Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Advertorial: Star Trek Into Darkness Memuaskan! Posted: 21 May 2013 05:41 PM PDT Filem 'Star Trek Into Darkness' merupakan filem ke-12 dalam siri francais filem 'Star Trek' dan merupakan sekuel kepada filem 'Star Trek' terbitan tahun 2009. Karya terbaru pengarah terkemuka J. J. Abrams yang sebelum ini pernah mengarahkan 'Mission: Impossible III', dilihat memberikan dimensi baru kepada para penonton yang gemarkan filem genre aksi penggambaraan. Masih lagi menggunakan khidmat para pelakon asal seperti Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana, Simon Pegg, Karl Urban dan ramai lagi, filem 'Star Trek Into Darkness' menampilkan plot penceritaan yang berkisarkan mengenai perjalanan krew Enterprise yang berusaha untuk menghalang kuasa-kuasa jahat yang timbul dalam Enterprise itu sendiri. Cerita bermula apabila krew Enterprise dipanggil semula dan mereka mendapati satu kuasa jahat wujud dalam organisasi mereka, sekaligus menimbulkan krisis kepada dunia. Kapten James T. Kirk bersama kesemua krew USS Enterprise telah diarahkan untuk melakukan satu misi pemburuan bagi memberkas individu yang menimbulkan huru-hara. Di situlah para penonton dapat melihat wujudnya watak baru iaitu John Harrison, lakonan Benedict Cumberbatch, yang menjadi sasaran mereka.
Setakat ini, filem 'Star Trek Into Darkness' mendapat respon positif daripada penggemar filem seluruh dunia dan dilihat lebih baik dari filem sebelumnya. Bagi penggemar filem genre aksi penggembaraan dan siri francais 'Star Trek', jangan ketinggalan menyaksikan 'Star Trek Into Darkness' yang telah pun menjengah pawagam di Malaysia pada 16 Mei 2013! Jika anda peminat setia Star Trek, cuba jawab soalan disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22 |
Lakonan pengaruhi kehidupan realiti Posted: 21 May 2013 04:28 AM PDT Penantian hampir enam jam untuk bersemuka dengan bintang utama filem aksi terbaru Fast & Furious 6 (Fast 6), Vin Diesel buat pertama kali ternyata pengalaman yang berbaloi. Walaupun bintang itu menangguhkan sesi temubual yang pada asalnya dijadualkan pada sekitar jam 1 petang atas alasan penat, namun ia tidak tidak sia-sia apabila masa selama 25 minit yang diperuntukkan penganjur untuk menemubual aktor bertubuh sasa berjaya merungkai pelbagai sudut cerita aktor itu, baik kerjaya mahu pun peribadi. Malah, lebih mengejutkan apabila Diesel diusik mengenai sisi peribadi, dia terbuka dan tidak berat mulut berkongsi cerita. Katanya, pengalaman bergelar bapa kepada dua orang anak adalah transformasi terhebat dalam hidupnya. Diesel dan Michelle Rodriguez menerima sambutan hangat di tayangan perdana filem Fast & Furious 6 di Makati City, Filipina baru-baru ini. Babak cemas dalam filem aksi Fast & Furious 6.
Bersama kekasihnya model dari Mexico, Paloma Jimenez yang dikenali sejak 2007, pasangan itu kini bahagia menjalani kehidupan di samping sepasang cahaya mata berusia lima dan dua tahun. "Anak perempuan saya adalah ratu hati dan dia adalah segala-galanya. Saya akan lakukan apa saja deminya. Jika saya tidak berkomunikasi dengannya sama ada menerusi video atau memberitahu apa saya lakukan, saya akan rasa bersalah. "Kehadirannya banyak mengubah saya. Saya menjadi seorang yang pelembut dan penyayang dalam sekelip mata. Bergelar bapa adalah transformasi terhebat," katanya. Sambung Diesel, kelewatan membina keluarga adalah perihal yang tidak boleh dielakkan bagi seseorang selebriti yang mahu berjaya di pentas Hollywood. "Dunia lakonan ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi kepada pemainnya. Jika anda mahu menjadi bintang besar dunia kadang kala anda perlu bersikap mementingkan diri sendiri dan mengutamakan kerjaya dulu. "Saya sudah menunggu peluang (bergelar bintang) terlalu lama. Akibatnya, saya tidak dapat mengelak daripada memulakan keluarga agak lewat," katanya. Beralih pada francais filem pecah panggung itu, Diesel mengakui kekuatan elemen kekeluargaan yang diketengahkan dalam filem itu meninggalkan impak yang menjangkaui realiti sebenar kehidupan. "Saga (francais) ini sangat kuat dalam hidup kami (pelakon). Bayangkan, elemen kekeluargaan antara kami dalam filem ini menjangkau sehingga ke aspek realiti kehidupan kami di luar. "Anak perempuan saya dilahirkan ketika kami menjalani penggambaran Fast 4 manakala anak lelaki pula ketika Fast 5. Anak saudara perempuan saya (anak Paul) dilahirkan ketika Fast 6 menjalani penggambaran. Malah, rakan-rakan pelakon termasuk pengarahnya Justin Lin mendapat anak ketika penggambaran Fast 6 berlangsung," katanya yang turut bertindak sebagai penerbit bersama francais itu. Francais paling progresif Diesel turut menyifatkan filem yang pertama kali diterbitkan pada 2001 itu sebagai francais paling progresif di Hollywood. Katanya, mereka berjaya menghasilkan rangkaian filem aksi yang hebat yang menyentuh hati dan kekeluargaan. Ia membanggakan apabila jenama itu muncul sebagai francais aksi pertama yang mengetengahkan kepelbagaian budaya dalam sesebuah filem. "Ini (kandungan dan plot) bukan idea yang sering dilakukan dalam filem-filem Hollywood. Di sana, anda tidak akan dapat melihat hubungan persaudaraan antara seorang berbangsa Amerika iaitu watak Dominic dan Han yang berbangsa Jepun, atau Brian dan Roman (Amerika-Afrika). "Namun, kami berjaya melakukan sesuatu yang melangkaui spektrum dalam sesebuah filem aksi iaitu aspek perasaan, hati dan kekeluargaan," katanya. Malah, katanya selepas bersama keluarga Fast & Furious lebih sedekad, dia percaya filem ini kekal relevan atas sokongan peminat. Dia juga tidak menolak jika naskhah itu berlanjutan sehingga tiga siri lagi pada masa akan datang. Luahnya, mereka tidak akan menerbitkan bahagian sambungan jika pihaknya tidak melihat potensi dan kemampuan filem itu di pasaran. "Walaupun kita (filem) tidak memiliki buku komik namun ia terus bertahan kerana sokongan berterusan peminat francais ini. "Musim panas ini kami akan memulakan penggambaran Fast 7 di Los Angeles. Pada asalnya Fast 7 sepatutnya menjalani penggambaran serentak dengan Fast 6, tetapi faktor masa dan cuaca membataskan idea itu. Ia bakal diarahkan pengarah dari Malaysia, James Wan," katanya. Selain Diesel, filem yang ditulis Chris Morgan itu turut membariskan Paul Walker, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Luke Evans, Gina Carano, Dwayne 'The Rock' Johnson, Chris 'Ludacris' Bridges, Sung Kang, John Ortiz, Gal Gadot dan Elsa Pataky. Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara esok. Peluang pengampunan Enam penjenayah profesional yang diketuai Dominic Toretto (Diesel) mengambil keputusan untuk bersara daripada aktiviti jenayah yang mereka lakukan selama ini selepas kejayaan merompak di Rio De Janeiro, Brazil dalam Fast 5 pada 2011. Masing-masing memulakan hidup baru dengan membawa haluan berasingan. Bagaimanapun, status sebagai pelarian bukan jaminan kebebasan mutlak kepada mereka sehinggalah ejen Luke Hobbs (Johnson) daripada US Diplomatic Security Service (DSS) menawarkan sesuatu yang sukar ditolak enam individu ini. Mereka ditawarkan peluang untuk membersihkan rekod jenayah terdahulu dan kembali ke tanah air dengan syarat mereka membantu DSS menumpaskan sebuah organisasi kewangan berkemahiran tinggi yang diketuai Owen Shaw (Evans) dan orang kanannya iaitu kekasih Dominic, Letty Ortiz (Rodriguez) yang sudah disangka mati dalam Fast 4. (Penulis mengikuti tayangan perdana filem Fast & Furious 6 di Makati City, Filipina anjuran United International Pictures, baru-baru ini) Sudah merasai kehangatan Fast & Furious 6? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |