Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT Oleh JOHARDY IBRAHIM Mitsubishi Mirage dengan enjin 1.2 liter semakin popular. SEKIRANYA anda memerhati dengan teliti, industri pemotoran Malaysia kini menyaksikan syarikat-syarikat pengeluar kereta rancak memperkenalkan kenderaan dengan enjin bersaiz 1.5 liter ke bawah. Puncanya mudah. Permintaan orang ramai, yang didorong oleh harga bahan api yang tinggi, kos penyenggaraan dan insurans. Atas alasan sama, permintaan bagi kereta terpakai Perodua Kelisa dan Myvi misalnya, masih tinggi dan tidak susut merudum harga jualan. Sebenarnya, ini bukan tertutup kepada pasaran Malaysia semata-mata tetapi merupakan trend di seluruh dunia. Trend ini mendorong syarikat pengeluar kereta membangunkan enjin yang jimat penggunaan bahan api. Terdapat juga syarikat kereta yang menggunakan tema 'penjimatan bahan api' dalam kempen pemasaran mereka untuk menarik minat pembeli tetapi kebanyakan kereta berkenaan hanya indah khabar kerana bila dipandu, ternyata kereta itu bersifat 'dahaga' sentiasa. Dalam konteks ini, model kompak Mitsubishi Mirage dalam segmen B ternyata berbeza. Mitsubishi Motors Malaysia memberikan seunit untuk dipandu uji selama dua minggu. Dengan tangki penuh 35 liter, bermakna harga minyak RON95 yang perlu dibayar ialah RM66.50. Dengan kelajuan purata 110 kilometer sejam, setangki penuh tersebut berjaya mencatatkan perjalanan hampir 480 km. Dalam tempoh dua minggu saya hanya mengisi penuh tangki sebanyak dua kali! Daripada luaran, terus-terang reka bentuknya tidak berapa menarik perhatian lelaki. "Comel," kata rakan sepejabat wanita. Dan kaum lelaki sangat geli perkataan 'comel'. Tetapi tidak bermakna Mirage ini tidak boleh dikentalkan sifat maskulin. Mitsubishi ada menyediakan pakej aksesori bagi menambah sifat kelakiannya. Asal sanggup tambah ongkos, Pakej AERO hampir RM2,000 atau Pakej Chrome RM700, sarung kulit kerusi RM1,500 dan penutup tangki minyak Ralliart RM150. Di sebalik 'kecomelan' Mirage, reka bentuknya menyimpan resipi aerodinamik. Jurutera Mitsubishi menghabiskan masa yang lama untuk menghasilkan badan aerodinamik Mirage dalam terowong angin, yang merupakan faktor terpenting kepada kecekapan bahan api. Mirage tampil dalam tiga varian, iaitu manual lima kelajuan GL, CVT GL dan CVT GS, dengan harga di antara RM55,328 hingga RM63,120 (atas jalan tanpa insurans) dan dalam lima warna iaitu Lemonade Yellow Metallic, Eisen Grey Mica, Red Metallic, White Pearl dan Cool Silver Metallic. Ruang kabin Mirage adalah luas. Pembeli boleh memilih enjin MIVEC dengan transmisi lancar dan cekap INVECS-III Continuously Variable Transmission (CVT) atau gear manual lima kelajuan. Di samping waranti standard selama tiga tahun atau 100,000 km, Mirage didatangkan dengan pakej penyenggaraan percuma selama setahun (Penyenggaraan Alat-alat komponen, Minyak Hitam dan Kos Buruh sehingga setahun atau 20,000km). Mirage memiliki kecekapan bahan api dan pelepasan CO2 rendah yang merupakan terbaik dalam kelasnya, berikutan enjin 1.2 liter serba baru dengan teknologi MIVEC dan badan aerodinamik yang mengurangkan kekangan dan terbabas. Mengoptimumkan struktur badan dan penggunaan lebih luas panel yang ditegang kuat menjadikan kenderaan ini tujuh peratus lebih ringan berbanding kenderaan biasa dalam kelasnya, yang menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih baik. (Nisbah berat diukur dengan menggunakan nisbah besi ditegang kuat diguna dalam Colt berbanding Mirage). Enjin moden tiga silinder menghasilkan 78 PS dan 100 Nm kuasa kilas, menyajikan varian paling ringan dalam kelasnya iaitu 850 kg bagi CVT dan 825 kg bagi varian MT. Mirage didatangkan dengan senarai peralatan yang menarik bagi sebuah kereta dalam segmen ini. Ciri-ciri uniknya merangkumi Kunci Pintar (masuk tanpa kunci), pendingin hawa automatik digital, sistem audio 2-DIN dengan pemain iPod, USB dan AUX, panel instrumen Pandangan Terang, dan kepala gear dan kemudi roda dibalut kulit. Keselamatan adalah keutamaan di Mitsubishi, dan sebagai kereta global, model serba baru Mirage didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif bagi melindungi penumpangnya. ABS 4-Roda dengan EBD adalah standard, bersama dua beg udara SRS dan penenggang tali pinggang keledar, Pengikat Kerusi Kanak-kanak ISO FIX, Kunci Pintu Bagi Kanak-kanak dan Tingkap Kuasa Anti-Sentuh. |
Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT Mitsubishi Triton Heavy Duty KUALA LUMPUR 26 Mei - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Mitsubishi Triton Heavy Duty (2.8 litre diesel 4x4 Double Cap) baharu. Menurut kenyataannya, kenderaan yang dibina untuk kegunaan lasak, Triton Heavy Duty didatangi dengan enjin diesel 2.8 liter bukan turbocharged dengan 97 PS dan 198 Nm tork. Mitsubishi Triton Heavy Duty 2.8 litre ini juga didatangkan dengan tayar untuk kegunaan kawasan berlumpur yang disertakan dengan rim aloi 16 inci yang sesuai digunakan di kawasan yang permukaan jalan tidak rata. Kenderaan untuk pendaftaran komersial sahaja ini dijual pada harga RM72,037.60 atas jalan tanpa insurans ,manakala bagi Sabah dan Sarawak pula masing-masing adalah RM73,832.60 dan RM73,798.60. Kata kenyataan itu, kenderaan yang diimport sepenuhnya itu boleh didapati dalam warna putih solid. Pemilik kenderaan ini akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau sehingga 100,000 kilometer dan juga pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun bergantung pada terma dan syarat. Orang ramai boleh melayari laman web www.mitsubishi-mo tors. com.my untuk maklumat lanjut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |