{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Maik tekad bantu miskin tegar

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Nik Kamaruddin Ismail (dua, kanan) bertanya khabar Ku Yah Tuan Hussin semasa mengunjungi rumah wanita tersebut di Kampung Genting, Pengkalan Kubor, Tumpat, semalam.

TUMPAT 21 Mei - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (Maik) bertekad terus membantu golongan miskin tegar di negeri ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinan tegar.

Bagi mencapai hasrat itu, Maik merangka pelbagai program termasuk kajian kemiskinan oleh penyelidik dari institusi pengajian tinggi.

Penasihat Khas kepada Yang Dipertua Maik, Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata, kajian bermula Ogos lalu itu dilakukan penyelidik Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Kelantan.

Menurutnya, melalui hasil kajian itu, pihaknya telah mengenal pasti bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada golongan berkenaan bagi membantu membebaskan mereka daripada kemiskinan tegar.

"Projek ini telah dimulakan sejak Ogos tahun lalu. Sebanyak 23 buah rumah terpilih menyertai program ini dan menerima bantuan daripada Maik bagi mengubah taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik.

"Selepas bantuan disalurkan kepada golongan ini, kami akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan kejayaan program ini," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa buah rumah sekitar Kampung Genting, Pengkalan Kubor, dekat sini hari ini.

Yang turut menyertai sesi lawatan tersebut ialah Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda dan Pegawai Daerah Tumpat, Serpuddin Mohamad.

Nik Kamaruddin memberitahu, jajahan Tumpat dipilih menjadi perintis kepada projek itu memandangkan kawasan tersebut mempunyai tahap kemiskinan tertinggi di negeri ini.

"Kita bercadang meneruskan projek ini ke jajahan lain pada masa akan datang bagi memastikan tahap kemiskinan tegar di negeri dapat dikurangkan.

"Melalui program ini, Maik menyasarkan para peserta yang terlibat mampu membebaskan hidup mereka daripada belenggu kemiskinan," ujarnya.

Sementara itu, Nik Kamaruddin memberitahu, program itu merupakan sumbangan buah fikiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang Dipertua Maik, Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang berjiwa rakyat.

Perhebatkan daya saing graduan

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

Sebahagian daripada graduan meraikan kejayaan menamatkan pengajian pada majlis Konvokesyen Politeknik Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 21 Mei - Graduan politeknik perlu mengambil inisiatif memantau perkembangan yang berlaku di luar negara berkaitan bidang yang diceburi supaya memenuhi keperluan dan kehendak pasaran dunia.

Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Ahmad Nazri Sulaiman berkata, bidang pendidikan tidak lagi terbatas kepada keperluan dan kehendak pasaran dalam negara sahaja.

Sehubungan itu, katanya, mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang relevan ketika ini, malah terus ditingkat dan dipelbagaikan supaya berupaya dan berani mendepani cabaran.

"Pelbagai kemahiran yang ada pada graduan akan memberi nilai lebih tinggi kepada mereka dan perlu dipertingkat dari semasa ke semasa supaya negara dapat melahirkan lebih ramai pekerja yang bukan sahaja relevan dalam pasaran negara malah di pentas dunia.

"Antara kemahiran yang perlu ada termasuk keupayaan mentafsir keperluan semasa, kecekapan silang budaya, minda rekaan dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Kuala Terengganu (PKT) Kali Ke-12 di Taman Tamadun Islam, di sini kelmarin.

Dalam majlis itu, beliau menganugerahkan diploma kepada sebanyak 108 graduan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, 84 graduan dalam Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi manakala enam orang menerima sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Yang turut hadir, Pengarah PKT, Radiah Che Su dan Timbalan Pengarah Akademik PKT, Abdul Nasir Ali.

Sehubungan itu, Ahmad Nazri mahu graduan memperkasa proses mengasah fikiran supaya dapat menjadi pemikir pada masa depan dan menambah keupayaan untuk berdaya saing di peringkat global.

Beliau mengingatkan, diploma yang diperoleh bukan pengakhiran kerana mereka perlu meningkatkan daya saing yang lebih mantap memandangkan negara memerlukan para cendekiawan dan masyarakat intelek yang mampu menyumbang kesejahteraan kepada negara seluruhnya.

"Untuk mengasah pemikiran penyelidikan dan pembangunan adalah elemen utama dalam pencarian ilmu kerana setiap kegagalan yang dilalui ketika proses itu membantu kita memahami kesalahan dalam membina daya penyelidikan," katanya.

Program Prince bantu kanak-kanak istimewa

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Dinsuhaimi Sidek (duduk, tengah) bersama sebahagian kanak-kanak dan guru pembimbing program Prince di Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, semalam

KOTA BHARU 21 Mei - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Membantu Orang Cacat Pendengaran Kelantan (Pemancar) akan membuka sebuah lagi Program Inklusif Anak Cemerlang (Prince) yang dijangka mula beroperasi di Bachok pada November ini.

Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Prof. Dr. Dinsuhaimi Sidek berkata, program itu dimulakan di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian pada 2011 dengan menggabungkan pendidikan awal kanak-kanak normal dan bermasalah pendengaran termasuk autisme dari usia dua hingga enam tahun dalam persekitaran sama.

Beliau yang juga Penasihat Prince berkata, kanak-kanak yang memakai alat bantuan pendengaran mampu mendengar sehingga ke tahap tertentu dan apabila berinteraksi dalam tempoh panjang dengan rakan-rakan normal, mereka akan dapat menguasai perbendaharaan kata yang banyak sekali gus mencetus kemahiran pertuturan lebih baik.

Dalam masa sama, katanya, program Prince itu juga memberi pendedahan kanak-kanak normal cara bergaul dengan rakan yang kurang bernasib baik sejak dari awal usia dan ini mampu melahirkan generasi muda lebih bertolak ansur, bertimbang rasa serta tidak bersifat pembuli.

"Masa emas untuk kanak-kanak adalah bermula sejak lahir hingga usia enam tahun yang mana otak mereka memerlukan rangsangan berterusan untuk membantu proses pendengaran dan pertuturan.

"Pada peringkat awal, kami menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak Pekak Kelantan (D'Kecek) pada 2009 yang mengumpulkan kanak-kanak bermasalah pendengaran dalam sesi pendidikan awal dan terapi pertuturan dan cara kerja berkumpulan.

"Namun kami mendapati kaedah ini masih belum mencukupi dan mengambil pendekatan bahawa mereka dan juga kanak-kanak autisme perlu disekalikan dalam persekitaran serupa dengan kanak-kanak normal, lalu lahirlah Prince mulai 2011," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampus Kesihatan USM di sini semalam.

Dinsuhaimi berkata, pada masa kini terdapat 22 kanak-kanak normal terdiri daripada anak-anak kakitangan USM serta tujuh kanak-kanak bermasalah pendengaran dan tujuh autisme mengikuti program Prince dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, lima hari seminggu.

Beliau berkata, seramai 12 guru terlibat termasuk pembimbing daripada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) yang menggunakan kaedah pendidikan merangsang perkembangan otak kanak-kanak melalui permainan menyeronokkan.

Jelasnya, apa yang menggembirakan beliau adalah kejayaan beberapa bekas murid Prince masuk ke sekolah arus perdana tanpa sebarang masalah besar berikutan pendedahan yang mereka terima pada peringkat awal.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat