggang berkecuali," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau mengingatkan pemainnya supaya tidak berada di zon selesa meskipun berkelebihan tiga jaringan sebelum bertandang ke gelanggang lawan esok. "Perlawanan masih berbaki 90 minit dan kita tidak boleh mengambil mudah kemampuan Terengganu. Pemain perlu meneruskan rentak konsisten pada perlawanan itu nanti," ujarnya. Annuar juga memuji barisan pemain yang bangkit pada sepuluh minit terakhir yang mengubah keputusan perlawanan. Annuar yang sebelum ini mengkritik keras percaturan taktikal Bojan Hodak yang merehatkan beberapa pemain tonggak ketika tumbang kepada Johor DT sebelum ini bersetuju dengan pendekatan jurulatih berkenaan pada perlawanan dengan Terengganu semalam. "Malam ini kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang saya tidak setuju ialah dia simpan pemain dulu. Tetapi lepas mendapat penjelasan darinya, kita terima pendekatan yang digunakan," jelasnya. Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan jurulatih kelahiran Croatia itu di laman sosial Facebook miliknya selepas perlawanan dengan Johor DT. Bagaimanapun, Hodak mempertahankan tindakannya tidak memasukkan beberapa pemain utama dengan alasan mahu memastikan pemain terbabit mendapat rehat yang secukupnya bagi menghadapi perlawanan separuh akhir piala FA. Annuar berkata, teguran yang beliau di dalam Facebook bertujuan untuk 'menyedarkan' pemain supaya bangkit, selain turut membayangkan mereka bakal menikmati 'durian runtuh' jika berjaya melangkah ke final Piala FA. |
'Percaturan bodoh' membuahkan hasil Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT Oleh YATIMIN ABDULLAH KOTA BHARU - Bojan Hodak menjawab kritikan pedas yang diterimanya ketika kalah 0-2 kepada Johor Darul Takzim dalam aksi Liga Super Rabu lalu dengan berkata, 'percaturan bodoh' dalam perlawanan tempoh hari membawa hasil apabila Kelantan menang 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di sini, kelmarin. Ketua jurulatih Kelantan itu berkata, dia gembira dengan keputusan tersebut kerana telah membuktikan 'percaturan bodohnya' sebelum ini akhirnya memberikan kejayaan yang besar kepada mereka. "Anda boleh lihat bagaimana barisan pemain Kelantan yang diturunkan pada perlawanan ini mempunyai tahap kecergasan yang baik. "Mereka mampu mempamerkan aksi cemerlang sehingga wisel penamat. "Saya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain dan tidak mudah berputus asa biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan," katanya. Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan dikejutkan dengan jaringan Mohd. Asahari Shamsudin pada minit kedua. Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-79 untuk jaringan penyamaan menerusi Dickson Nwakaemi. Asakan Kelantan tidak mampu dibendung pertahanan Terengganu apabila menambah tiga gol menerusi Indra Putra Mahyuddin (m-83), penalti Obinna Nwaneri (m-92) dan Zairo Annuar Zailani (m-93). Hodak mengakui, kemasukan Nwakeami berjaya mengubah rentak perlawanan sehingga pasukanya mampu menjaringkan empat gol dalam tempoh sepuluh minit terakhir. Hodak turut memuji penjaga gawang pelawat Mohd. Shamirza Yusoff yang kerap mengagalkan usaha Kelantan untuk mendapat jaringan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |