{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


BN perlu berani ubah strategi

Posted: 26 May 2013 03:59 PM PDT

Pemimpin, wakil rakyat tidak lagi boleh beranggapan formula, ramuan diguna pakai sebelum ini masih sesuai: Najib

Pekan: Barisan Nasional (BN) perlu berani melakukan pembaharuan dan perubahan bagi memastikan parti itu sentiasa relevan serta mesra rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pembaharuan dan perubahan dari segi strategi, pendekatan, program dan lebih pragmatik penting sebagai persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

"BN perlu berani berubah sebelum rakyat menolak, kerana walaupun sudah memegang pemerintahan secara berterusan selama 56 tahun dan sudah melakukan pelbagai usaha pembangunan untuk semua kaum namun ia bukan jaminan untuk terus kekal memerintah.

Perlu bersikap pragmatik

"Pemimpin dan wakil rakyat BN tidak lagi boleh beranggapan formula dan ramuan yang diguna pakai sebelum ini masih sesuai, tetapi perlu bersikap terbuka dan pragmatik untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menafikan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran UMNO Bahagian Pekan sempena kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di hadapan lebih 5,000 orang di Dewan Konvensyen di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Ishak Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun; ADUN Peramu Jaya, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali; ADUN Bebar, Mohd Fakhruddin Mohd Arif dan ADUN Pulau Manis, Khairuddin Mahmud.
Perdana Menteri berkata,  landskap politik negara yang berubah pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihatkan formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan.

"Kita tidak boleh anggap apa yang diguna pakai selama ini sesuai pada masa akan datang, kita  mesti bersikap terbuka, pragmatik dan bukannya dogmatik. Sikap pragmatik kena jadi pegangan... jasa dan budi yang sudah banyak ditabur tidak boleh dianggap tiket untuk (BN) terus pimpin kerajaan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Kita juga tidak boleh terlalu selesa dan berpuas hati dengan apa dicapai, sebaliknya perlu berani serta tabah membuat perubahan bagi mengemudi parti untuk merapatkan barisan, mempelajari kelemahan dan menambah baik kekuatan yang ada," katanya.

  Najib berkata, BN juga kena ada unsur yang boleh menyegarkan imej parti untuk terus diterima rakyat.

"Jika kita tidak berani membawa unsur itu, maka kita akan menghadapi kesukaran pada masa akan datang," katanya.

Pesanan untuk wakil rakyat

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan turut mengingatkan semua wakil rakyat BN yang memenangi pilihan raya umum lalu supaya terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat dengan penuh inklusif dan rasa rendah diri.

 Katanya, wakil rakyat dinilai menerusi keperibadian dan tahap perkhidmatan yang diberi, sekali gus membantu parti menghadapi pilihan raya akan datang yang sudah tentu lebih mencabar.

"Jangan sombong dan mungkir janji dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat... ibarat ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya," katanya.

Penyokong Johor DT koma jatuh stadium

Posted: 26 May 2013 03:53 PM PDT

Johor Bahru: Seorang penyokong pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) koma selepas terjatuh pada ketinggian 20 meter dari tempat duduk penonton Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, malam kelmarin.

Juruelektrik itu dipercayai terjatuh ketika hendak membuka bendera pasukan yang dipasang bersama adiknya.

Kejadian menimpa Roshdi Rasiman, 31, berlaku jam 10.45 malam, sejurus Johor DT menewaskan Pahang dalam saingan pertama separuh akhir Piala FA, yang berakhir dengan keputusan 1-0.

Tak sedar abang jatuh

Adiknya, Roshanajid, 28, yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, bagaimanapun tidak menyedari kejadian menimpa abangnya dan hanya mengetahui peristiwa itu apabila penonton kecoh mengatakan ada orang terjatuh.

Roshanajid berkata, sebelum kejadian dia bersama abangnya berada di tempat duduk penonton menyaksikan perlawanan bola sepak.

Katanya, sejurus perlawanan tamat, Roshdi bangun dan pergi ke belakang tempat duduk untuk membuka ikatan bendera gergasi pasukan Johor DT yang dipasang mereka pada sebatang tiang," katanya.
"Saya tidak memerhati abang membuka bendera kerana memang sudah menjadi kebiasaan kami memasang bendera tanda sokongan setiap kali menonton perlawanan Johor DT di stadium itu.

"Tanpa mengesyaki sesuatu buruk menimpanya, saya pergi meninjau apabila penonton kecoh mengatakan ada orang terjatuh dan terkejut mendapati mangsa adalah abang saya," katanya.

Tidak sedarkan diri

Roshanajid bergegas mendapatkan abangnya yang tidak sedarkan diri sebelum sepasukan petugas perubatan yang berada di stadium datang untuk memeriksanya.

Roshdi kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan sehingga lewat petang semalam, belum sedarkan diri dipercayai akibat kecederaan di kepala.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat